Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 31 Mac 2011

Siasat Anwar bawah Akta Hasutan, Polis berniat jahat-PKR

KUALA LUMPUR: Tindakan polis mengarahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Ibu Pejabat Polis Ampang, bagi memberi keterangan berhubung ceramah yang disampaikan di Gombak 27 Mac lalu, bermotif politik dan berniat jahat.
Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata demikian mengulas tindakan polis mengemukakan notis untuk menyiasat Anwar di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.
“Penyiasatan terbaru ke atas Dato’ Seri Anwar ini jelas bermotifkan politik, berniat jahat dan satu bentuk penyelewengan kuasa polis yang terang dan jelas.
“Kedua akta zalim dan bercanggah dengan perlembagaan ini, lazimnya digunapakai oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menghalang kebebasan bersuara dan berhimpun,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, BN secara berterusan bertindak di luar batasan moral dan undang-undang untuk merendahtarafkan keluhuran undang-undang dan menjadikan negara ini sebagai negara polis.
“Jelas terbukti, BN sedang bersedia untuk menggunakan apa jua kaedah-kaedah yang jelek dan berniat jahat untuk mengukuhkan cengkaman mereka ke atas negara untuk kekal berkuasa,” tegas beliau.
Tambah beliau, di dalam amalan sistem demokrasi berparlimen, adalah merupakan satu hak yang sah bagi Ketua Pembangkang membuat kritikan dan menyediakan peranan ‘semak dan imbang’ ke atas semua tindakan dan dasar kerajaan.

“Menyalahguna dan memanipulasi kuasa untuk mensasar,mencabul dan menakuti Ketua Pembangkang lebih bersifat satu bentuk serangan ke atas sistem demokrasi kita,” ujar beliau.
Justeru itu, beliau mendesak supaya siasatan tidak berasas itu dihentikan segera dan sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat penyalahgunaan dan penyelewengan BN ke atas pasukan polis.
Pada 27 Mac lalu, sepasukan lebih 200 anggota polis merempuh program ceramah yang dihadiri Anwar di Taman Melawati Gombak.
Dalam kejadian tersebut, Anwar diheret turun dari pentas ceramah, menyebabkan kira-kira 5,000 yang hadir pada program itu, berang dengan tindakan polis tersebut.Keadilandaily

3 ulasan:

putrarahman berkata...

Anwar diibaratkan sebagai kepala keretapi kepada tiga gerabak. Kereta api yang kononnya sedang menuju ke Putrajaya. Sedangkan gerabak-gerabak yang menjadi pak turut itu tidak tahu bahawa landasan ke Putrajaya masih belum siap lagi. Kepala kereta api hanya meredah sahaja.

Tanpa Nama berkata...

PAKATAN RAKYAT BERJUANG UNTUK KEBAIKAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT TAPI POLIS BERJUANG UNTUK PEMERINTAH BN YG SANGGUP SALAHGUNA KUASA. MANGSA NYA ADALAH RAKYAT

Tanpa Nama berkata...

sudah sampai masanya umno/bn berkubor....dari arena politik malaysia

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....