Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 1 Mac 2011

Janji 10 Tahun Lalu Tak Tertunai, BN Masih Mahu Berjanji Lagi

SHAH ALAM 1 MAC : Ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad hari ini menyelar kerajaan Umno-Barisan Nasional yang masih mengulangi janji 10 tahun lalu ketika berkempen pada pilihanraya kecil Sanggang, di PRK Kerdau.

Bercakap kepada Tv Selangor, Dr Dzul menggesa Umno-BN menggunakan modal baru untuk menambat hati pengundi di Kerdau, kalau pun terpaksa berbuat demikian.

Kenyataan Dr Dzul itu merujuk kepada janji kerajaan untuk membekalkan air bersih di kampung orang asli Paya Sendayan yang gagal dilaksanakan sehingga ke hari ini.

“Apa yang kerajaan kata antara lainnya berhubung janji dalam PRK Sanggang pada tahun 2000 untuk membekalkan air bersih di kampung orang asli Paya Sendayan sehingga hari ini gagal ditunaikan.

“Maka ketika BN turun baru-baru ini di Kerdau, PM sekali lagi terpaksa buat janji memperuntukkan RM9.25 juta bagi menaiktaraf loji air Batu Sawar," kata Dr Dzul kepada Tv Selangor.

Menurut beliau, bimbang hal tersebut dijadikan isu pihak lawan, Perdana Meteri, Najib Razak terpaksa mengumumkan projek bernilai jutaan ringgit itu untuk mengaburi mata rakyat.

Malah sepanjang tempoh berkempen ini, penduduk juga dibekalkan dengan air bersih yang diletakkan di dalam tong yang diletakkan di sepanjang jalan.

Projek berkenaan termasuk dalam peruntukan RM10 juta yang diumumkan Najib untuk pembangunan di Kerdau.

Sementara itu, Dr Dzul dengan nada sinis turut membidas kenyataan Najib yang berkata bantuan hanya akan diberikan sekiranya penduduk mengundi Barisan Nasional.

“Dia tanpa segan silu bercakap di depan orang ramai begini, ‘saya bukanlah hendak membeli undi, tetapi kalau kamu menyokong BN, saya akan tambah peruntukan esok atau lusa. Dengan syarat kamu tunjukkan sokongan kepada BN terlebih dahulu,"kata Dr Dzul mengajuk ayat yang digunakan oleh Najib. TVS

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....