Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 27 Februari 2011

Bob Lokman berkempen untuk PAS di Merlimau

Bob Lokman berkempen untuk PAS di Merlimau malam tadi. — Foto oleh Jack Ooi

JASIN, 27 Feb — PAS tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu dengan menggunakan pengaruh pelakon, pelawak dan penulis lirik Bob Lokman, yang menyertai parti Islam itu awal minggu lalu, dalam kempen kerusi Merlimau.
Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman telah menyertai PAS pada 19 Februari lalu.
Dalam ceramah pertamanya di Merlimau Pasir di sini malam tadi, ketibaan Bob Lokman disambut meriah kira-kira 500 orang.
“Hari ini menjadi sejarah apabila saya menyertai PAS selepas pada 2004 dan 2008 merupakan satu usaha yang sia-sia saya membantu Barisan Nasional (BN).
“Sebagai orang yang bertanggungjawab kepada negara saya berada di landasan benar bersama PAS,” kata Bob Lokman.
Penulis lirik “Isabella” itu berkata pengundi-pengundi di Merlimau harus menolak kerajaan BN yang tidak “mengiktiraf” Islam dalam pentadbiran negara.
Beliau juga yakin PAS boleh mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 6 Mac ini.
“Kita perlu undurkan kerajaan yang sudah lama bertapak, kerajaan yang tidak iktiraf Malaysia sebagai negara Islam,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad berkata, jika Bob Lokman boleh melakukan perubahan dengan memilih PAS mengapa tidak pengundi di Merlimau.
“Dulu beliau (Bob Lokman) sokong Umno-BN tapi sekarang boleh sokong PAS pula.
“Nanti bila tiba hari pengundian kalau nak pangkah Umno, ingatlah Bob Lokman dan pangkah PAS,” katanya.
PAS meletakkan Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka Yuhaizat Abdullah sebagai calon manakala BN mempertaruhkan ahli jawatankuasa Umno Jasin Roslan Ahmad untuk mempertahankan kerusi DUN Merlimau.
Pakatan Rakyat dilihat berhadapan dengan situasi kemerosotan undi orang Melayu sejak Julai 2009 di mana pada pilihan raya kecil DUN Manek urai di Kelantan, yang pengundinya 99 peratus orang Melayu, PAS hanya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 65 undi berbanding 1,352 pada Mac 2008.

Sementara itu, calon PAS Yuhaizat Abdullah berkata pengundi di DUN Merlimau perlu membuat keputusan bijak dengan memilih seorang wakil rakyat yang boleh memperjuangkan nasib rakyat.
“Pilihan raya bukan masa untuk buat jalan raya, pilihan raya bukan masa untuk betulkan atap rumah, pilihan raya bukan masa untuk perbaiki longkang, pilihan raya juga bukan masa untuk menabur janji kosong.
“Tapi sistem untuk pilih wakil rakyat yang memahami kehendak rakyat, BN sedar betapa besar kuasa rakyat sebab itu pelbagai projek dibawa ke Merlimau,” katanya.
Yuhaizat, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin berkata beliau sentiasa bersiap sedia untuk memberikan khidmat terbaik kepada penduduk Merlimau.
“Saya merayu untuk berikan undi dan kepercayaan kepada saya di Merlimau, saya janji dan akan sentiasa bersiap sedia untuk memberikan khidmat serta memahami masalah rakyat,” katanya.
Yuhaizat akan berdepan calon BN Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin.TMI

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

“Kita perlu undurkan kerajaan yang sudah lama bertapak, kerajaan yang tidak iktiraf Malaysia sebagai negara Islam,”
abenda ni..aku bengang kalo cakap buat aku susah nak faham!Macamana negara itu dikatakan Negara Islam? Takrif apa nak pakai. Pemimpin Islam, Menteri2 penting Islam, Jaga akal dengan kebebasan berugama, berpolitik dan berkongsi kuasa dll, Jaga agama dengan ada sistem perundangan Islam selain sivil,sokong untuk sumbangan tambah baik kan ok tu. Kuatkan silatulrahim dan ummah kan di geruni dan dihormati orang. Tak taulah kalau meyibukkan hidup dengan perkara perkara merusak dan memusnahakan itu satu amalan diterima tuhan.-pemerhati lok lak

Tanpa Nama berkata...

antara perkara utama yg melambangkan sesebuah negara itu negara islam adalah dari segi perundangan,,yakni mngunakan hukum yg dah Allah turunkan dlm al-quran..iaitu "hudud"..
mmg benar kata2 dr,M...melayu mudah lupa,sudah lupakah saudara pada sejarah dimana PAS mnyertai BN..
apa yg berlaku?? BN hnya mmpergunakan PAS..dan menendang PAS kluar dari BN ibarat "anjing kurap"..sudah lupakah en.melayu??
lalu PAS terbahagi kpada beberapa kmpulan...mungkin ini yg BN mahukan,,memecahbelahkan perpaduan dalam PAS..
adakah en.melayu sudah lupa??
adakah ini dikatakan tidak mahu "sumbangan tmbah baik"
"kuatkan silaturahim dan ummah"

sokonglah perjuangan Islam ..
smoga Allah mmberi anda hdayah..

*tak tahulah..sokong puak2 yg mmpunyai ketua2 yg trang2 mnolak islam..nauzubillah min zalik..

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....