Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 18 Januari 2011

PRK DUN TENANG - DS ANWAR BOIKOT CALON PAS?

 
Oleh: WFAUZDIN NS

CALON PAS di dalam PRK Dun Tenang telah diumumkan secara resminya malam tadi oleh Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi Awang. Pengumuman calon telah dilakukan dengan dihadiri oleh semua pimpinan tertinggi PR iaitu DS Wan Azizah selaku Presiden PKR dan Lim Kit Siang dari DAP.

Di mana DS Anwar selaku Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang malam tadi? Saya mendapat maklumat ketidakhadiran DS Anwar disaat-saat akhir malam tadi telah pun dimaklumkan kepada semua yang hadir di dalam majlis malam tadi oleh DS Wan Azizah. DS Anwar tidak dapat hadir kerana beliau terpaksa menghadiri perbincangan dengan para peguamnya sebagai persediaan menghadapi perbicaraan kes liwatnya yang bermula pagi tadi.

Namun, ada usaha untuk memecah belahkan kerjasama di antara PAS dan PKR bagi menghadapi PRK ini. Sebuah laman web pro Umno di dalam mengulas ketidakhadiran DS Anwar malam tadi adalah kerana Ketua Umum PKR ini memprotes calon yang dipilih oleh pimpinan PAS. Laman web ini menyebut, " Menurut maklumat yang diterima Anwar Ibrahim melakukan protes beliau kerana PAS tidak mengikuti apa yang telah disarankan oleh Anwar Ibrahim." (Umno-reform2).
Semenjak bila DS Anwar boleh mencatur pemilihan calon dari parti PAS? Di dalam PAS, Presiden sendiri tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan calon kerana PAS menggunakan Majlis Syura untuk memuktamadkan sesiapa yang dipilih sebagai calon mewakili PAS. Tidak masuk akal langsung DS Anwar boleh mempengaruhi PAS bagi menentukan calon yang dikehendaki oleh Ketua Pembangkang ini. Saya percaya, DS Anwar dan pimpinan DAP amat yakin dengan sesiapa sahaja pilihan yang ditetapkan oleh PAS kerana parti Islam ini terbukti begitu berdisiplin dan teliti di dalam menentukan calonnya.

Tuduhan yang dibuat oleh mereka bahawa terdapat ketidakpuasan hati DS Anwar dan juga PKR terhadap PAS hanyalah semata-mata untuk memulakan perang `psikologi' mereka. Terdapat dakwaan kununnya PKR tidak boleh memasuki kawasan pengundi Melayu juga merupakan helah untuk memecahbelahkan kerjasama di dalam PR. Sudah tentu di dalam mana-mana Pilihanraya, mesti disusun strategi yang efisyen dan PAS juga tentunya mempunyai strategi mereka. Di dalam PR, tiada istilah bertindak sendirian kerana selama ini kita berjaya adalah kerana penyatuan kita. Tidak hairanlah jika pihak musuh ingin memecahkan penyatuan ini dengan berbagai cara./wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

pokku(putrajaya) berkata...

Puok2 be-end dengkilah ni boh...dia takdok calon hok sesuai doh...setakat puteri/wanita tu layak untuk dipamerkan je...kahkahaha..barang tok laku boh!

komo berkata...

salam, syabas kerana penerangan sebegini adalah pendidikan kepada rakyat yang mungkin tidak maklum dan mudah terpercaya dengan perang saraf dan fitnah musuh politik. cuma, kadang2 perlu kita edit juga tajuk2 posting jika terlalu sensasi yang mungkin memualkan juga. ada blogger yang suka mengumpan berita, bukannya mengulas dengan tajuk2 yang 'mencurigakan' atau 'mencemaskan'. beretika pun tak rugi sebab ada ratusan blog yang mungkin lebih afdal berita dan etika kewartawanannya.

Tanpa Nama berkata...

mari la woi ramai ramai kita sokong pas....nik ajis janji doh kita PASti masuk syurga. sape tak nak syurga weh...banyok doh dosa nii...

Tanpa Nama berkata...

Sokong Pas memang Terbaikkkkkk.. Di Selangor pun Islam bebas, Umat Islam bebas kerja di Pub, kedai arak pun tak apa.. sebab cuma cari rezeki, bukan minum arak pun...

jo berkata...

abis le kome...cakap x serope bikin

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....