Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 4 Januari 2011

Gobalakrishnan Terima Notis Tunjuk Sebab

PETALING JAYA: Siri kontroversi yang dicetuskan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan(gambar) berterusan apabila beliau menerima surat tunjuk sebab setebal 45 muka surat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) ekoran kritikannya terhadap kepimpinan parti itu baru-baru ini.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail ketika mengesahkan perkara tersebut memaklumkan bahawa surat berkenaan dihantar kepada Gobalakrishnan melalui faks pada Isnin.

"Menerusi surat berkenaan kita minta beliau berikan penjelasan berhubung semua kenyataan yang telah dikeluarkan terutama sekali berkaitan parti dan kepimpinan baru-baru ini.

"Pihak parti memberi peluang kepadanya untuk beri penjelasan sebelum apa-apa tindakan lanjut diambil," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

Baru-baru ini Gobalakrishnan dengan lantang mengkritik kepimpinan PKR termasuk Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah Gobalakrishnan mendakwa Kuil Sivan di Bukit Gasing telah ditutup oleh Anwar dan sepanjang 12 tahun lalu Anwar hanya memperkukuhkan kepimpinan orang Melayu dan Cina dalam parti manakala masyarakat India dipinggirkan.

Selain itu tambah Saifuddin, Gobalakrishnan perlu menjawab surat tunjuk sebab berkenaan dalam tempoh dua minggu dari tarikh surat itu dikeluarkan.

"Selepas beliau menjawab, ada dua kemungkinan yang akan berlaku, pertamanya sekiranya pihak parti berpuas hati dengan jawapannya, maka tiada sebarang tindakan lanjut akan diambil.

"Namun jika sebaliknya berlaku, jawatannkuasa disiplin berhak memanggil Gobalakrisnan untuk disoal dan membela diri," katanya.

Sementara itu, Gobalakrishnan menerusi twitternya turut mengesahkan menerima surat tunjuk sebab setebal 45 muka surat daripada Ibu Pejabat PKR.

Beliau dijadual akan mengadakan sidang berhubung surat berkenaan di pusat khidmatnya pada pukul 4 petang ini.Mstar

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....