Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 20 September 2010

Zaid Ibrahim Anggap Anwar Hanya Ahli Biasa PKR



Datuk Zaid Ibrahim yang sedang bersaing untuk kerusi timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat, menganggap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim “terlalu berkuasa” walaupun hanya menjadi ahli biasa di segi struktur jawatan parti. Beliau berkata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku presiden PKR pula hanyalah sebagai “lambang semata-mata” dan justeru itu beliau akan “membela kuasa presiden” jika menang pada pemilihan parti.
Komen terbaru Zaid yang disiarkan dalam blognya dibuat setelah beliau semakin ketinggalan dari segi jumlah pencalonan untuk jawatan timbalan presiden.Daripada 90 cabang yang sudah mengadakan mesyuarat agungnya, Zaid cuma mendapat pencalonan daripada 23 cabang, manakala pesaing utamanya Azmin Ali menerima 45 pencalonan, PKR mempunyai 218 cabang.Zaid sebelum ini berkata kuasa sebenar dalam PKR berpaksi kepada Ketua Umum PKR yang disandang oleh Anwar manakala jawatan presiden dan timbalan presiden tidak membawa sebarang kuasa sebenar. Kali ini beliau mara selangkah dengan mendakwa kononnya wujud rasa tidak puas hati akar umbi dari segi pembahagian kuasa dalam parti.
"Terlalu kerap saya dengar bisikan mengenai kononnya Datin Seri Wan Azizah bukan ketua sebenar. Malah ada pula yang berkata beliau tidak ada kuasa. Keadaan ini berlaku kerana ada di kalangan kepimpinan parti yang kurang menghormati jawatan presiden,” kata Zaid."Kepimpinan parti lebih selesa memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Ketua Umum, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim,Saya juga memberi kepercayaan dan sokongan penuh kepada Anwar kerana dia pengasas parti dan juga Ketua Pembangkang tetapi dari segi struktur parti buat masa ini beliau hanya ahli biasa," tambah beliau.Jawatan Ketua Umum disandang oleh Anwar kerana kekangan undang-undang yang dihadapi beliau selepas menghabiskan enam tahun dipenjara atas tuduhan fitnah.
Selesai menjalani tempoh larangan untuk memegang jawatan politik, Anwar memilih untuk terus menjadi Ketua Umum bagi memberi tumpuan kepada misi lebih penting iaitu menggerakkan Pakatan Rakyat sebagai badan berwibawa yang mampu mengambil alih Putrajaya.Zaid sebelum ini mendakwa beliau bukan mabuk kuasa atau mengejar jawatan dan mahu menjalankan kempen yang bersih.Namun beberapa pihak mempertikaikan keikhlasan itu. Zaid didakwa mempunyai khidmat jentera media yang tersusun termasuk portal Free Malaysia Today, sebuah suratkhabar berbahasa Melayu dan khidmat beberapa blogger.
Selain itu Zaid juga dilaporkan di dokong oleh ahli perniagaaan Soh Chee Wen, seorang jutawan yang mempunyai pegangan saham dalam beberapa buah syarikat di Bursa Singapura.Selama ini tidak ada perbalahan dalam PKR mengenai fungsi Ketua Umum dan Presiden parti.Zaid enggan menyatakan sama ada beliau berbincang dengan Wan Azizah sebelum mengumumkan beliau akan “ bela kuasa presiden. Presiden parti tidak akan dianggap sebagai lambang semata-mata.
Beliau menjelaskan, fungsi yang akan dimainkannya sebagai timbalan presiden termasuk "taat setia kepada presiden dan menolong beliau dalam menjalankan tugas-tugasnya."Selain Zaid, dua pesaing utama lain jawatan timbalan presiden iaitu Azmin dan Mustafa Kamil Ayob turut memberikan komitment untuk bekerjasama dan menyokong Wan Azizah selaku presiden parti,Datuk Zaid Ibrahim yang sedang bersaing untuk kerusi timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat, menganggap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim “terlalu berkuasa” walaupun hanya menjadi ahli biasa di segi struktur jawatan parti.
Beliau berkata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku presiden PKR pula hanyalah sebagai “lambang semata-mata” dan justeru itu beliau akan “membela kuasa presiden” jika menang pada pemilihan parti.Komen terbaru Zaid yang disiarkan dalam blognya dibuat setelah beliau semakin ketinggalan dari segi jumlah pencalonan untuk jawatan timbalan presiden.Daripada 90 cabang yang sudah mengadakan mesyuarat agungnya, Zaid cuma mendapat pencalonan daripada 23 cabang, manakala pesaing utamanya Azmin Ali menerima 45 pencalonan, PKR mempunyai 212 cabang.
Zaid sebelum ini berkata kuasa sebenar dalam PKR berpaksi kepada Ketua Umum PKR yang disandang oleh Anwar manakala jawatan presiden dan timbalan presiden tidak membawa sebarang kuasa sebenar. Kali ini beliau mara selangkah dengan mendakwa kononnya wujud rasa tidak puas hati akar umbi dari segi pembahagian kuasa dalam parti."Terlalu kerap saya dengar bisikan mengenai kononnya Datin Seri Wan Azizah bukan ketua sebenar. Malah ada pula yang berkata beliau tidak ada kuasa. Keadaan ini berlaku kerana ada di kalangan kepimpinan parti yang kurang menghormati jawatan presiden,” kata Zaid. "Kepimpinan parti lebih selesa memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Ketua Umum, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya juga memberi kepercayaan dan sokongan penuh kepada Anwar kerana dia pengasas parti dan juga Ketua Pembangkang tetapi dari segi struktur parti buat masa ini beliau hanya ahli biasa," tambah beliau.Jawatan Ketua Umum disandang oleh Anwar kerana kekangan undang-undang yang dihadapi beliau selepas menghabiskan enam tahun dipenjara atas tuduhan fitnah.
Selesai menjalani tempoh larangan untuk memegang jawatan politik, Anwar memilih untuk terus menjadi Ketua Umum bagi memberi tumpuan kepada misi lebih penting iaitu menggerakkan Pakatan Rakyat sebagai badan berwibawa yang mampu mengambil alih Putrajaya.Zaid sebelum ini mendakwa beliau bukan mabuk kuasa atau mengejar jawatan dan mahu menjalankan kempen yang bersih.
Namun beberapa pihak mempertikaikan keikhlasan itu. Zaid didakwa mempunyai khidmat jentera media yang tersusun termasuk portal Free Malaysia Today, sebuah suratkhabar berbahasa Melayu dan khidmat beberapa blogger.Selain itu Zaid juga dilaporkan di dokong oleh ahli perniagaaan Soh Chee Wen, seorang jutawan yang mempunyai pegangan saham dalam beberapa buah syarikat di Bursa Singapura.Selama ini tidak ada perbalahan dalam PKR mengenai fungsi Ketua Umum dan Presiden parti.
Zaid enggan menyatakan sama ada beliau berbincang dengan Wan Azizah sebelum mengumumkan beliau akan “ bela kuasa presiden. Presiden parti tidak akan dianggap sebagai lambang semata-mata.Beliau menjelaskan, fungsi yang akan dimainkannya sebagai timbalan presiden termasuk "taat setia kepada presiden dan menolong beliau dalam menjalankan tugas-tugasnya."Selain Zaid, dua pesaing utama lain jawatan timbalan presiden iaitu Azmin dan Mustaffa Kamil Ayob turut memberikan komitment untuk bekerjasama dan menyokong Wan Azizah selaku presiden parti.SK

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....