Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 26 Jun 2010

Kerajaan Batal Judi Sukan,Kemenangan Untuk Rakyat

Ahli-ahli GMJ membuat demonstrasi membantah lesen pertaruhan sukan di Putrajaya semalam — Gambar oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 26 Jun — Keputusan kerajaan untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports, yang diumumkan lewat malam tadi, merupakan “satu kemenangan rakyat”, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan hari ini.
Beliau yang kelihatan terkejut dengan keputusan itu ketika dihubungi The Malaysian Insider awal pagi tadi berkata, kerajaan akhirnya menerima pandangan majoriti rakyat yang membantah lesen pertaruhan sukan.
“Saya melihat ini kemenangan rakyat. Di mana akhir-akhir ini komponen dalam Umno sendiri pun sudah mula membantah antaranya beberapa sayap dalam Umno, bahagian dan beberapa negeri... kerajaan Najib hadapi tekanan dari dalam dan luar kerajaan,” kata beliau.
Malah kata beliau, perkembangan itu juga membuktikkan langkah kerajaan mahu meluluskan permohonan mendapatkan balik lesen judi sukan adalah sesuatu yang dibantah oleh majoriti rakyat.
“Ini membuktikan kerajaan dari awal-awal lagi sudah salah langkah dalam meluluskannya,” kata beliau yang kini mengetuai gerakkan membantah lesen judi sejak bulan ini.

Bagaimanapun kata beliau pihak ingin mendapatkan gambaran sebenar keputusan malam tadi sebelum menentukan tindakan selepas ini.
Mereka sejak bulan lalu telah memulakan Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) dan kemuncaknya ialah Himpunan 100,000 3 Julai ini.
Selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak yang jelas menunjukkan bahawa sebahagian besarnya tidak bersetuju lesen itu dikeluarkan.
Najib yang juga Presiden Umno berkata keputusan itu dipersetujui dengan sebulat suara oleh anggota MT Umno yang bermesyuarat di sini pada malam tadi.
“Sejak keputusan kelulusan pada dasarnya telah dibuat dan tinjauan telah dibuat, walaupun ada pihak yang menyokong dan ada pihak tidak menyokong atau menentang, maka setelah mengambil kira semua pandangan ini, jelas kepada kerajaan bahawa sebilangan besar masyarakat tidak bersetuju lesen tersebut diberikan kepada Ascot Sports.
“Oleh itu, dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan mengambil keputusan bahawa lesen tersebut tidak akan dikeluarkan,” kata Najib.
Dalam pada itu Setiausaha GMJ Suhaizan Kaiat berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan secepat mungkin daripada pihak kerajaan berkenaan kesahihan maklumat yang diterima memandangkan bahawa keputusan malam tadi.
Katanya keputusan malam tadi hanyalah dibuat oleh mesyuarat Umno bukannya mesyuarat kerajaan persekutuan.
“Pihak GMJ akan membuat mesyuarat tergempar esok pda pukul 11 tengah hari untuk membincangkan tidakan selanjutnya.
“Mesyuarat ini akan dihadiri oleh semua NGOs dan pertubuhan politik yang telah bernaung di bawah GMJ,” katanya.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS memberitahu pihaknya akan menghubungi Jabatan Perdana Menetri menerusi surat hari ini untuk mendapatkan penjelasan.
“Tindakan susulan akan ditentukan selepas penjelasan itu sama ada mahu meneruskan perhimpunan awam memprotes 3 Julai ini,” katanya.
Kata beliau, jika benar kerajaan sudah membatalkan perhimpunan membantah itu akan diubah menjadi perhimpunan meraikan kemenangan rakyat.
Ketika ditemui wartawan malam tadi Najib berkata lesen berkenaan telah bermula pada 1989 tetapi syarikat tersebut telah menyerahkan semula kepada kerajaan pada 1990 kerana mengalami kerugian besar.
Sejak tarikh itu syarikat berkenaan telah mencuba beberapa kali untuk memperbaharui lesen dan baru-baru ini kerajaan telah memberikan kelulusan secara dasarnya berasaskan kepada syarat-syarat tertentu untuk dipenuhi, katanya.
Najib berkata adalah menjadi hasrat kerajaan selama ini untuk mengawal pertaruhan sukan haram yang dikatakan melebihi RM10 bilion di samping menyumbang kepada kegiatan jenayah yang lain dan ancaman sosial dalam negara.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata kerajaan juga mengambil keputusan bahawa orang Islam tidak dibenarkan sama sekali terlibat dengan kegiatan pertaruhan sukan sama ada membeli, bekerja atau menjadi lembaga pengarah dalam syarikat pertaruhan.
“Syarat ini adalah sesuatu yang begitu tegas yang ditentukan oleh kerajaan,” katanya.
Najib yang juga Menteri Kewangan menegaskan bahawa Ascot tidak akan dibayar ganti rugi memandangkan Kementerian Kewangan berhak menarik balik sebarang lesen judi yang dikeluarkan.
Beliau berkata Ascot telah dimaklumkan mengenai keputusan itu dan mereka memahaminya.
Pada 23 Jun lalu GMJ yang diwakili lebih 40 badan bukan kerajaan dan individu menyerahkan satu memorandum kepada Perdana Menteri mendesak kerajaan supaya tidak memperbaharui atau meluluskan sebarang lesen judi di negara ini.
GMJ, yang merupakan pertubuhan mewakili rakyat berbilang bangsa dan agama, mendesak kerajaan supaya sebarang lesen judi termasuk judi sukan yang telah dikeluarkan, dibatalkan.
Pada 15 Jun lalu, Najib menegaskan Kementerian Kewangan tidak mengeluarkan sebarang lesen pertaruhan kepada Ascot Sports, syarikat Kumpulan Berjaya yang dimiliki jutawan Tan Sri Vincent Tan.
Sehubungan itu Najib juga menegaskan beliau tidak akan membuat sebarang kenyataan tambahan berhubung isu judi sukan.Saya sudah pun membuat keputusan, tidak ada lagi kenyatan mengenai perkara ini,” katanya.
Kerajaan sebelum ini bercadang mengeluarkan lesen pertaruhan bola sepak bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
Ia menjadi tumpuan selepas diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein akhir April lalu, yang antara lain berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....