Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 20 Januari 2010

Husam nafi ada kaitan dengan Kickdefella


KOTA BHARU - Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau adalah individu yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat kepada blogger Kickdefella di dalam blognya.

Husam sebaliknya menyifatkan ia adalah ‘kerja-kerja kecil seperti pemain bola sepak kampung’ dan ia adalah satu luahan yang bersifat peribadi oleh penulisnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz terbabit.

“Kita ambil Kickdefella menyertai Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) adalah disebabkan kepakarannya dalam bidang media. Kalau ikutkan blog dia...saya sendiri tidak puas hati. Tetapi dalam dunia blog, kita tidak boleh campur tangan dalam hak orang lain
.

“Ini hak personal, kita kena hormat ke atas kebebasan blogger. Jadi apa yang dia tulis tidak ada kena mengena dengan saya bahkan saya sendiri tidak puas hati dia puji saya melambung-lambung. Tetapi dia buat juga nak buat macam mana, kadang-kadang dia serang orang, mereka anggap sebagai saya suruh,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Harian Pas Kelantan di JKR 10 di sini, semalam.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan berkata, orang yang ingin mengaitkan beliau dengan Kickdefella perlu menyediakan bukti yang kukuh bahawa mereka mempunyai hubungan sebelum berbuat demikian.

“Apabila dia (Syed Azidi) ditamatkan perkhidmatan, dia jadi personel. Kita tidak boleh kawal dia sampai hari ini saya tak boleh berhubung dengan dia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak mengenai hubungan beliau dengan Kickdefella memandangkan beliau dilihat sebagai orang yang bertanggungjawab membawa masuk blogger terbabit ke dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri Kelantan dilanda pelbagai konflik apabila Kickdefella mendedahkan pelbagai isu dan kepincangan kerajaan negeri dalam blognya yang dilihat menyerang kepimpinan negeri sehingga mencalar imej Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Minggu lalu, Kickdefella mendedahkan kerugian yang didakwa terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri dalam urusan projek Bazar Tok Guru berjumlah lebih kurang RM50 juta yang diakui sendiri oleh Nik Abdul Aziz namun ia dinafikan oleh pimpinan kanan Kerajaan Negeri.

Sementara itu, mengulas dakwaan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) bahawa Pas cuba mengalih perhatian dari isu kerugian itu dengan menimbulkan persoalan siapa yang membocorkan maklumat Exco, Husam berkata, dalam hal itu pihak berkenaan sepatutnya tidak menyusahkan Nik Abdul Aziz.

“Apa yang dia tidak faham saya akan jelaskan. Dalam isu-isu seperti ini jangan susahkan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tanya Exco-exco serupa saya, saya akan jawab.

“Dalam kes ini, PMBK ada bahagian dia, pemaju ada bahagian dia bahagian...yang PMBK dapat ialah tingkat satu dan dua bazar yang bernilai RM40 juta di samping itu PMBK dapat wang tunai lebih RM5 juta,” katanya.

Mengenai perjanjian persefahaman (MoU) di antara PMBK dengan peniaga di Arked Uda dan Bazar MPKB yang menyatakan lot perniagaan tersebut akan dijual dengan harga subsidi sebanyak RM40,000, Husam berkata, perkara tersebut boleh dibincangkan.

“Itu boleh bincang balik tak ada masalah tetapi kita tidak mahu peniaga bila diberi betis hendakkan paha pula, tetapi mana peranan UMNO kenapa tidak minta dengan UDA, UMNO, Datuk Fatmi Che Salleh (Setiausaha Politik Perdana Menteri) dan Datuk Seri Mustapha Mohamed.

“Mereka pegang agensi Pusat yang ada dana yang besar, bila mereka tidak buat (membantu peniaga) maka kerajaan negeri kena buat,” katanya.

Husam berkata, UDA Holdings sepatutnya membina lot perniagaan untuk peniaga kecil di bandar ini sejajar dengan tujuan penubuhannya dahulu.SH

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....