Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 15 November 2010

Zaid sahkan keluar PKR


KUALA LUMPUR, 15 Nov — Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan beliau akan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), tetapi belum mengemukakan notis rasmi berhubung keputusannya kepada ibu pejabat parti.
“Saya merujuk kepada tajuk akhbar The Star (hari ini). Benar saya akan keluar parti, tetapi saya belum mengemukakan (notis) keluar daripada parti secara rasmi.
“Saya akan membuat penjelasan (susulan) menerusi kenyataan akhbar Jumaat ini,” kata beliau dalam kenyataan penjelasan yang disiarkan dalam blognya hari ini.
Dalam laporan tengah hari tadi, Bernama memetik Zaid berkata, beliau tidak menolak kemungkinan akan keluar daripada parti itu dalam masa terdekat.
Beliau berkata bagaimanapun, keputusan itu masih dalam pertimbangan.
“Belum (keluar parti), mungkin tidak lama lagi,” katanya menerusi SMS kepada Bernama pagi tadi.
Akhbar The Star hari ini melaporkan bekas calon timbalan presiden PKR itu telah membuat keputusan untuk keluar parti, dengan mengatakan bahawa beliau telah muak dengan pergolakan dalaman parti.
Zaid juga dilaporkan berkata bahawa “beliau tahu masanya sudah suntuk untuk terus berada dalam PKR ekoran serangan bertali arus ke atas peribadinya oleh pemimpin-pemimpin parti”.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu pada 8 November lepas mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada bertanding selain melepaskan semua jawatannya dalam parti itu.
Dalam kenyataan di blognya, Zaid berkata pucuk pimpinan PKR tidak langsung cuba menangani pelbagai isu berhubung manipulasi dan amalan pemilihan yang tidak adil walaupun isu-isu itu sering dibangkitkan.
Pada 9 November lepas, Zaid turut menggesa Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden parti Azmin Ali supaya berundur dan mendakwa kedua mereka adalah punca segala masalah dalam parti.TMI

1 ulasan:

orgmudaPC berkata...

baca tajuk malaysiakini :Husam: PAS terbuka terima sesiapa, termasuk Zaid".
"Ahli jawatankuasa PAS pusat, Datuk Husam Musa berkata parti itu sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana bekas ahli parti lain, termasuk Datuk Zaid Ibrahim yang mengesahkan akan keluar daripada PKR".

mamak ini memang nak belagak, atas pangkat apa beliau bercakap, pandai memandai pula.
Dulu si mamak inilah yang bersemangat beri kerusi Parlimen kepada Brahim katak puru.
Duduk diamlah, taka payah cakap, suruh aje Kickdefella yang bercakap bagi pihak mamak ini.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....