Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 20 November 2010

Lembu Khalid & Lembu Najib,Antara Rasuah Dan Korban

Dulu gawat masa Hari raya eidul adha apabila MB Selangor mengagihkan 46 ekor lembu korban untuk HariRaya Adha. Gerakan Anti Korupsi (Gerak) dan Pemuda Umno Selangor membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan tersebut. Gerak membuat aduan kepada SPRM terhadap Abdul Khalid kerana didakwanya menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk membeli 46 ekor lembu korban yang diedarkan kepada surau dan masjid di Parlimen Bandar Tun Razak - kawasan Parlimen Abdul Khalid - ketika Hari Raya Korban yang lalu.
Masa itu PR baru menang. Ramai yang nak jadi pahlawan. Para media pun nak tunjuk juara mengampu mereka. Pemuda UMNO ketika menyerang MB Selangor itu memberi sebab dan alasan dengan menyebut amalan korban ni adalah satu amalan yang dikhaskan untuk dilakukan oleh seseorang individu. Amalan korban bukan ditujukan kepada institusi. Kalau suruh institusi yang buat korban, nilai amalan dan pahala tu tuhan nak bagi siapa pulak. Jadi, di sini sudah wujud dua kesalahan. Pertama melakukan amalan korban tidak mengikut seperti mana tertib yang tuhan syaratkan iaitu kepada individu muslim dengan duit poket sendiri.
Kedua, mengarahkan institusi perbendaharaan kerajaan pula menanggong kos amalan korban bagi pihak Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Ini adalah satu penipuan serentak yang dilakukan terhadap tuhan dan manusia. Inilah bahananya bila amalan agama pun mahu dijadikan sandaran untuk persembahan politik..

Khalid Ibrahim pula menafikan tuduhan yang mendakwa beliau menyalahgunakan dana kerajaan negeri oleh Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak). Beliau berkata : Kerajaan negeri sentiasa berpegang teguh kepada konsep ketelusan dan bertanggungjawab secara menyeluruh dalam menjalankan pentadbiran negeri dan anak syarikat.
“Saya peka dengan tuduhan ini yang dilemparkan tentang menyalahgunakan kuasa dalam isu pembelian 46 lembu untuk program korban diperingkat Perlimen Bandar Tun Razak untuk 46 buah surau dikawasan itu. “Lembu tersebut sebenarnya disumbangkan oleh sebuah syarikat milik agensi kerajaan negeri” tambahnya ketika diminta mengulas tuduhan ini.
Tegas beliau, dana kerajaan negeri Selangor tidak digunakan untuk membeli lembu-lembu tersebut. Sebaliknya, lembu itu telah didermakan oleh enam anak syarikat dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). “Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah membuat apa-apa keputusan yang boleh menyebabkan kerugian kepada rakyat.Entah kenapa SPRM senyap aje isu ini hingga kini. Kot-kot tak boleh makan. Apatah lagi pengerusi GERAK pun dah lompat menyertai PKR. Puak-puak UMNO pun mungkin dah habis suara kot nak menyalak. Tahun ini sunyi sepi. SPRM pun mungkin sibuk, mungkin terlalu banyak kes-kes rasuah?. Ish yang ni tak sempat nak siasat ke?

Eidul Adha 2010: Najib bahagi 659 ekor lembu kepada Umno bahagian Pahang.

16 Nov 2010. PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ibadah korban bukanlah diertikan sebagai penyembelihan haiwan semata-mata tetapi perlu diterjemahkan kepada skop yang lebih luas.
Beliau berkata ibadah korban perlu dilihat sebagai suatu konsep yang menuntut setiap umat Islam berkorban demi kepentingan agama, bangsa dan negara mereka.
"Kita mesti melihat pengertian berkorban dari skop kecil penyembelihan binatang korban kepada skop yang lebih luas iaitu pada setiap saat dan ketika. "Kita mesti menggandakan korban tenaga, pemikiran, kepakaran dan masa bagi mentransformasikan negara dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, pendidikan, sosial dan politik”. katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan lembu-lembu korban untuk Parlimen Pekan di sini, Selasa.
Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan ketua-ketua Bahagian Umno bahagian di Pahang. Sebanyak 659 ekor lembu disumbangkan oleh 20 syarikat untuk diagih-agihkan kepada 14 bahagian Umno di Pahang dan 55 buah masjid di kawasan Parlimen Pekan- BERNAMA

Hah! Macamana yang ini ni? Apakah makna korban yang lebih luas? Selama ini UMNO faham secara sempit ke? Berjuang atas nama bangsa tu sempit ke luas. Dalam masa yang sama slogan 1 Malaysia, berbilang kaum pulak. Pemimpin UMNO kekadang melarang mencampur adukkan ibadah dan politik. Mereka nakkan sekular. Dah bagi lembu ke Bahagian UMNO di Pekan Pahang tu apa? Lidah mereka ni bercabang berapa sebenarnya? Kekadang tak faham mana satu nak ikut pemimpin-pemimpin UMNO ni bercakap? Inilah bahana apabila si jahil menjadi pemimpin! rakyat akan dilembukan. Mufti dibisukan. Bila berkuasa yang lain menjadi mangsa.

Semoga Eidul-Adha kali ini dapat kita mempertingkatkan perjuangan kita. Bukan hanya sekadar berupaya melakukan pengorbanan terhadap lembu dan kambing sahaja. tetapi mempertingkatkan jihad kita ke arah menegakkan cita-cita Islam di negara tercinta ini.

Jangan lupa kita pakat-pakat korbankan UMNO-BN dalam Pru-13 nanti.BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....