Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 9 Julai 2010

Polis ambil kenyataan Ka Siong berhubung laporan Perkasa

KUALA LUMPUR, 9 Julai — Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong hari ini dipanggil polis bagi memberi keterangan berhubung tiga laporan polis yang dibuat oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) baru-baru ini.

Wee ketika dihubungi Bernama berkata beliau memberi keterangan kira-kira sejam di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi.

Beliau ditemani setiausaha agung Pemuda MCA Datuk Chai Kin Seng dan ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Chew Lian Keng.

“Saya beritahu apa yang benar, tiada apa untuk disembunyikan. Saya sedia memberikan kerjasama erat kepada pihak polis pada bila-bila masa,” katanya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan mengambil keterangan Wee berhubung laporan Perkasa tersebut namun enggan mengulas lanjut.

Perkasa baru-baru ini membuat laporan polis terhadap kenyataan Wee yang didakwa boleh menimbulkan ketegangan antara kaum serta menjejaskan keharmonian negara.

Perkasa mendakwa kenyataan Wee yang menyentuh isu sensitif berkaitan biasiswa jelas menunjukkan beliau tidak membawa konsep 1Malaysia tetapi membawa konsep perjuangan ‘‘Malaysian Malaysia’’ yang diperjuangkan DAP. — Bernama

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....