Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 27 Julai 2010

Apa Maksud Menjadi Isteri Perdana Menteri ?


Oleh IZMAS
KALAU di zaman lima perdana menteri (PM) sebelumnya, kita kerap mendengar cerita isteri perdana menteri yang taat mengekori suaminya dalam banyak acara resmi sebagai ‘pengiring’ setia, tetapi di zaman PM keenam ini, kita menyaksikan isteri beliau yang kelihatan aktif seaktif dan sesibuk tugas suaminya.
Jika dulu, kita sekedar mendengar dan melihat isteri PM menjadi ketua dan penaung persatuan isteri-isteri menteri kabinet, pertubuhan-pertubuhan amal dan penaung persatuan sukan, tetapi hari ini kita menyaksikan keterlibatan isteri PM yang jauh ke hadapan – yang tidak dilakukan oleh isteri-isteri PM sebelumnya.
Beliau terlibat dalam banyak persatuan dan pertubuhan sosial, pelajaran, ekonomi dan banyak lagi yang tidak dibuat isteri-isteri PM sebelumnya. Tindakan itu harus dipuji kerana rajin dan aktifnya beliau meluangkan masa dan tenaga dalam aktiviti yang jarang dilakukan ister-isteri PM sebelum beliau. Patut diberi pujian tinggi kerana membantu tugas suaminya yang memang diketahui sibuk dengan acara resmi dan tidak resmi sebagai orang nombor satu negara.
Namun, aktiviti beliau itu sudah dikatakan agak berlebihan dan seolah-olah sudah menjadi salah seorang anggota kabinet suaminya yang sibuk dengan agenda dan urusan kerajaan. Beliau memberi ucapan dan meresmikan upacara formal – mewakilli suami atau atas kapasitinya sendiri - yang menyentuh dasar kerajaan yang sepatutnya dilakukan ahli keabinet atau menteri yang bertanggungjawab. Hal ini tidak berlaku dalam era PM sebelum beliau.

Isteri bekas PM kempat negara, Tun Dr Siti Hasmah Hj Mohd Ali yang berkelulusan tinggi dan lebih cerdik tidak begitu aktif dan cergas membantu suaminya yang sebenarnya lebih sibuk dari PM sekarang. Beliau boleh mengawal diri dan menghadiri acara tertentu yang tidak melibatkan urusan resmi kerajaan. Beliau lebih banyak kelihatan mengiringi suaminya ke mana saja acara dan upacara – di dalam dan di luar negara - tanpa terlibat aktif dalam aktiviti luar lain mewakili suaminya dalam acara tertentu yang melibatkan dasar dan halehwal negara.
Persoalan timbul; apakah peranan isteri PM Malaysia kini sudah berubah dan tidak seperti dulu lagi? Apakah isteri PM sekarang perlu aktif membantu suaminya dalam banyak hal dan peranan termasuk halehwal menyentuh kepentingan dasar dan polisi negara? Apakah isteri PM sekarang tidak layak menjadi pengiring suaminya lagi? Dan adakah semua ini sudah kelihatan nampak janggal dan perlu diperbetulkan?
Sudah banyak kedengaran komen dan komentar rakyat terutama penulis blog dan pemimpin Pakatan tentang hal ini yang memerlukan perhatian segera semua pihak. Adakah peranan aktif ini perlu diteruskan sebagai aliran fikiran baru yang perlu diterima? Atau adakah isteri PM perlu aktif dalam acara dan aktiviti tertentu yang relevan sesuai kedudukannya sebagai isteri PM dan bukan sebagai salah seorang anggota kabinet suaminya?Detikdaily

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini membuktikan Najib sudah kehilangan telor dan telor Najib Rosmah sudah gunakan.Nak pakai seluar,tak ada size,kalau tidak pasti Rosmah pakai seluar dan Najib pakai kain batik.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....