Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 4 Mei 2010

Zahid Nafi Beri Bantuan Senjata Pada Palestin,Mengaku Jumpa Ehud Barak

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam menafikan tuduhan bahawa Malaysia memberi bantuan persenjataan kepada pejuang Palestin bagi meredakan kemarahan mereka terhadap pertemuannya dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak.
Beliau berkata kerajaan tidak pernah menjanjikan apa-apa bantuan persenjataan kepada Palestin.
“Kerajaan Malaysia adalah amat komited berhubung dengan status Negara Palestin yang bebas dan berdaulat tanpa penindasan pihak Israel. Kerajaan sering menyuarakan bahawa pihak tentera Israel perlu menghentikan segala bentuk penindasan yang dilakukan.
“Kerajaan dan rakyat Malaysia tidak boleh menerima dan melihat keganasan yang dilakukan oleh tentera Israel ke atas rakyat Palestin. Kerajaan sentiasa menyokong untuk kewujudan negara Palestin yang aman dan berdaulat,” katanya menjawab soalan Senator Dr Syed Husin Ali pada sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Negara.

Ahmad Zahid menegaskan bahawa perjumpaan beliau dengan Ehud Barak adalah perjumpaan yang tidak dirancang dan berjumpa ketika Pameran Ruang Angkasa dan Penerbangan Antarabangsa ke-48 di Paris, 16 Jun tahun lepas.
“Kehadiran di pameran tersebut melibatkan semua menteri pertahanan serta wakil negara-negara luar yang menyertai pameran. Selain saya, perjumpaan dengan Ehud Barak turut disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian, Panglima Tentera Udara dan Penasihat Pertahanan Malaysia di Paris,” katanya.
Beliau berkata ketika majlis resepsi di hadapan perkarangan Kementerian Pertahanan Perancis, beliau telah dimaklumkan bahawa Ehud Barak ingin bertemunya dan kemudian mengambil pendirian dengan menetapkan syarat kepada Ehud Barak jika ingin berjumpa dengannya.
“Saya tidak naik ke atas, jika dia (Ehud Barak) mahu jumpa dengan saya sila turun ke bawah dan saya tidak mahu pengawal turut ikut dan mengiringi Ehud Barak turun ke bawah serta saya tidak mahu ada kamera dan wartawan yang mengikut beliau serta tempoh pertemuaan adalah 20 minit,” katanya.
Ahmad Zahid berkata ketika pertemuan itu berlangsung, beliau telah membidas Ehud Barak yang merupakan orang Yahudi berketurunan Mahgribi yang mengatakan kepadanya dalam bahasa Arab:”wahai saudara, kita adalah the son of Adam”.
“Saya terus beritahu dia, yes, we are the son of Adam tetapi you buat double standard, tangan kanan you menghulurkan untuk pendamaian, tetapi tangan kiri yang membunuh the brothers and sisters di Palestin.
“Kedua saya katakan, kalau you mahu jumpa saya untuk menghulurkan salam, saya sebagai Menteri Pertahanan Malaysia, orang Islam dan negara-negara Islam tidak mengiktiraf Israel. Ketiga, saya beritahu dengan beliau bagaimana tentera-tentera perisikan Mossad telah banyak melakukan pencerobohan terhadap negara-negara Islam dan melakukan perisikan yang akhirnya merosakkan negara-negara Islam. Ini negara Islam tidak boleh terima,” katanya.
Keempat yang saya sebutkan dengan Ehud Barak semasa beliau menjadi Perdana Menteri iaitu peristiwa Shatila, peristiwa pembunuhan di tempat-tempat lain telah dilakukan oleh beliau dan kini beliau berjumpa kononnya mahu berdamai, katanya.
Ahmad Zahid berkata sebagai kesimpulan Ehud Barak telah bersikap berat sebalah dan orang Islam tidak boleh menerima dan melihat keganasan yang dilakukan tentera Israel ke atas rakyat Palestin.
“Walaupun kita adalah anak keturunan Adam, pendirian Ehud Barak tidak boleh diterima oleh mana-mana individu, organisasi dan masyarakat dunia yang melihat kezaliman yang dilakukan Israel terutamanya dalam keadaan sekarang apabila Baitulmuqaddis mahu diranapkan dan mahu dirampas oleh Israel.
“Saya nyatakan pendirian Malaysia bahawa komitmen kerajaan Malaysia berhubung dengan negara Palestin yang bebas dan berdaulat tanpa penindasan pihak Israel,” katanya. — Bernama

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adalah lebih baik dia menolak untuk berjumpa dengan si Israel ni - tunjuk sikit pada Israel bahawa kita tidak dapat berkompromi langsung dengan mereka.

Tapi apakan daya UMNO tu dah berbinkan APCO al Israeli, jadi mahu tak mahu mesti bersedia untuk melutut menyembah si Zionis tu.

Si Zahid ni pula wajar disamak di depan pintu kapal terbang sebelum dibenarkan masuk ke dalam kapal terbang sebelum pulang ke Malaysia.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....