Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 1 April 2010

Sultan Pahang Titah Hukuman Sebat Kartika Diganti Dengan Khidmat Masyarakat

PETALING JAYA: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mentitahkan supaya hukuman sebat membabitkan bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor digantikan dengan kerja-kerja khidmat masyarakat.
Kartika, 33, bakal menjalani hukuman tersebut selama tiga minggu bermula esok di Majlis Agama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MAIP) pada pukul 8.30 pagi.
Menurut bapa Kartika, Shukarnor Abdul Mutalib, pihaknya telah menerima surat bertarikh 26 Mac daripada MAIP semalam menyatakan mengenai perkara itu.
"Esok saya akan ke Pahang untuk menghantar Kartika bagi menjalani hukumannya yang akan bermula pada pukul 8.30 pagi," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini.
Ditanya mengenai jenis khidmat komuniti yang dikenakan kepada Kartika, beliau berkata masih belum mengetahui jenis khidmat yang bakal dijalankan oleh anaknya itu.

Sebelum ini, Kartika ditahan pihak berkuasa ketika minum arak di sebuah resort di Cherating pada 11 Julai 2008 dan selepas mengaku bersalah, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan.
Sementara itu, Shukarnor turut mengulas mengenai sebuah laporan yang dimuatkan dalam sebuah portal berita hari ini yang mendakwa anaknya telah diampunkan oleh Sultan Pahang sehari sebelum anaknya itu menyerah diri kepada Jabatan Agama dua tahun lalu.
"Dakwaan itu tidak benar sama sekali. Saya sendiri tidak tahu mengenai perkara itu. Apa yang pasti itu hanyalah satu kentyataan untuk memanipulasi keadaan," katanya.
Bagaimanapun, Kartika enggan bercakap melalui telefon bimbang kenyataannya akan disalah erti oleh pihak media.
"Bahaya dia (Kartika) bagi kenyataan dalam telefon. Nanti akan disalah erti. Insya-Allah esok di MAIP dia akan bagi kenyataan," katanya kagi.
Kontroversi hukuman sebat ke atas wanita itu menjadi polemik ekoran penangguhan demi penangguhan berlaku selepas hukuman dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Pada 8 Mac lalu Sultan Ahmad Shah bertitah, baginda akan meneliti terlebih dahulu hasil pertemuan Kartika dengan Tengku Mahkota Pahang sebelum memutuskan sebarang tindakan susulan berhubung kes bekas model sambilan itu.
Titah baginda, Penasihat Undang- Undang Negeri Pahang, Datuk Mat Zara'ai Alias akan memaklumkan hasil pertemuan tersebut dengan terperinci.
Bekas model sambilan itu telah menghadap Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Yang Dipertua MAIP di Pekan pada 3 Mac lalu.Mstar

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak sangka, hukuman macam ni boleh diampunkan oleh sultan... =)

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....