Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 2 April 2010

Peguam Muslim bantah Sultan gugur hukuman sebat Kartika

KUANTAN, 2 April — Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) hari ini kecewa dengan keputusan Sultan Pahang yang membolehkan hukuman sebat ke atas bekas model, Kartika Sari Dewi Shukarno digantikan dengan kerja-kerja khidmat sosial.
Setiausaha Agung PPMM Abdul Halim Bahari berkata, keputusan itu tidak mengambil kira hasrat dan kemahuan Kartika yang mahu disebat mengikut lunas syariah.
“Dia (Kartika) telah menghadapi pelbagai tekanan supaya merayu terhadap hukuman sebatan syarie tetapi dia tetap mahu undang-undang Islam dilaksanakan ke atasnya.
“Undang-undang Islam telah menetapkan secara definitif hukuman bagi kesalahan meminum arak.
“Walaupun sebatan syarie sebanyak enam kali itu tidak mencapai jumlah yang ditetapkan oleh hukum syarak, namun ia perlu dilaksanakan kerana hampir dengan hukum syarak,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini selepas Kartika memulakan kerja khidmat sosial.

Beliau berkata, PPMM mewakili lebih 1,000 ahli yang berkelulusan undang-undang dan syariah bimbang keputusan itu tidak mempunyai kebolehpercayaan dari segi undang-undang.
“Walaupun bertindak sebagai Ketua Agama Negeri, Sultan Pahang seharusnya mempertahankan undang-undang Islam serta memperkukuhkan institusi mahkamah syariah.
“Jadi hak dan kuasa sebagai Ketua Agama hendaklah dijalankan mengikut hukum agama itu sendiri.
“Sultan Pahang ada menyatakan hukuman kerja-kerja khidmat sosial ini digantikan atas faktor kemanusiaan sedangkan hukuman rotan tersebut adalah amat ringan.
“Ini kerana sebatan syariah amat berbeza dengan sebatan sivil yang mencedera dan menzalami pesaah. Sebatan syariah lebih bersifat mendidik sebagaimana bapa mendidik anak,” katanya.
Abdul Halim berkata, peringanan hukuman bagi kesalahan syariah hendaklah dibuat atas nasihat mufti.
“Sekiranya hendak meringankan sesuatu hukuman terlebih dahulu mesti mendapatkan nasihat mufti.
“Mufti pula bertanggungjawab menasihati Sultan berdasarkan hukum syarak. Dalam hal ini kita tidak dapat mencari satu kesimpulan mengenai perkara ini,” katanya lagi.TMI

2 ulasan:

Kuda Perang berkata...

Hukuman khidmat sosial ke atas Kartika memang tidak patut lebih kepada bermotifkan politik.. supaya menjadi pertikaian, supaya senang pemimpin pembangkang masuk jerat bila kaitkan isu ini kerana bersangkut paut dengan sultan.

Pacifist berkata...

selepas ini peminum arak,penzina,perasuah dll hanya tersenyum bila ditahan oleh penguatkuasa.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....