Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 10 April 2010

Noh tidak perlu mohon maaf-PERKASA

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) tidak bersetuju dengan tindakan Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Noh Omar memohon maaf berhubung ucapannya di konvensyen BN Selangor kelmarin. Ketua Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah (bawah) berkata ucapan Noh - yang memetik mendiang Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan - bersandarkan "satu fakta sejarah".

Sebaliknya beliau mendakwa ucapan Noh yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor telah "disalahtafsirkan" oleh media berbahasa Cina. "Petikan ucapan itu merupakan fakta sejarah kerana ia termaktub dalam sejarah Malaysia. Adakah cakap fakta sejarah adalah salah?"
katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam. Ditanya tindakan pihaknya selepas ini berhubung permohonan maaf Noh itu, Arman berkata pihaknya tidak merancang untuk berbuat apa-apa tindakan. "Bagi saya jika berlandaskan gagasan 1Malaysia, seharusnya pihak-pihak media yang salah petik ucapan Datuk Noh Omar seharusnya memahami, di mana beliau berceritakan (tentang)sejarah silam. "Datuk Noh meminta maaf atas dasar menghormati prinsip BN terhadap semua lapisan masyarakat, seharusnya mereka menilai dengan matang ucapan Datuk Noh," katanya.

Kelmarin, Noh (kiri) yang juga ahli parlimen Tanjung Karang dilaporkan memohon maaf berhubung ucapannya di konvensyen BN Selangor sekiranya ia menyinggung perasaan mana-mana pihak. Katanya, beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana kaum, sebaliknya mahu mengukuhkan lagi semangat kerjasama dan setiakawan di kalangan ahli dan pemimpin parti-parti komponen BN.M'kini

1 ulasan:

azman kamarul berkata...

PERKOSA.....hebat....sekarang dah mula nak jadi penasihat kepada menteri pulak dah.....dah pandai tentukan yang mana boleh buat dan yang mana tak boleh buat...oleh seseorang menteri...

Wahai PERKOSA...daftar sebagai parti politik masuk bertanding dalam pilihanraya...jangan merapu tak tentu hala....Melayu mana yang kamu nak bela?

Atau untuk mencari publisiti untuk meraih habuan kot!

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....