Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 9 April 2010

Noh Omar mohon maaf kepada masyarakat Cina dan India


Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar memohon maaf kepada masyarakat Cina dan India berhubung kenyataannya bahawa mereka harus bersyukur dan “terhutang budi” kerana diberikan kewarganegaraan.
Kenyataan beliau itu dibuat pada Konvensyen BN Selangor di Shah Alam semalam ketika BN bersiap sedia untuk menawan semula kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.
Dalam kenyataan rasmi dikeluarkan hari ini, Noh yang juga pengarah jentera pilihan raya kecil bagi BN ini berkata, kenyataan beliau itu semata-mata petikan daripada nukilan Tun Tan Siew Sin dan Tun VT Sambathan.

Oleh itu kata anggota Kabinet persekutuan ini, kenyataan tersebut tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak.
“Saya tidak ada niat untuk menyinggung perasaan mana-mana kaum. Bagi saya, apa yang dibacakan adalah satu tulisan sejarah yang sangat penting dan rakyatnya tinggal secara harmoni selari dengan konsep 1 Malaysia,” kata beliau.
Jelas Noh, tujuan beliau membacakan petikan bekas pemimpin-pemimpin adalah untuk mengukuhkan kembali semangat kerjasama di kalangan ahli dan pemimpin BN.
“Jika ucapan ini tidak sesuai untuk dibacakan dalam konteks generasi sekarang, maka saya memohon maaf,” katanya.
Kandungan ucapan Noh itu menjadi fokus serangan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo di Parlimen awal hari ini.
“Umno masih menghina orang lain khususnya masyarakat India dan Cina... ini adalah sesuatu yang mengarut,” kata Gobind.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....