Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 21 Mac 2010

Perkasa Bawa Politik Primitif

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Datuk Zaid Ibrahim membidas Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) pimpinan Datuk Ibrahim Ali yang didakwa sengaja mencetuskan ketakutan di kalangan orang Melayu sambil menyifatkan bentuk politk yang di bawa pertubuhan itu sebagai 'primitif'.
Bercakap pada persidangan Kepimpinan Anak Muda 2010 anjuran Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan Negeri Selangor, Zaid menyelar pertubuhan bukan kerajaan tersebut yang berulang kali menyuarakan kebimbangan terhadap kehakisan hak keistimewaan orang Melayu seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam wawancara Ibrahim dengan Malaysiakini, beliau berkata kita mesti pertahankan hak-hak dalam Perkara 153. Saya pun Melayu. Siapa yang hendak ambil hak kita yang dia hendak lindungi sangat tu,” katanya. 
Sehubungan itu, beliau menggesa peserta persidangan supaya tidak terpengaruh ke atas ketakutan yang direka oleh 'orang politik' tertentu.
“Di Malaysia Bumiputera jumlahnya besar. Di Sabah dan Sarawak, Iban sahaja sudah 60 peratus. Itu belum campur Melanau. 
Mustahil hak kita akan diambil oleh sesiapapun. Jadi tak betul lah kalau dia cakap ada orang nak rampas hak kita,” ujar beliau lagi. SK

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....