Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 22 Mac 2010

Mahkamah Tolak Saman RM1.5 Juta Terhadap Bekas Menteri

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman sivil RM1.5 juta yang difailkan bapa seorang penjual ikan terhadap bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri Datuk Conrad Mojuntin.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Abdul Rahman Sebli berkata setelah meneliti keterangan dan hujah-hujah daripada kedua-dua pihak, beliau mendapati bahawa plaintif David Chang Tai Kim, gagal membuktikan bahawa defendan cuai apabila melepaskan tembakan yang menyebabkan kematian anaknya Anthony Chang Kim Fook.
Keterangan itu jelas membuktikan bahawa defendan menggunakan haknya sebagai pembelaan persendirian apabila melepaskan tembakan yang menyebabkan kematian itu.

Soal kecuaian tidak timbul apabila seseorang itu mempertahankan nyawa sendiri atau nyawa yang lain ketika dalam ancaman yang sama.
"Dalam keadaan ini, tuntutan plaintif ditolak dengan kos, untuk dibayar kecuali dipersetujui," katanya ketika memberikan hujah dalam membuat keputusan itu
Chang dalam tuntutannya mendakwa bahawa Mojuntin, 62, adalah liabiliti jenayah yang mengakibatkan anaknya terkorban kerana beliau mengaku menembak anaknya itu dengan senapang patah semasa inkues dilakukan untuk mengetahui punca kematian tersebut empat tahun lepas.
Penjual ikan itu, 20 tahun ditembak mati pada 23 Oktober, 2005 antara pukul 4.20 pagi dan 4.45 pagi di hadapan perpustakaan Penampang di Donggongon dekat sini.
Ram Singh dan Loretto Padua Jr yang mewakili Chang, berkata plaintif akan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....