Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 27 Disember 2009

Kemalangan bas 2 tingkat: Pakatan Perak ucap takziah kepada keluarga mangsa


IPOH, 27 Dis: Pakatan Rakyat Perak merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa kemalangan bas dua tingkat di Jelapang di samping menuntut agar diadakan siasatan menyeluruh serta diberikan pampasan yang sewajarnya.

Dalam kenyataan medianya, Setiausaha Pakatan Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, Pakatan sangat bersimpati dengan nasib yang menerima mangsa.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau yang dikeluarkan semalam:

Berikutan dengan 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM 272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini, dengan ini saya mewakili Pakatan Rakyat Negeri Perak mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :-

1. Pakatan Rakyat Perak turut bersimpati dan bersedih dengan keluarga mangsa dan mengucapkan takziah kepada mereka yang terlibat,harapan kami semuga semuanya bersabar dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya semua yang meninggal dunia ditempatkan oleh Allah SWT dikalangan roh orang yang beriman. Kepada semua marilah kita menyedekahkan bacaan Al Quran kepada mereka semua..Al Fatihah...

2. Satu sisatan yang terperinci dan menyelurh mesti dilakukan dengan segera bagi memastikan pihak yang bertanggugn jawab diadili dengan sebaik mungkin termasuklah pemandu yang memandu bas ketika kemalangan itu yang telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

3. Siasatan juga perlu melibatkan keadaan jalan, pembahagi jalan dan lain-lain aspek yang berkaitan supaya kejadian seumpama itu tidak akan berulang lagi dimasa akan datang.

4. Walaupun tidak setimpal dengan nilai kehilangan nyawa, pihak yang terbabit mestilah membayar pampasan yang sepatutunya bagi membela keluarga mangsa tersebut.

Kenyataan Media/ 26 Disember 2009

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Setiausaha,
Sekretariat Pakatan Rakyat
Negeri perak.

1 ulasan:

cucu mamak kutty, berkata...

klu pemandu lori klu ngantok boleh berhenti rehat dan tidor seketika,drebar bas mane boleh berhenti tido,mcm mane ngantok pun tetap kena jln juga,walau ada 2 org pemandu pun klu dah rasa ngantok mane boleh nak tahan2 ngantok tu,biasanya pemandu2 yg memandu ni teman nya ia lah rokok,larangan merokok untu pemandu2 bas ni hendak lah di tarik balik,sepatut nya di benarkan pemandu2 ni merokok ketika memandu,mungkin ruang pemandu tu boleh di tutup supaya asap rokok tu tidak menganggu penumpamg2,di harap pihak berkuasa boleh memikirkan untuk membenarkan pemandu2 bas ni menghisap rokok ketika memandu,mungkin dapat menghilangkan rasa mengantuk dan dapat mengelakkan kemalangan2 maut oleh kemalamngan bas2 ekspress.....tak caya...//////???????....tanye le perokok2.....nyawa penumpang lebih berharga,org yg hisap rokok pun mati dan yg tidak merokok pun mati juga....kan ramai org2 perempuan yg tak merokok mati juga kene serangan jantung,ahli2 sukan pun ramai juga mati sakit jantung....bukan hanya perokok2....pikir2kan lah....

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....