Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 14 November 2009

Kedudukan Sebagai Pemimpin Nombor Satu PAS Tidak Terjejas - Presiden Pas

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kedudukan beliau sebagai pemimpin nombor satu parti itu tidak terjejas walaupun ada pihak tertentu cuba menggambarkan sebaliknya.

Katanya sokongan terhadap beliau daripada anggota parti peringkat akar umbi dan barisan pimpinan PAS lain, termasuk daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, juga tetap utuh.

Mengakui mempunyai perbezaan pendapat dengan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum ini, Abdul Hadi menegaskan ia telahpun diselesaikan.

"Hubungan kami macam isi dengan kuku. Memang ada perbezaan pendapat tapi tetap bersatu, lebihlebih lagi bila beliau (Nik Aziz) terima resolusi yang dibuat dalam seminar parti barubaru ini," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz sebelum ini meminta parti itu mengadakan Muktamar Agung Khas bagi membolehkan perwakilan membuat keputusan mengenai kedudukan beberapa pemimpin PAS disifatkan sebagai bermasalah termasuk mereka yang pro-Umno.

Bagaimanapun parti itu memutuskan untuk mengadakan seminar politik pada 7 November lalu dan membincangkan masalah berbangkit.

Berhubung isu bai'ah, beliau menjelaskan bai'ah sumpah setia laknat yang diamalkan parti itu seperti didedahkan Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali hari ini, tidak menyalahi ajaran Islam.

"Bai'ah talak tiga tidak menjadi dasar atau konsep dalam PAS," katanya. BERNAMA

1 ulasan:

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 berkata...

Kedudukan juga yang difikirkan. Sejak bila jawatan Presiden PAS adalah jawatan Nombor Wahid dalam PAS? Abis tu Mursyidul Am tu jawatan nombor berapa?

Kedudukan tuan Presiden mgkn tidak terjejas, tetapi cuba tuan Presiden tanya kedudukan PAS dalam masyarakat... terjejas atau tidak?

Untuk pengetahuan tuan Presiden, PAS kini tidak lagi dipandang gah oleh kawan dan lawan. PAS lagi bukan parti alternatif kepada Umno... kerana apa? sebab apa? Itu sepatutnya sudah ada dlm kepala tuan-tuan semua.

Kami sedih bila pemimpin PAS sudah mula lebihkan kepentingan diri dari kepentingan jemaah. Jawatan diri sendiri jugak yang dikhuatirkan...


http://www.pemudakemehe1.blogspot.com

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....