Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 28 Oktober 2009

Dewan tolak usul bahas jambatan runtuh


DEWAN Rakyat Rabu menolak usul bagi membincangkan tragedi jambatan gantung runtuh di Pusat Kokurikulum Daerah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang, Perak kelmarin yang dibawa oleh Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng).

Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee berkata usul berkenaan ditolak kerana berdasarkan peraturan, sebarang isu yang telah ditolak di dalam kamar tidak akan dibaca semula di dalam Dewan.

Menurut Ronald lagi, perkara tersebut telah diambil perhatian oleh pihak yang berkaitan termasuk pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian yang meragut satu nyawa, manakala dua lagi pelajar masih hilang.

"Saya ingin maklumkan bahawa perkara-perkara yang ditolak dalam kamar tidak akan dibacakan lagi. Itu adalah satu keputusan yang diambil oleh Speaker dan keputusan untuk kes ini ia telah ditolak di dalam kamar.

"Kita terikat dengan peraturan bahawa ia tidak akan dibaca dalam dewan. Saya tidak akan ulang lagi dan saya harap tiada lagi perbincangan lanjut mengenai perkara ini," katanya.

Bagaimanapun, Ronald berkata usul itu masih boleh dimasukkan sebagai isu untuk dibahaskan di dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 yang sedang berlangsung.

Seorang murid sekolah rendah lemas manakala dua lagi masih hilang apabila jambatan gantung yang mereka gunakan untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Kampar runtuh pada kira-kira pukul 10.30 malam.suaramalaysia

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....