Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 8 September 2009

Zamri lawan Nizar:Umno sedia berunding dengan Pas-Najib

Najib bersama Tok Guru Pengkalan Chepa

KUALA KRAI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Umno bersedia untuk berunding dengan PAS demi kepentingan umat Islam di negara ini.

Najib yang juga Presiden Umno berkata kesediaan untuk berunding dan mengadakan perbincangan dengan PAS juga adalah demi membangunkan umat Islam.

Bagaimanapun, beliau kecewa dengan tindakan pemimpin PAS mengeluarkan kenyataan yang menghina orang Umno.

"Nak buat baik, saya sanggup runding dengan PAS untuk kepentingan Islam. Tapi saya tidak rela kalau Umno dihina oleh sesiapapun," katanya semasa berucap pada majlis ramah mesra dengan rakyat dan berbuka puasa di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, Isnin.

Kira-kira 4,000 penduduk Kuala Krai dan Manek Urai menghadiri majlis itu yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan bahawa penyokong Umno tidak masuk syurga walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan isu masuk syurga itu adalah hak mutlak Allah.

Bagaimanapun, tindakan Nik Abdul Aziz menghina Umno bukan merupakan kali pertama malah sebelum ini beliau pernah menyamakannya dengan ajaran sesat dan komunis.

Najib berkata perbincangan antara PAS itu haruslah mementingkan pembangunan umat Islam di negara ini.

Katanya jika mahu perbincangan itu berjaya PAS tidak sepatutnya mempertikai dan mempersoal akidah orang Umno kerana mereka juga adalah orang Islam.

Najib berkata perkara seumpama itu tidak perlu disebut-sebutkan kerana ia bukan membentuk perpaduan di kalangan umat Islam sebaliknya memecahkan perpaduan di kalangan mereka.

"Jangan persoalkan akidah kita... Sebab ini akan menimbulkan kekecohan dalam masyarakat," katanya.

Beliau berkata PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam tidak sepatutnya berlagak warak dan menilai akidah orang Islam yang lain kerana mereka daripada parti berlainan.

Katanya tindakan mempersoal keIslaman seseorang umat Islam bukanlah kerja manusia tetapi hak mutlak Tuhan untuk menentukannya.

"Dan (tindakan) persoalkan keIslaman kita ini bukan kerja manusia, ini kerja Allah. Ia jelas dalam Quran dan hadis," katanya.BERNAMA

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....