Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 11 September 2009

Zamri lawan Nizar:Belajar hubungan antara agama dari Kelantan

Ketika kecoh hubungan antara agama di negeri lain ekoran cadangan pemindahan kuil Hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 di Selangor, Kelantan terus berbangga dengan kehebatan hubungan antara kaum dan agamanya.Walaupun hampir 90 peratus penduduk Kelantan berbangsa Melayu dan beragama Islam bahkan diperintah oleh parti Islam, PAS, rumah-rumah ibadat bukan Islam merata-rata di Kelantan bahkan antara yang terbesar di dunia.

Bahkan, perkara ini menjadi kebanggaan kepada bekas Penasihat Undang-undang Hindraf yang diharamkan, P Uthayakumar.

Dalam tulisannya, Uthayakumar yang kini adalah Setiausaha Agung Pro-tem kepada Parti Hak Asasi Manusia Malaysia berkata, beliau dilahirkan di Tumpat, Kelantan dan dibesarkan di sana.

Kali terakhir kunjungannya ke sana, kuil Hindu yang menjadi tempatnya bermain semasa kecil masih tegak berdiri di situ walaupun kini tinggal dua keluarga India sahaja di situ.

"Saya yakin, memindahkan kuil itu tidak pernah terlintas di fikiran MB Kelantan, Datuk Nik Aziz," tulis Uthayakumar dalam kenyataannya.

Sehubungan itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa, menyarankan orang Islam dalam negara ini menerima pakai nasihat ataupun modul yang diamalkan oleh kerajaan Kelantan sejak 1990 dulu lagi.

Bagi beliau, Kelantan telah berjaya menyusun sistem pentadbiran dengan adil dan jujur dalam pemerintahan sehingga memberikan satu natijah paling berkesan terutama dalam konteks hubungan antara kaum.

“Sebab itu semangat hubungan kaum di Kelantan tidak pernah tercalar seperti mana berlaku di negeri-negeri lain,” katanya semasa menyampaikan ucapan ceramah Ghazwatul Badar di Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra dekat sini selepas solat Terawih malam tadi.

Husam juga menyangkal kuasa politik orang Melayu terjejas dengan apa yang berlaku di negara ini dan di Kelantan.

Sebaliknya beliau menegaskan pertambahan kuasa politik Melayu sebenarnya semakin meluas di bawah pakatan.

Kesahihan fakta itu tidak dapat dipertikaikan selepas merujuk kepada peningkatan jumlah angka kerusi bagi orang Melayu pada pilihan raya 2008 ialah sebanyak 122 berbanding tahun 2004 sebanyak 117.

"Perbezaan lima kerusi terbabit adalah milik calon Melayu dari pakatan," ujarnya.

Pada majlis yang sama, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Nik Mohammad Amar Nik Abdullah, mengingatkan umat Islam mengambil pengajaran sebaik mungkin daripada peristiwa Perang Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan penuh rahmat.

Menurut Nik Amar, peristiwa Perang Badar merupakan titik tolak bermulanya perkembangan dan kejayaan Islam membawa kepada tamadun sepatutnya dijadikan renungan kepada umat Islam hari ini.themalaysianinsider.com

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....