Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 22 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar:SPR serbu bilik gerakan BN


Gambar hiasan

SEBERANG PRAI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 'menyerbu' bilik gerakan Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir petang semalam ekoran aduan program kendalian pusat itu melibatkan penggunaan jentera kerajaan.

Pegawai-pegawai suruhanjaya membuat serbuan selepas menerima aduan daripada ejen parti yang bertanding bahawa program kendalian BN di kawasan Samagagah turut disertai kakitangan Jabatan Kebajikan.

Serbuan itu dibuat kira-kira 5 petang semalam.

Bilik gerakan BN Samagagah terletak bersebelahan dengan bilik gerakan PAS dan juga pejabat Parti Keadilan Rakyat Samagagah.

Naib Ketua AMK Pulau Pinang, Sim Tze Tzin berkata, laporan dibuat selepas pihaknya mendapati beberapa pegawai Jabatan Kebajikan mengunjungi bilik gerakan itu bagi menjayakan program bantuan golongan berusia.

Terdapat lima hingga enam pegawai agensi berkenaan yang mendaftar golongan warga tua yang memerlukan bantuan.

"Ekoran hasil siasatan, SPR telah meminta mereka meninggalkan majlis tersebut... Kami berpendapat BN tidak wajar menggunakan kakitangan awam untuk program berbentuk kempen pilihan raya," kata beliau ketika dihubungi.

Dalam pada itu, pegawai SPR Pulau Pinang, Sulaiman Abdullah yang mengetuai siasatan telah menasihatkan pegawai-pegawai jabatan untuk meninggalkan tempat tersebut.

Bus yang membawa mereka juga meninggalkan tempat tersebut kemudian.

Dalam pada itu, jurucakap Bilik Gerakan Pusat BN ketika dihubungi mengesahkan ada mendengar mengenai kejadian itu malam tadi.

"Tetapi saya sedang menunggu laporan, belum ada laporan lagi," katanya ketika dihubungi.Usaha menghubungi pegawai kanan SPR belum berhasil.mstar

Ha..ha..macamano abe Koiry demo apo koba? Ha..ha..ha..kalau dah ekor bergelumang dengan taik sendiri jangan nak berkokok la,jangankan ayam jantan,ayam serama pun boleh terkencing ketawa mendengar kokokkan mung yang sumbang itu.Allah maha kaya.Dalam mung dok sibuk SPR dan JPN bantu Pas yang tak terbukti kebenarannya tiba tiba kamu gunakan Pegawai Kebajikan untuk tujuan kempen dan ini terbukti bukan main tuduh tuduh.Ini sah menyalahi peraturan dan satu pencabulan demokrasi yang amat jahat yang puak2 mung lakukan.Baso menate jahak.Abe Koiry yang ku kasihi..he..he..balik la tak payah nak tipu orang Permatang Pasir,mereka lebih cerdik.Nanti kerana mung tak pasal pasal BN kalah teruk.Mung sebenarnya bebanan pada UMNO.Semua puok puok mung pun tahu.Tapi terpaksa tutup mulut,kalau tak Pemilihan Umno nanti tak dapat duit ha..ha..ha..kalau tak caya tanya Tengku A.Rithauddin.Opss lupa,kim salam kat Ezam M.Nor lama tak nampak,tak datang Permatang Pasir Ke? he..he..bila nak buka kotak sakti mung tu.Kalau susah sangat mintak je Rapidah dan Mat Taib tolong bukakan ha.. ha.. ha..Abe Koiry kito dan Ali Rustam pun bulih ha..ha..ha..

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....