Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 23 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar:Adun Lunas keluar PKR

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas di Kedah, Mohammad Radzhi Salleh pagi tadi mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Keputusan diumumkan beliau pada sidang media di sini, hari ini.

Perkembangan ini muncul menjadi krisis kedua dalam tempoh dua bulan membabitkan Pakatan Rakyat Kedah.

Radzhi yang juga Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia Kedah bagaimanapun tidak meletakkan jawatan Exco itu dan menganggap dirinya masih Exco dari parti Bebas.

Beliau berkata, pelantikannya memegang portfolio itu dibuat oleh Sultan Kedah dan bukannya oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Bagaimanapun katanya, jika Sultan Kedah menitahkan beliau untuk melepaskan jawatan itu, beliau akan patuh untuk berbuat demikian.

Selain itu, pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Jamaluddin Abu Hassan turut mengumumkan bahagian tersebut juga dibubarkan.

Radzhi memenangi kerusi itu dengan memperoleh 17,836 undi. Majoriti beliau ialah 10,323.

Radzhi menewaskan calon BN, Ananthan Somasundram.

PKR mempunyai enam kerusi DUN di Kedah termasuk kerusi Bukit Selambau yang dimenangi sendiri pada pilihan raya kecil April lalu.mstar

1 ulasan:

mack berkata...

AKUM/// Biar dia keluar parti dan PKR tidak akan rugi keran duri dalam daging telah dikeluarkan maknanya kesakitan akan turut hilang. Kepada pejuang PR jangan anggap ini kerugian dan patah semangat untuk terus berjuang dalam menentukan PRU13 bn berjaya ditumbangkan. Jangan bimbang orang2 munafiq telah dicela oleh ALLAH dan juga RASUL NABU MUHAMAD SAW makna nya orang yang dicela ini tidak akan selamat dunia dan akhirat. TERUSKAN PERJUANGAN WALAU APA JUA RINTANGAN DAN CABARAN KITA HADAPI BERSAMA. HIDUP PAKATAN RAKYAT HAPUSKAN MUSUH DALAM SELIMUT.WSLM

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....