Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 27 Julai 2009

Zamri lawan Nizar: Blogger perlu etika buat laporan-Khalid Ibrahim


SHAH ALAM, 26 Julai :- Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa setiap bloggers perlu mempunyai etika dalam membuat laporan agar setiap laporan yang diutarakan merupakan maklumat yang sahih.

Beliau yang mewakili kerajaan negeri sangat mengalu-alukan laporan dibuat bagi membuktikan kebenaran sesuatu fakta yang menyeleweng.

"Kalau berlaku penyelewengan, tanggungjawab masyarakat bukan sahaja menulis dalam blog saja tetapi membuat laporan kepada pihak yang boleh mengambil tindakan sewajarnya.

"Saya memang galakkan usaha itu tetapi pada saya ada kalanya cerita dalam blog tidak semestinya seratus peratus benar," beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan sebuah laman blog yang mendedahkan penyelewengan exco kerajaan negeri.

Penyelewengan ini dikaitkan dengan kematian pembantu exco kerajaan negeri, Teoh Beng Hock baru-baru ini di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Plaza Masalam.

Blog berkenaan mendedahkan dengan mendakwa bahawa berlaku penyelewengan yang melebihi 300 buah projek kecil yang bernilai ratusan ribu ringgit di kawasan exco terbabit.

Beliau menambah, ada laman blog diwujudkan bertujuan untuk memberi satu pandangan buruk kepada pihak yang disasarkan dan berharap setiap penulis blog mempunyai etika supaya maklumat yang dikemukan adalah benar.

"Kita pantau. Kalau betul dakwaan benar-benar berlaku kita ambil tindakan tetapi sekarang kita harap bloggers jangan jadi agen kepada pihak tertentu.

"Kerana mereka dianggap sebagai kumpulan yang menghormati kebebasan media dan keadilan kepada masyarakat," beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan merasmikan Pesta Buku Negeri Selangor 2009 di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata penganjuran Pesta buku negeri Selangor pada tahun ini bakal menarik 200,000 orang pengunjung dan 114 buah penerbit bakal menyertai Pesta Buku yang diadakan sejak 24 Julai lalu hingga 3 Ogos ini.

"Penyertaan para penerbit buku menunjukkan peningkatan yang berlipat kali ganda pada Pesta Buku ini. Di mana pada tahun 2006, tidak lebih daripada 40 penerbit yang menyertai Pesta buku," ujarnya.

Katanya, dengan cara ini, usaha kerajaan Negeri untuk memningkatkan tahap pembacaan di kalangan rakyat negeri ini menunjukkan peningkatan khasnya masyarakat di sekitar Shah Alam terutamanya di Selangor.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....