Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 18 Julai 2009

Selepas PRK MU kini MU lawan Malaysia.

Siti Noor Hanisa menang Mesej Kreatif Kosmo!


SITI NOOR HANISA (tiga dari kanan) menerima hadiah daripada Asan Ahmad (dua dari kiri) pada majlis penyampaian hadiah peraduan Mesej Kreatif Kosmo!- Manchester United Asian Tour 2009 di pejabat Kosmo! di Kuala Lumpur semalam.


'AYUH wira bola sepak Malaysia. Bangkitlah demi maruah. Usah gentar, buktikan Malaysia boleh!'

Itu antara mesej yang telah membawa tuah kepada Siti Noor Hanisa Osman dari Setapak, Kuala Lumpur yang meraih hadiah utama Peraduan Mesej Kreatif Kosmo! Asian Tour Manchester United 2009.

Selaku pemenang hadiah utama, dia memenangi empat tiket bernilai RM98 untuk menyaksikan perlawanan antara skud Pilihan Malaysia dengan Manchester United di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Selain empat tiket untuk menyaksikan perlawanan, Hanisa juga menerima empat tiket untuk menyaksikan sesi latihan United pada hari Jumaat serta satu kad jemputan untuk sesi beramah mesra dengan pemain.

"Saya tak sangka menang hadiah utama. Ketika dihubungi penganjur, saya cuma ingatkan menang hadiah saguhati sahaja, tak sangka pula menang hadiah utama," kata Hanisa yang juga peminat pasukan United.

Hadiah kedua pula dimenangi oleh Mohd. Lutfi Ismail dari Jertih, Terengganu.

Beliau menerima dua tiket untuk menyaksikan perlawanan serta dua pas untuk menyaksikan sesi latihan. KOSMO

Malam ini MU akan bertemu Malaysia dalam perlawanan bolasepak persahabatan.Ambo pun ada kesempatan untuk menonton perlawanan tersebut sebab ambo ada tiket free,tapi tak pergilah sebab sibuk dengan urusan kerja.Nak tau macamana ambo boleh dapat tiket free.Ha..ha.. ha.. sebenarnya pemenang hadiah utama dan kedua dalam peraduan diatas keduanya anak saudara ambo,dia orang ada tawarkan tiket percuma pada ambo..sorrylaa Ayoh Su tokleh gi smula la deh.

Tahniah ambo ucapkan pada mereka berdua.Sebenarnya anak saudara ambo ni selalu sangat menang hadiah dalam berbagai peraduan.Mungkin rezeki dia atau usaha dia yang begitu meminati peraduan dan bersungguh sungguh menyertainya.Untuk mengenali beliau dengan lebih dekat layari:http://kakicompers.blogspot.com

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

2 ulasan:

AL IMRAMM berkata...

salam tima kasih bnyak2 atas liputan berito di atas..glamour satu malaysia satu hari..ape2 pun SYAITAN MERAH nyaris2 dimalukan oleh HARIMAU MUDA MALAYA....bravo..bravo to ur blog also,,AWeSOME!

Tan Sri Paduka berkata...

untung la demo ado anok daro,
hehehe

rupo-ruponyo, rama nyokong malaysia,luar jah paka baju wano meroh, dale ati, malaysia blako...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....