Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 12 Julai 2009

Husam Musa patut saman Khairy Jamaluddin



NAMPAKNYA KJ Ketua Pemuda Umno yang rasuah itu masih menjalankan kerja kotornya di Manek Urai. Beliau cuba mengajar rakyat di Manek Urai agar berperangai seperti beliau iaitu seorang yang tiada moral dan kaki fitnah. KJ bukan sahaja seorang perasuah politik wang tetapi juga kaki fitnah. Kehadiran KJ di Manek Urai akan meneruskan kesinambungan kekalahan Umno seperti di dalam beberapa pilhanraya kecil sebelum ini.

Di dalam akhbar Sinar Harian, KJ bukan sahaja tidak ada perasaan malu apabila mempelawa Pas untuk menyertai parti korup yang didokongnya, bahkan beliau menjaja fitnah ke atas YB Husam Musa.

Kenyataan fitnah yang terang dan nyata terhadap YB Husam adalah seperti berikut:

“Masih ada pemimpin-pemimpin dalam Pas masih mahukan perpaduan, Cuma masalahnya satu-dua pemimpin sahaja yang kacau. Tok Guru Nik Aziz seorang yang baik, tetapi yang jadi masalah beliau bercakap macam-macam kata UMNO sama dengan komunis, UMNO sama dengan ajaran Ayah Pin sebab ada pengaruh pemimpin Pas lain seperti Husam, jadi Tok Guru dikelirukan oleh Datuk Husam Musa,” katanya. (Sinar Harian)

Mustahil dan tidak masuk akal sama sekali apa yang diperkatakan oleh menantu Pak Lah itu. YB Husam boleh mempengaruhi Mursyidul Am Pas? Hukum `sesat' terhadap Umno yang dipertahankan oleh Mursyidul Am Pas juga dikatakan oleh KJ adalah akibat hasutan dan pengaruh YB Husam. Betapa pendeknya akal KJ Ketua Pemuda Umno yang tidak berjawatan dalam kerajaan ini. Malang sungguh Pemuda Umno memperolehi seorang Ketua Pemuda yang hilang idea untuk berhujah dan berkempen. Modal murahan berupa fitnah yang langsung tidak masuk akal oleh sesiapa pun hatta budak-budak Taski sekalipun.

Sehubungan itu, YB Husam perlu mengambil tindakan terhadap keceluparan mulut KJ ini. Beliau perlu diberi pengajaran kerana orang seperti beliau tidak boleh dibiarkan berbuat sesuka hati kerana kita bimbang golongan muda akan terpengaruh dengan tindakan dan kelakuan tidak bermoral beliau itu. Golongan muda di dalam Pas tentunya tidak akan terpengaruh tetapi golongan muda di dalam Umno akan mengikut jejak langkah Ketua Pemuda rasuah ini. Negara pasti akan rosak jika terdapat orang muda seperti KJ ini. Harap YB Husam bertindak segera.
mandor.blogspot.com

SALAM DARI AMBO,TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....