Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 4 Julai 2009

Himpunan Pemuda Besut(himp-BEST09) berjaya tarik Pemuda

Pemuda Beris Pak Abu yang menyertai HIMP-best09
Sebahagian dari peserta HIMP-best09
Kuliah maghrib dan perasmian oleh YB Ust Muhammad Nor Hamzah Ketua Pemuda Pas Terengganu merangkap Adun Bukit Payong
Kuliah subuh oleh Ust Khairul Ikhwan(Ust budak Besut)


Himpunan Pemuda Besut 2009,program perdana pertama anjuran Pemuda PAS Kawasan Besut selepas Mesyuarat Agong Tahunan yang lalu berjaya menarik hampir 300 penyertaan.Program yang bermula pada jumaat 3.7.2009 di mulai dengan khutbah Jumaat oleh khatib2 dikalangan Ajk Pemuda Pas Kawasan Besut termasuk ketuanya Ust Zulkifli Kadir di masjid2 terpilih dalam Kawasan Besut.Program yang dirasmikan oleh YB Ust Muhammad Nor Hamzah ini diakhiri dengan program ceramah yg diadakan di Kg Air Tawar oleh YDP Kaw Besut Ust W Azhar ,Tim Ketua Pemuda Pas Pusat Ust Azman Syapawi dan Adun Titi Serong merangkap K.Penerangan Pas Perak YB Khalil Idham Lim.Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Ust Khairul Ikhwan(Ust Budak Besut) yang sudi menyampaikan Kuliah Subuh.Sementara itu majlis BBQ bersama Ketua Pemuda Negeri membabitkan 6 tong ikan,disertai oleh hampir semua peserta yang diadakan secara gotong royong.

Sekalung penghargaan buat tuan rumah (Pemuda Cawangan Air Tawar& Pemuda Dun Kota Putera),bahagian persiapan,kebajikan kebersihan,sukan,makanan,penerangan, urusetia dan lain2
amnya,dan seluruh AJK Pemuda Kawasan Besut khasnya yang bertukus lumus menjayakan program ini.Ambo berharap Semoga pada tahun2 pendatang Pemuda Pas Besut akan terus sukses
dalam menjayakan program seterusnya dan mendapat sambutan yang lebih hebat dari peserta.
Teruskan perjuangan anda dalam memartabatkan Islam dibumi yang kita cintai ini.
SALAM DARI AMBO,TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT.

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....