Sahabat Ambo
Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Sabtu, 3 November 2012
PKR lancar poster kempen PRU 13
KUALA LUMPUR 2 Nov: KEADILAN menjadi parti politik pertama di
Malaysia melancarkan poster dan billboard kempen pilihan raya umum (PRU)
ke-13 dengan tema ‘Pakatan Harapan Rakyat’
Disempurnakan Presiden, Datuk Seri Dr Wan AzizahIsmail hari ini,
kempen itu sarat dengan mesej rakyat warna rakyat dan harapan yang
diketengahkan KEADILAN.
“Kita
tak mahu PRU 13 dirosakkan dengan fitnah politik dan cacian Barisan
Nasional. KEADILAN mahu mewarnai kempen dengan idea, harapan,
wajah-wajah rakyat, semangat dan keyakinan bahawa Malaysia berhak
menjadi lebih baik.
“Kempen ini menolak pendekatan kotor berbaur fitnah politik yang akan
dimainkan BN,” katanya pada pelancaran di ibu pejabat parti, pagi ini.Turut hadir, Pengarah Strategi, Rafizi Ramli; Pengarah Komunikasi,
Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Exco
Selangor, Rodziah Ismail.
Sejak 2008, Wan Azizah berkata, KEADILAN dan Pakatan Rakyat membawa
isu rakyat, antaranya kenaikan harga barangan, pendidikan percuma,
pembelaan terhadap wanita.“Inilah isu rakyat. Mereka letakkan harapan tinggi agar persoalan
asas ini dapat dirungkai. Perjuangan Pakatan tidak boleh dipisahkan dari
harapan rakyat.
“Keadilan akan terus memegang amanah sebagai parti tunjang dalam Pakatan,” katanya.Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution pula, berkata 10 bilboard diperkenal bagi fasa pertama kempen manakala fasa seterusnya diperkenal menjelang PRU-13.
“Segala urusan termasuk kelulusan dari pihak berkuasa tempatan (PBT)
diuruskan sebuah pasukan khas,” katanya yang menyatakan kempen itu turut
diperluas melalui media sosial.“Setakat ini, sebanyak 13 tajuk risalah disebar luas sejak empat bulan lalu,” katanya.KD
Penyokong Umno Halang Konvoi Kembara Oren
KUALA LUMPUR: Konvoi 20 kenderaan Kembara Oren
Selamatkan Felda ke Felda Lasah di Sungai Siput, Perak berdepan
halangan apabila dikepung lebih 100 orang yang meyekat perjalanan
mereka.
Insiden itu berlaku kira-kira jam 10 pagi tadi, sejurus pasukan
konvoi yang turut disertai Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda
Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman tiba di pintu masuk gugusan felda
berkenaan.
“Kemungkinan lebih dari 100 orang yang menghalang dan mengepung kenderaan kami dan jumlahnya bertambah ramai.
“Kebanyakan mereka memakai baju berlogo Umno dan BN,” katanya kepada Harakahdaily.Mazlan berkata, beliau turut disentap keluar dari kereta oleh beberapa pemuda dan menolaknya.
Tidak cukup dengan itu, kumpulan itu juga katanya turut mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya.Keadaan itu kemudian menjadi makin tengang dan sekurang-kurangnya 10 anggota polis turut berada di tempat kejadian.
“Kami datang secara aman dan bukan nak buat kacau, tetapi kami dihalang,” tambahnya.Bagaimanapun menurut Mazlan, tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku walaupun suasana agak tegang.
Tidak mahu perkara lebih buruk berlaku, Mazlan berkata pihaknya terpaksa membuat keputusan berundur dari tempat itu atas nasihat pihak polis.
Presiden Pas Bertanding Di Pekan Jika Diarah Parti
KUALA LUMPUR, 3 Nov — Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya akan bertanding
di kerusi parlimen Pekan melawan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib
Razak jika diarahkan oleh PAS kata Ahli Jawatankuasa Pusat, Dr Dzulkefly
Ahmad.
“Maklumat
saya terima daripada setiausaha politik presiden yang ada bersama
sewaktu Abdul Hadi diwawancara oleh wartawan tersebut yang bertanya
dimana beliau akan bertanding dalam pilihan raya akan datang,” kata
Dzulkefly (foto fail) ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider hari ini.
“Abdul Hadi menjawab beliau sedia bertanding dimana sahaja yang PAS arahkan termasuk di kerusi Pekan.”
Sinar Harian semalam melaporkan Presiden PAS, membuat
kejutan apabila menyatakan kesediaannya untuk bertanding di kerusi
Parlimen Pekan, yang disandang oleh Najib, pada pilihan raya akan
datang.
Menurut akhbar tersebut, Abdul Hadi berkata demikian apabila ditanya
adakah beliau akan kekal sebagai calon Parlimen Marang atau mempunyai
perancangan untuk bertanding di luar Terengganu pada PRU ke 13.
Abdul Hadi pernah menjadi menteri besar Terengganu selepas PAS berjaya menawan negeri tersebut pada PRU 1999.
Negeri tersebut walaubagaimanapun dirampas kembali oleh Barisan
Nasional dalam PRU 2004 selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih
jawatan PM daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Walaubagaimanapun pada PRU 2008, BN hilang majoriti dua pertiga di parlimen dan hilang penguasaan terhadap lima negeri.
Pada tahun 2009, Najib menggantikan Abdullah sebagai PM yang terpaksa
meletakkan jawatan lebih awal berikutan dengan prestasi buruk BN pada
tahun 2008.TMI
Khamis, 1 November 2012
RM 12 Juta Kos Selenggara Kediaman PM Dan TPM
KUALA LUMPUR 1 November: Kos penyelenggaraan kediaman rasmi Perdana
Menteri (PM) dan Timbalan Perdana Menteri (TPM) bagi tempoh empat tahun
sebanyak RM12,094,707.06.
Kediaman rasmi Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin,
masing-masing di Sri Perdana dan Seri Satria dimiliki Putrajaya Holdings
Sdn Bhd dan disewa kerajaan Malaysia.
Penyelenggaraan bagi Seri Perdana bagi tahun 2008 hingga 2011
sebanyak RM6,977,401.80 manakala Sri Satria pula sebanyak
RM5,117,305.26.
Jumlah ini dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Mohamed Nazri Aziz dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan
oleh Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria di Parlimen
semalam.
Mohd Nasir dalam soalannya meminta kerajaan menyatakan kos
penyelenggaraan kediaman rasmi PM dan TPM bagi tahun 2008 hingga 2011.
Nazri
memberitahu, kos penyelenggaran bagi Sri Perdana bagi tahun 2008
sebanyak RM1,896,616.80, 2009 (RM1,686,616.80), 2010 (RM1,520,514.00)
dan 2011 (RM1,873,654.20).
Sementara itu, kos penyelenggaraan bagi Sri Satria pula pada 2008
ialah RM1,129,992.00), 2009 (RM1,130,007.26), 2010 (RM1,401,502.00) dan
2011 (RM1,455,804.00).
Dalam jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Jun
2011, sejumlah RM48.8 juta dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik
pulih, bil elektrik dan bil air untuk kedua-dua kediaman tersebut.
Kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu didedahkan berjumlah RM33 juta sementara kos baik pulih pula RM3.6 juta setahun.
Biadab !!! MB Selangor Dihalau Dan Dimaki Hamun
Keratan akhbar Sinar Harian yang melaporkan kejadian terbabit
KETIKA
umat Islam melaksanakan ibadah korban dan merayakan Aidil Adha,
beberapa samseng lelaki dan wanita yang kita faham merupakan penyokong
Umno, memaki hamun dan menghalau Menteri Besar Selangor dengan parang
dan pisau di tangan.
Budaya samseng yang diterapkan oleh United Malays No Otak, Umno telah membuatkan penyokong mereka sanggup bertindak di luar batas.
Sebelum ini bas jelajah Merdeka Rakyat diserang oleh penyokong Umno kini MB pula dimaki hamun dan dihalau.Rujuk keratan Akhbar Sinar Harian edisi Selangor, bertarikh 31 Oktober 2012 di atas.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dipilih oleh masyarakat setempat melalui suara majoriti dan pilihanraya. Beliau juga Menteri Besar Selangor yang sah dipilih oleh suara ramai.
Kalau pun tidak bersetuju dengan Menteri Besar Selangor, dari Pakatan Rakyat, janganlah sampai bertindak di luar batas. Ini mentaliti orang gila.
Budaya samseng yang diterapkan oleh United Malays No Otak, Umno telah membuatkan penyokong mereka sanggup bertindak di luar batas.
Sebelum ini bas jelajah Merdeka Rakyat diserang oleh penyokong Umno kini MB pula dimaki hamun dan dihalau.Rujuk keratan Akhbar Sinar Harian edisi Selangor, bertarikh 31 Oktober 2012 di atas.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dipilih oleh masyarakat setempat melalui suara majoriti dan pilihanraya. Beliau juga Menteri Besar Selangor yang sah dipilih oleh suara ramai.
Kalau pun tidak bersetuju dengan Menteri Besar Selangor, dari Pakatan Rakyat, janganlah sampai bertindak di luar batas. Ini mentaliti orang gila.
Langgan:
Catatan (Atom)
Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz
Bermula 31/7/2009







