Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 3 November 2012

Presiden Pas Bertanding Di Pekan Jika Diarah Parti

KUALA LUMPUR, 3 Nov — Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya akan bertanding di kerusi parlimen Pekan melawan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak jika diarahkan oleh PAS kata Ahli Jawatankuasa Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.

“Maklumat saya terima daripada setiausaha politik presiden yang ada bersama sewaktu Abdul Hadi diwawancara oleh wartawan tersebut yang bertanya dimana beliau akan bertanding dalam pilihan raya akan datang,” kata Dzulkefly (foto fail) ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider hari ini.

“Abdul Hadi menjawab beliau sedia bertanding dimana sahaja yang PAS arahkan termasuk di kerusi  Pekan.”

Sinar Harian semalam melaporkan Presiden PAS, membuat kejutan apabila menyatakan kesediaannya untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan, yang disandang oleh Najib, pada pilihan raya akan datang.

Menurut akhbar tersebut, Abdul Hadi berkata demikian apabila ditanya adakah beliau akan kekal sebagai calon Parlimen Marang atau mempunyai perancangan untuk bertanding di luar Terengganu pada PRU ke 13.

Abdul Hadi pernah menjadi menteri besar Terengganu selepas PAS berjaya menawan negeri tersebut pada PRU 1999.

Negeri tersebut walaubagaimanapun dirampas kembali oleh Barisan Nasional dalam PRU 2004 selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan PM daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Walaubagaimanapun pada PRU 2008, BN hilang majoriti dua pertiga di parlimen dan hilang penguasaan terhadap lima negeri.

Pada tahun 2009, Najib menggantikan Abdullah sebagai PM yang terpaksa meletakkan jawatan lebih awal berikutan dengan prestasi buruk BN pada tahun 2008.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....