Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 27 Ogos 2012

Sertai Pas : Tamrin Ghafar Bidas Kenyataan Adiknya

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Datuk Tamrin Ghafar( gambar ), anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba, membidas kenyataan adik perempuan beliau hari ini yang mengatakan keluarganya kesal kerana dirinya memilih untuk keluar daripada parti Melayu terbesar di negara ini, Umno, dan memilih PAS sebagai parti barunya.

Tamrin dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini menegaskan tindakannya meninggalkan Umno bukanlah satu perkara yang serius seperti meninggalkan agama kerana sebelum dirinya, telah ramai pemimpin negara yang keluar masuk dari parti komponen utama Barisan Nasional (BN) tersebut.“Saya hanya tukar parti .... bukan agama.”

“Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn juga keluar dan mati di luar Umno,” tegas Tamrin melalui kiriman SMS dan merujuk kepada bekas perdana menteri yang masing-masing juga merupakan Bapa Kemerdekaan dan Bapa Perpaduan negara itu.

Malah, beliau turut memberikan contoh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Sanusi Junid yang pernah meninggalkan Umno ketika zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri dan menyertai Umno semula selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil alih kuasa selepas pilihan raya umum 2008 apabila BN tewas dua pertiga kerusi dan lima negeri kepada Pakatan Rakyat (PR) ketika itu.

“Mungkin kamu semua tidak sedar, abah pun hampir-hampir menubuhkan parti baru ketika zaman Dr M. (Tun Dr. Mahathir),” kata Tamrin dalam SMS yang turut dihantar kepada adik dan keluarganya itu.Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini, adik Tamrin, Datin Zainon Ghafar, berkata, beliau tidak nampak sebarang alasan terbaik buat abangnya untuk keluar dari Umno.

“Beliau (Tamrin) sepatutnya lebih matang dan Umno telah banyak berjasa kepadanya hingga beliau menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam dan Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Molek.“Abang saya telah memperoleh nikmat dan keistimewaan sepanjang penglibatan dalam Umno dan saya serta seluruh ahli keluarga tidak nampak kenapa beliau mesti merajuk dan meninggalkan Umno,” kata anak ketiga Tun Ghafar tersebut.

Zainon turut menegaskan, keputusan yang dibuat Tamrin itu juga tidak mewakili keseluruhan adik-beradiknya mahu pun ahli keluarga yang lain.“Kami enam daripada tujuh beradik seperti juga Allahyarham bapa akan terus menyokong Umno dan tidak mungkin mengikut jejak langkah Tamrin,” tambahnya lagi.TMI

Syaitan : Kenyataan Mahathir bahaya – Tok Guru Nik Aziz


MACHANG: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempersoalkan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang mengenali syaitan berbanding malaikat.

Katanya, umat Islam diperkenalkan kedua-duanya sekali, iaitu syaitan dan malaikat.

“Syaitan ni, punyalah pandai belitnya dia, sampaikan Nabi Adam yang dah duduk dalam syurgapun terpaksa dihalau keluar kerana kejayaan godaan syaitan,” ujarnya.

Beliau menyifatkan kenyataan Mahathir itu sebagai bahaya sambil mengingatkan umat Islam supaya mengenali kedua-duanya agar tidak terpesong dengan bisikan syaitan.

“Kenyataan sedemikian memang bahaya,” ujarnya ketika diminta mengulas kenyataan Mahathir yang mendakwa baik menyokong syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali dua hari lalu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis meraikan pelajar Yayasan Islam Kelantan yang bakal melanjutkan pengajian masing-masing ke Timur Tengah dan Majlis Aidilfitri di Markaz Ulama PAS (Madu), dekat sini tengah hari tadi.

Sementara itu ketika diminta mengulas kes anggota Parlimen Bachok, Nasharudin Mohd Isa, beliau enggan mengulas.Katanya, keputusan anggota Parlimen itu biar diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS.

“Saya tak mahu ulas tentang tu, biarlah Majlis Syura sendiri yang tentukan, tak boleh saya,” ujarnya.Hrkh

Video : Kos Baiki Stadium Runtuh RM120 juta ???




KUALA TERENGGANU
– Kos pembinaan asal kedua-dua belah bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) adalah sebanyak RM34 juta, namun begitu, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu menyatakan anggaran untuk membaikinya adalah RM120 juta.

Oleh itu, menurut arkitek terkemuka, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Tengku Ahmad Shah, kos pembaikian yang dicadangkan oleh kerajaan negeri itu adalah terlalu mahal.

“harga RM120 juta itu terlalu tinggi, kerana harga asal kedua-dua belah bumbung itu harganya RM34 juta sahaja, yang runtuhnya bukan kedua-dua (hanya) sebelah sahaja,

“kalau pun ada kerosakkan sampingan, takkan harga (membaikinya) naik (meningkat) sampai RM120 juta,”jelasnya.

Raja Kamarul Bahrin yang merupakan bekas arkitek perunding pembinaan SSMZA berkata demikian ketika diminta mengulas jawapan Pengerusi (Exco) Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Terengganu Datuk Za’abar Mohd Adib pada sidang DUN 18 Ogos lalu.

Umno Pamer Politik Terdesak Ugut Sengketa Agama Dan Etnik


SHAH ALAM 27 OGOS : Umno-BN semakin terdesak untuk mengalih perhatian rakyat dari isu-isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa sehingga sanggup menggunakan taktik keji mengugut dan menghasut persengketaan agama dan etnik.

Menurut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenytaan medianya menyebut usaha tersebut jelas dilakukan media kawalan Umno-BN secara berterusan dengan memainkan isu hudud dan negara Islam.

“Tidak kira bagaimana isu diputar media Umno, Pakatan Rakyat (PR) kekal komited kepada prinsip asas yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan disamping menjamin kebebasan agama-agama lain.

“Dasar PR dan Buku Jingga juga kekal sebagai kenyataan yang jelas tentang dasar dan prinsip-prinsip tadbir urus kami dalam menuntut perubahan meningkatkan daya saing, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan memeriksa peningkatan kos hidup yang membebankan rakyat,” jelasnya.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang Malaysia menambah, PKR juga menghormati pandangan yang berbeza dan kedudukan parti-parti komponen dalam PR dalam hal syariah, hudud, dan negara Islam.

“Dalam hal ini, PR akan terus dipandu oleh prinsip-prinsip keadilan sejagat, urus tadbir yang baik, akauntabiliti, ketelusan dan daya saing untuk mencapai kebaikan untuk rakyat.

“Saya percaya bahawa maqasid al syariah (objektif lebih tinggi Syariah) adalah prinsip penting urus tadbir dan tidak berlawanan dengan ajaran demokrasi,” ujarnya lagi.

Jesteru, beliau menyeru rakyat supaya tidak terpengaruh dengan politik terdesak dan ugutan Umno-BN.

“Letakkan kepercayaan kita dalam kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai keadaan ini dan membuat pilihan bebas mereka,” kata beliau.TVS

Ahad, 26 Ogos 2012

Laman Facebook Pemuda Umno pohon maaf diatas poster kontroversi

Permohonan maaf di Facebook Pemuda Umno Malaysia

Gambar tangkapan scrin di laman Facebook Pemuda Umno sebelum dialih keluar pada Sabtu lepas.

Pentadbir kepada laman Facebook Pemuda Umno membuat permohonan maaf hari ini diatas poster kontroversi mereka siarkan — menyatakan undi kepada Pakatan Rakyat (PR) akan menyebabkan Kristian menggantikan Islam sebagai agama persekutuan.

Laman Facebook tersebut memuat naik poster yang bertulis: “Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. God bless you my son.”

“Kami minta maaf secara terbuka kepada semua rakyat atas kesilapan mengeluarkan gambar yang tidak patut pada 17/18 Aug 2012. Admin itu sudah dikeluarkan dari fanpage,” tulis pentadbir laman tersebut lewat malam tadi beberapa jam selepas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memberitahu media dia sudah hampir tahu siapa di belakang poster tersebut.

Poster tersebut mengejutkan warga internet yang melihat permohonan maaf tersebut sebagai satu kontradiksi kepada kenyataan Khairy yang menyatakan Pemuda Umno tidak mempunyai laman Facebook rasmi.

Majlis Syura bincang isu Ust Nasha dalam agenda lain2 hal


KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama hanya akan membincangkan isu kenyataan Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam agenda lain-lain hal sahaja dalam mesyuaratnya 9 September ini.

"Itupun kalau sempat kerana kita ada fokus lain dalam mesyuarat kali ini," kata Setiausahanya, Ustaz Nik Zawawi Salleh (gambar) kepada Harakahdaily hari ini.

Menurut beliau, agenda utama mesyuarat badan tertinggi dalam PAS itu akan datang adalah memperkasakan Pakatan Rakyat terutama dalam menghadapi isu hudud.

Beliau mengulas laporan media bahawa Majlis Syura akan membincangkan isu bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin yang membuat kenyataan agar PAS menilai kembali kedudukannya dalam Pakatan Rakyat ekoran penentangan DAP terhadap pelaksanaan Hudud.

Pengerusi Majlis Syura adalah Mursyidul Am PAS iaitu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat manakala timbalannya adalah Datuk Dr Haron Din. Anggotanya terdiri dari para ulama yang kanan dalam PAS.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya baru-baru ini berkata, Majlis Syura akan membincangkan kedudukan Nasharudin kerana dia ahli Majlis Syura Ulama PAS itu.

"Majlis Syura akan memperincikan isu hudud ini agar ia tidak menjadi titik perbezaan pendapat dalam Pakatan kerana ia agenda PAS bukan Pakatan.

"DAP sepatutnya tidak menyentuh hal ini kerana ia bukan bidang mereka," katanya.

Mesyuarat Lajnah Politik PAS semalam mengambil ketetapan, PAS akan terus memperjuangkan pelaksanaan syariat Islam termasuk Hudud dalam konteks demokrasi di negara ini.

Sebelum ini, pimpinan PAS bertegas, tidak ada masalah penentangan DAP terhadap Hudud kerana pemimpin mereka kebanyakannya bukan Islam.

Yang menjadi isu adalah apabila Umno yang mengaku Islam sejak dari dahulu menentangnya termasuk surat amaran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz agar jangan melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah II yang diluluskan oleh DUN Kelantan.

Selain itu, wakil Umno pernah mencabar undang-undang itu di mahkamah namun kemudiannya permohonan itu ditarik balik.Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....