Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 25 Disember 2011

Khir Toyo Dikorban Untuk ‘Wajarkan’ Anwar Ke Penjara?

KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini yang menyabitkan kesalahan ke atas mantan Menteri Besar Selangor, Dr. Mohd Khir Toyo kerana menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan sebuah hartanah dengan harga lebih rendah, membuktikan satu perkara yang pasti, Datuk Seri Anwar akan didapati bersalah dan dihumban ke penjara!!

Justifikasinya, dengan keputusan ini, UMNO/BN mengharap rakyat tidak akan mempersoalkan sistem keadilan negara bila Anwar kelak didapati bersalah dan dihantar ke penjara kerana pemimpin UMNO sendiri seperti Khir Toyo juga didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman.

Pendek kata, keputusan ke atas Khir Toyo hari ini adalah ‘jawapan’ UMNO/BN jika keputusan Anwar nanti dipersoalkan banyak pihak dari segi kebebasan hakim membuat keputusan.

Tapi penulis ingin mengingatkan kerajaan bahawa rakyat bukan bodoh.  Dengan informasi dihujung jari pada hari ini, semua maklumat mudah didapati tidak seperti dahulu.  Pendakwaan ke atas Khir Toyo ini sebenarnya terlalu ‘ringan’ kerana dia dituduh dibawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, bukan Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang lebih berat hukumannya.Hukuman penjara pun maksimum 2 tahun sahaja selain denda.

Selain dari itu, maklumat yang penulis perolehi dari mereka yang arif dengan soal perundangan, Khir Toyo tidak mungkin didapati bersalah atas tuduhan yang dikenakan ke atas kerana satu faktor yang utama – nilai hartanah itu tidak ditentukan oleh Khir Toyo tetapi penilai hartanah yang bertauliah, Rahim & Co.

Kenyataan Shahrizat Mengesahkan Umno Memang Bermasalah

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) melihat kenyataan terbaru Datuk Seri Shahrizat Jalil yang mempersoalkan siapakah pemimpin UMNO yang tiada masalah seperti mengiyakan pandangan masyarakat bahawa memang benarlah tidak ada pemimpin UMNO yang benar-benar bersih dari sebarang skandal.


Kenyataan yang keluar dari mulut Datuk Seri Shahrizat Jalil, seorang menteri dalam kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara spontan seperti menyindir semua pemimpin UMNO supaya jangan berlagak bahawa mereka tidak ada apa-apa masalah dan merasa selesa dengan keadaan mereka. Skandal mereka belum terdedah dan masa yang akan menentukan keadaan diri mereka dalam UMNO.

Bagi DPP Malaysia, tidak ada apa yang memeranjatkan dalam ucapan Datuk Seri Shahrizat Jalil. Ini kerana rakyat sudah sinonim bahawa UMNO dan rasuah serta penyelewengan sudah sebati. Kes Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang didapati bersalah kerana rasuah di mahkamah Tinggi Shah Alam semalam boleh menjadi kayu pengukur bahawa pemimpin UMNO sukar untuk dijadikan contoh teladan buat rakyat Malaysia.

Selepas Jais Jaip Pula Siasat Bob Lokman

KUANTAN, 25 Dis: Bekas pelakon dan penulis lirik lagu terkenal, Bob Lokman (gambar) yang pernah menerima waran tangkap Jabatan Agama Islam Selangor, semalam menerima notis daripada Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kerana disyaki menyampaikan ceramah tanpa tauliah.

Setiausaha Penerangan PAS Pahang, Youslydi Mohd Desa, berkata Bob atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, ditahan pegawai Jaip sebaik selesai menyampaikan tazkirah selepas solat Maghrib di hadapan jemaah Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini.

Katanya, selepas Bob Lokman berucap memberi beberapa nasihat, beliau didekati kakitangan Jaip lalu membawa Bob ke beranda masjid untuk disoal siasat.

“Mereka mengambil maklumat daripada Bob Lokman pada ketika jemaah yang penuh sesak ketika itu menunaikan Solat Isyak dan Bob disiasat di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

“Bagaimanapun beliau tidak ditangkap malah Bob Lokman kemudiannya menyampaikan ceramah di Kampung Razali, Jalan Gambang,” katanya.

Youslydi percaya, terdapat orang politik yang membuat bantahan terhadap majlis melibatkan Bob Lokman sehingga Jaip bertindak.

Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 ialah peruntukan bagi “Mengajar Ugama yang salah” di mana jika sabit kesalahan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.Hrkh

Pejabat Adun DAP Lukut Disimbah Cat

LUKUT – Adun Lukut dari DAP, Ean Yong Sin tidak menolak kemungkinan insiden pejabatnya di Pusat Khidmat Adun, Dataran Segar, di sini, yang disimbah cat berbaur ugutan. Bagaimanapun, beliau tidak menuduh atau mengesyaki mana-mana pihak melakukan perbuatan khianat itu.

Menurutnya, beliau terkejut sebaik tiba di pejabatnya kira-kira 8 pagi apabila mendapati lantai dan pintu hada­-pan pusat khidmat Adun itu disimbah cat merah selain papan tanda yang terletak di atas pintu.

“Jika ada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan saya atau perkhidmatan yang saya berikan, mereka boleh berunding dengan saya.

“Sekiranya perbuatan menyimbah cat merah ini berunsur ugutan daripada mana-mana pihak termasuk ahli politik, saya tidak takut. Malah, saya terus berkhidmat untuk rakyat,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Lukut, semalam.

Sementara itu menurutnya, rumah Setiausaha Organisasi Jawatankuasa Perhubungan DAP Telok Kemang, Chee Long Sei turut menjadi sasaran.

“Kereta dan bahagian depan rumah Chee Long Sei juga dilempar cat merah. Kejadian berlaku sekitar jam 3 pagi.

“Ketika kejadian, Chee Long Sei yang masih belum tidur terdengar bunyi mencurigakan dan terlihat indi­vidu melempar cat ke rumahnya, namun tidak dapat melihat dengan jelas disebabkan keadaan gelap dan tidak bercermin mata.

“Saya percaya kedua-dua kejadian ini dilakukan oleh individu atau kumpulan yang sama, bagaimanapun saya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljeet Singh mengesahkan kejadian tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di talian 06-6472222 atau mana-mana balai berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.SH

Sabtu, 24 Disember 2011

Blogger Umno Kantoi : Gambar Gay Filipina Diguna Untuk Fitnah Adam Adli!

TENTU anda sudah sedia maklum dengan fitnah terbaru blogger-blogger United Malays No Otak berhubung penyebaran gambar bogel yang didakwa sebagai gambar Adam Adli baru-baru ini.

Kita sedia maklum United Malays No Otak, Umno memang gemar memainkan politik lucah untuk menjatuhkan kredibiliti serta mengaibkan pihak lawan mereka.

Pelbagai fitnah direka supaya rakyat percaya mana-mana pihak lawan Umno terbabit dengan skandal seks, gay, zina dan sebagainya. Kalau kita lihat blog-blog United Malays No Otak tidak ubah seperti blog lucah tanpa sempadan.




Adam Adli yang menurunkan gambar Najib selama lima minit baru-baru ini tidak terlepas daripada fitnah mereka.

Malangnya fitnah mereka terbongkar apabila gambar yang disebarkan oleh blogger-blogger United Malays No Otak yang didakwa adalah gambar adam Adli sebenarnya merupakan gambar Gay Filipina.




Gambar tersebut telah dimuat naik ke internet sejak 2010, di salah sebuah blog Gay Filipina. Malah terdapat gambar lelaki ini yang menunjukkan kemaluan yang tidak bersunat (Link lucah tidak disediakan harap maklum).

Apa pun terima kasih kepada pakcik google kerana membantu ReJaM© menemukan "similar image" yang berjaya membongkarkan fitnah ini.

Sekiranya anda ada niat untuk menentang United Malays No Otak, Umno, maka bersedialah untuk difitnah dengan gambar-gambar bogel yang seiras dengan wajah anda. Sebarkan!
 

SUMBER : MILOSUAM

Wanita Mesir Berarak Bantah Kekejaman Tentera

Muslimat Mesir yg ditendang, dipukul dan ditelanjang oleh Majlis tentera Mesir

KAHERAH, 24 Dis: Lebih 10,000 wanita Mesir( gambar kiri ) turun ke jalanan sebagai membantah tindakan biadap dan kejam tentera terhadap wanita dalam satu insiden bantahan minggu lalu.

Laporan agensi berita AP menyebut, mereka berarak ke kawasan pusat Kahirah sambil mendesak para pemimpin tentera yang memerintah Mesir supaya meletak jawatan.

Ia merupakan satu perhimpunan besar yang belum pernah dilakukan sebelum ini.

Perarakan itu sebagai menunjukkan kemarahan kaum wanita di negara itu terhadap satu insiden yang membabitkan sekumpulan askar yang menarik rambut para pembantah wanita, memijak-mijak mereka dan menanggalkan pakaian salah seorang daripada mereka( gambar atas ) dalam satu bantahan minggu lalu.

Protes dramatik itu bertambah besar awal semalam sedang para wanita itu berarak dari Dataran Tahrir ke kawasan pusat bandar.

Ia didorong oleh tersebarnya imej-imej yang menunjukkan penganiayaan terhadap para pembantah wanita minggu lalu.

Ramai daripada pembantah wanita itu membawa gambar seorang wanita muda yang ditanggalkan pakaiannya oleh askar sehingga menampakkan pakaian dalamnya, sedang beliau bergelut dengan para penyerangnya.

'Tantawi telanjangkanlah wanita anda, mari ikut kami,' laung para pembantah itu kepada orang ramai, sambil merujuk kepada Fil Marsyal Hussein Tantawi, ketua majlis tentera yang telah memerintah Mesir sejak 11 Februari lalu selepas penggulingan bekas presidennya, Encik Hosni Mubarak.

'Anak-anak perempuan Mesir adalah satu barisan merah,' laung para pembantah wanita itu lagi.Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....