KUALA LUMPUR, 6 Dis ― Parti KITA, pimpinan Datuk Zaid Ibrahim yang ditubuhkan setahun lalu, tidak akan meletakkan sebarang calon dalam pilihan raya umum ke-13.
Berbanding kenyataan-kenyataan sebelum ini, kepimpinan parti itu berkata pihaknya akan menyokong pembangkang.
“Dalam usaha mengekalkan solidariti dalam pembangkang, KITA tidak akan meletakkan calon,” kata satu kenyataan dikeluarkan petang ini.
Dengan menjanjikan sokongan tanpa syarat kepada pembangkang, KITA berkata, kini adalah masa bagi negara membuat pengorbanan.
Pertengahan bulan lalu, Zaidberkata KITA mahu bertanding merebut kerusi Parlimen di Selangor pada pilihan raya umum ke-13.
Beliau memberi fokus pada kawasan Petaling Jaya.
“Saya belum buat keputusan muktamad sama ada Petaling Jaya Selatan (PJS), atau Petaling Jaya Utara (PJU),” katanya.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, ita kini telah mengenal pasti beberapa kerusi berpotensi untuk meletakkan calonnya seluruh negara.TMI
KOTA BARU, 5 Dis – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Nik Abdul Aziz, 80, berkata tidak ada sebab untuk beliau berundur seperti desakan beberapa perwakilan semasa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.
“Insya-Allah saya akan bertanding lawan Umno. Saya tak kisahpun orang sebut nama saya pada perhimpunan itu,” katanya (gambar) kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau menjadi Menteri Besar Kelantan selepas pilihan raya umum 1990. Pada pilihan raya umum 2008, beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Chempaka mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar dengan majoriti 4,249 undi.TMI
KUALA LUMPUR, 5 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP
Malaysia) merasa kecewa kerana Umno sanggup menjadikan pentas forum
untuk bersekongkol dengan MCA bagi memburukkan Islam dan PAS.
Bahkan dalam forum tersebut yang dianjurkan oleh Institut Analisis
Strategik dan Penyeldidikan Dasar (INSAP) semalam, wakil Umno turut
‘tumpang sekaki’ membelasah hukum Islam itu.
“DPP Malaysia khuatir, aqidah beliau dan Umno akan rosak kerana
membiarkan agama Islam diperlekeh oleh mereka yang memusuhi Islam,” kata
naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss kepada Harakahdaily.
DPP Malaysia, katanya tidak sangka wakil Umno iaitu Mohd Kamal Sadin
tanpa segan silu mempertikai hukum Allah dan mendakwa hukum Hudud yang
digubal oleh kerajaan negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum
Allah.
Jika demikian, ujarnya DPP Malaysia ingin bertanya apakah hukum hudud yang mengikut syariat Islam yang sebenarnya.
“Kemukakan dalil, bukti serta nas yang berkaitan sebagai panduan
kepada PAS dan umat Islam mengenai hukum Islam yang sebenar,” katanya.
Tegasnya, DPP Malaysia mencabar Umno untuk kemukakan hukum hudud dengan versi Islam ala- Umno.
“Tunjukkan kepada rakyat Malaysia, khususnya kepada umat Islam, hukum
hudud yang manakah paling menepati syariat Islam untuk PAS dan negeri
Kelantan contohi jika hukum hudud yang dibawa oleh Kelantan tidak
menepati syariat Islam?” katanya.
Tambahnya, DPP Malaysia percaya kepimpinan dan ahli PAS bahkan
seluruh umat Islam di Malaysia ternanti-nanti apakah hukum Islam yang
sebenarnya yang akan dibawa oleh Umno, itupun jika mereka masih berfikir
mahu melaksanakan Islam.
BIARPUN skuad Olimpik negara pimpinan Ong Kim Swee tewas kepada Bahrain dalam Kelayakan Sukan Olimpik London Ahad lalu, namun salah satu jaringan yang dihasilkan pemain tengah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor tercatat sebagai gol ketujuh terbaik dunia minggu ini.
Berdasarkan maklumat yang dipaparkan dalam laman rasmi 101greatgoals.com, anak jati Lembah Keramat, Kuala Lumpur itu mencuri perhatian dunia selepas meledak gol pembukaan negara dari jarak 30 meter.
Tambah manis, dia menjadi pemain termuda yang berjaya memasuki carta jaringan terbaik sepanjang minggu ini biarpun baru berusia 17 tahun.
Karier perjalanan Nazmi bermula dengan bergabung bersama skuad Harimau Muda B yang kini beraksi dalam kancah Liga Perdana musim 2011.
Selepas itu, kecederaan yang menimpa Gary Steven Robbat menyebabkan Nazmi dipanggil Kim Swee bagi memperkuat skuad bawah 23 negara untuk menghadapi temasya Sukan Sea Jakarta, bulan lalu.
Walhal, pada saat itu, Nazmi sedang beraksi mewakili pasukan bawah 19 negara pada kejohanan di Vietnam. Namun, seperti sudah tersurat, kehadiran Nazmi membawa tuah apabila membantu rakan sepasukan mempertahankan pingat emas Sukan Sea dimenangi di Laos dua tahun lalu serta tersenarai pada pertemuan berdepan Syria dan Bahrain.
Kini, namanya meniti puncak kemasyuran seperti dikecapi pemain yang lain. Namun harus diingat, Nazmi masih muda dan memerlukan penjagaan rapi daripada semua pihak bagi mengelakkan jangka hayat pemain yang mendapat jolokan ‘Kaka Malaysia’ ini ‘tidak panjang’ gara-gara publisiti yang melampau.
Malah, Kim Swee sendiri melahirkan kerisauan terhadap Nazmi yang mula mendapat tumpuan peminat dan media selepas berakhirnya kempen pertandingan bola sepak Sukan Sea lalu.
Senarai ranking penjaring gol terbaik di dunia minggu ini:
1. Kevin Prince Boateng (AC Milan lwn Barcelona, 23 November 2011)
2. Bruno Mezenga (Crvena Zvezda lwn Smederevo, 23 November 2011)
3. Yohann Eudeline (Sedan lwn Laval, 25 November 2011)
4. Dylan McGeouch (Celtic lwn St Mirren, 26 November 2011)
5. Jam Schlaudraff (Hannover lwn Hamburg, 26 November 2011)
6. Salif Hanifi (Saida lwn Kabylie, 26 November 2011)
KUALA LUMPUR, 4 Dis: Penasihat DAP, Lim Kit Siang
memberi jaminan bahawa kuasa orang Melayu tidak akan tergugat jika
Pakatan Rakyat menang pada PRU-13 akan datang.
Malah beliau
berkata, hak orang Melayu itu akan lebih terbela di bawah Pakatan Rakyat
berbanding apa yang dilakukan Umno sejak parti itu merintah negara ini
beberapa dekad lalu.
"Orang Melayu tidak akan kehilangan kuasa
apabila PR memenangi lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum akan
datang, yang benar-benar akan hilang kuasa adalah Umno dan Umno-Putra.
"Malah,
orang Melayu akan mendapat lebih banyak hak-hak dan kuasa apabila PR
memenangi lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum yang akan datang,"
katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Dalam pada itu
beliau turut membidas tohmahan pemimpin Umno khususnya timbalan
presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa DAP sebagai parti
cauvinis Cina yang berhasrat menghapuskan raja berpelembagaan dan
menjadikan Malaysia sebuah negara Republik.
Katanya, kenyataan
Muhyiddin itu bukan sahaja satu pembohongan malah keji, tidak
bertanggungjawab, dan cubaan menakutkan dan menghasut rakyat berbilang
kaum di negara ini.
KUALA LUMPUR, 4 Dis ― Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari
tidak menafikan beliau akan meninggalkan Universiti Islam Antarabangsa
(UIA) ekoran siri tekanan termasuk siasatan baru-baru ini berkenaan
kenyataan beliau menyentuh titah Sultan Selangor dalam kes Jabatan Agama
Islam Selangor (Jais)-gereja.
The Malaysian Insider difahamkan beliau akan meninggalkan perkhidmatan di UIA awal tahun depan.Malah difahamkan Aziz (gambar), 52, telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan UIA baru-baru ini dan diberi ‘penjelasan’ mengenai kedudukan semasa.
“Saya sedang mempertimbangkan perkara ini, ada beberapa opsyen,” kata beliau ketika dihubungi hari ini.Aziz berkata, walaupun ada beberapa pilihan tetapi jika boleh mahu terus kekal berkhidmat dalam bidang akademik.
Beliau enggan mengulas lanjut mengenai aspek tersebut tetapi
difahamkan sudah tidak tahan dengan tekanan dan cara UIA melayan beliau
sejak kebelakangan ini.“Selama ini pun, sebelum isu Sultan ini timbul, universiti sudah
sedia tidak senang dengan saya,” katanya dengan mengatakan bahawa surat
tunjuk sebab yang diberikan UIA Oktober lalu merupakan surat tunjuk
sebab ketiga.
“Itu sudah cukup untuk menunjukkan hebatnya tekanan ke atas UIA.
Dalam kes ini kononnya pihak istana turut mengenakan tekanan. Ini semua
menyukarkan saya untuk terus berada di UIA,” katanya lagi.Insider difahamkan Aziz juga telah disenaraikan untuk kenaikan pangkat sebagai profesor gred ‘A’.
Ditanya mengenai hal ini beliau berkata: “Di atas kertas saya fikir saya layak.”“Saya sudah berumur 52 tahun dan telah menerbitkan sembilan buku
mengenai pelbagai aspek perlembagaan (saya sedang menyiapkan yang
ke-10).“Saya juga telah menerbitkan lebih 70 bab dalam buku dan artikel
jurnal di samping telah membentang lebih 150 kertas dalam pelbagai
seminar dalam dan luar negara. Saya telah menyumbang lebih
400 artikel
popular dalam media selain sering dipetik oleh media cetak, elektronik
dan portal,” katanya lagi.Bagaimanapun, katanya, UIA menghadapi dilema kerana kalau hendak
mengekalkan beliau pun tak boleh apalagi hendak menaikkan pangkatnya.“Jadi dalam keadaan demikian apa lagi pilihan saya selain meninggalkan UIA,” tambahnya.Dalam pada itu difahamkan Aziz ada menerima tawaran dari tempat lain.