Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 4 Disember 2011

Prof Dr Aziz Bari Tinggalkan UIA ??

KUALA LUMPUR, 4 Dis ― Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari tidak menafikan beliau akan meninggalkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ekoran siri tekanan termasuk siasatan baru-baru ini berkenaan kenyataan beliau menyentuh titah Sultan Selangor dalam kes Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)-gereja.

The Malaysian Insider difahamkan beliau akan meninggalkan perkhidmatan di UIA awal tahun depan.Malah difahamkan Aziz (gambar), 52, telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan UIA baru-baru ini dan diberi ‘penjelasan’ mengenai kedudukan semasa.

“Saya sedang mempertimbangkan perkara ini, ada beberapa opsyen,” kata beliau ketika dihubungi hari ini.Aziz berkata, walaupun ada beberapa pilihan tetapi jika boleh mahu terus kekal berkhidmat dalam bidang akademik.

Beliau enggan mengulas lanjut mengenai aspek tersebut tetapi difahamkan sudah tidak tahan dengan tekanan dan cara UIA melayan beliau sejak kebelakangan ini.“Selama ini pun, sebelum isu Sultan ini timbul, universiti sudah sedia tidak senang dengan saya,” katanya dengan mengatakan bahawa surat tunjuk sebab yang diberikan UIA Oktober lalu merupakan surat tunjuk sebab ketiga.

“Itu sudah cukup untuk menunjukkan hebatnya tekanan ke atas UIA. Dalam kes ini kononnya pihak istana turut mengenakan tekanan. Ini semua menyukarkan saya untuk terus berada di UIA,” katanya lagi.Insider difahamkan Aziz juga telah disenaraikan untuk kenaikan pangkat sebagai profesor gred ‘A’.

Ditanya mengenai hal ini beliau berkata: “Di atas kertas saya fikir saya layak.”“Saya sudah berumur 52 tahun dan telah menerbitkan sembilan buku mengenai pelbagai aspek perlembagaan (saya sedang menyiapkan yang ke-10).“Saya juga telah menerbitkan lebih 70 bab dalam buku dan artikel jurnal di samping telah membentang lebih 150 kertas dalam pelbagai seminar dalam dan luar negara. Saya telah menyumbang lebih 

400 artikel popular dalam media selain sering dipetik oleh media cetak, elektronik dan portal,” katanya lagi.Bagaimanapun, katanya, UIA menghadapi dilema kerana kalau hendak mengekalkan beliau pun tak boleh apalagi hendak menaikkan pangkatnya.“Jadi dalam keadaan demikian apa lagi pilihan saya selain meninggalkan UIA,” tambahnya.Dalam pada itu difahamkan Aziz ada menerima tawaran dari tempat lain.

“Saya komited dengan dunia akademik tetapi keadaan tidak membenarkan. Selain isu (Kolej Universiti Islam Selangor) KUIS saya juga pernah diperlakukan begitu di Perak tahun lalu. dan sebenarnya semakin banyak agensi dan media yang dilarang membawa kenyataan saya,” kata beliau.Aziz menambah, beliau sedih kerana pelajar-pelajar yang menanggung risiko, khususnya yang mengikut pengajian doktor falsafah di bawah penyeliaannya.

“Apa pun saya tidak menyesal; saya boleh meneruskan perjuangan saya di mana-mana. Mereka boleh halau saya tetapi mereka tidak boleh rampas ideal dan tekad saya,” katanya.Dalam pada itu sumber menambah, ada pihak yang tidak mahu UIA memecat Aziz kerana itu akan memburukkan imej Umno-BN.“Apa pun surat tunjuk sebab UIA itu tidak cukup kuat untuk memecat beliau,” katanya lagi.Aziz disiasat atas alasan telah memudaratkan imej universiti.

Beliau juga disiasat oleh polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.Akhir bulan lalu, Aziz memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau tiada langsung cita-cita mahu menyertai politik ataupun bertanding pilihan raya meskipun kalangan pemimpin Umno mencabarnya berbuat demikian.

Katanya, memberi pandangan di pentas ceramah pembangkang termasuk PKR baru-baru ini bukan bermakna beliau berhasrat mahu terjun ke dalam arena politik.TMI

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini lah masaalahnya jika tidak mengerti perbezaan lesen akademiknya. Setiap satu tindakan memerlukan lesen. Motosikalpun ada lesen 2A dan 2B. Mana boleh satu lesen pukul habis utk semua hal. Satu bini satu lesen, tidak boleh satu lesen untuk 4 bini. Jika sayang lesen akademik, buat cara akademik, Jika mahu berpolitik, daftarlah sebagai orang poltik dibawah parti politik dibawah Akta Pertubuhan tapi keluarlah dari UIA. Tak boleh nak semua, politik nak akademik pun nak.

Keberanian pengurusan UIA harus dipuji kerana tegas membendung pensyarah-pensyarah yang memperkudakan IPTA bagi agenda politik peribadi mereka.

Tanpa Nama berkata...

Salam kepada tuan/puan 5:28ptg,
Kalau nak komen pun biarlah adil dan berfikiran terbuka..kalau nak d hitung berapa ramaikah para2 ilmuan(yakni Prof2 kangkong) secara terang2 pro BN yg berhujah dlm media arus perdana, tanpa mengenal penat lelah...adakah pernah mereka d persoalkan..aparah UMPORNO..dgn Prof Aziz Bari seorang pun dah kecut telo dah..mana Dtk Zainal Kling..Mana Prof Siva,mana pegi SiMisai Tebal X UiTM dulu..bebuih becakap pun rakyat tak hormat..sebab apa??..bukan kerana mereka tak cerdik..tetapi kerana mereka tahu BN tu HAPRAK..tapi masih tak mahu bercakap yg benar

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 5:28,

ko samakan ajelah minda pemimpin UMNO ko tu dgn cerita lesen ko yg tah apa2 tu..ko ni ape punya kelas pemikiran lah...

Yelah...kalau Prof Aziz lah yg membantai BN, rasanya jangan kata dapat prof gred A, Tan Sri pun boleh dapat...ini lah bezanya org2 yg ikhlas berjuang utk rakyat..apa ada kes..

Tanpa Nama berkata...

UIA hanya perlu menjawab apa yang dilakukan oleh kakitangannya.
http://www.sahabat-gunung.com/2011/10/jangan-cakap-tak-serupa-bikin-bela-aziz.html
Jangan Cakap Tak Serupa Bikin.. Bela Aziz Bari Tapi Lupa Khianat Dr Rosti
Bagi penganalisis politik dan ahli akademik, Prof. Dr. Ahmad Atory, tindakan yang dibuat oleh UIA terhadap Aziz Bari adalah berkaitan dengan tugasnya sebagai penjawat awam yang tertakluk kepada perintah am dalam melaksanakan tugas.
“Kedudukan Aziz Bari juga sama seperti saya iaitu penjawat awam jadi segala kenyataan yang dikeluarkan walaupun dalam dunia akademik tetapi masih tertakluk sebagai kakitangan kerajaan apatah lagi kerajaan tersebut adalah Barisan Nasional (BN),” katanya yang juga menjawat pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM).
Difahamkan Aziz Bari menerima surat tunjuk sebab daripada UIA ekoran tindakannya mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan JAIS di sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.
Tindakan tersebut telah menimbulkan polemik sehinggakan wujud segelintir pihak yang mahu mewujidkan himpunan membantah penggantungan tugas beliau atas alasan membelakangkan prinsip ‘kebebasan akademik’.
“Kebebasan ada hadnya walaupun dalam dunia akademik kerana semua yang terlibat tidak boleh bercakap sesuka hati dengan menyentuh mana-mana pihak semata-mata untuk kepentingan peribadi atau ada agenda tertentu apatah lagi dalam hal-hal yang melibatkan sesitiviti; tambahan pula apa yang dipertikaikan oleh Aziz Bari adalah titah Sultan Selangor yang sememangnya mempunyai tanggungjawab dan kuasa penuh atas agama Islam dan adat istiadat orang Melayu dan rakyat di seluruh negeri Selangor.
“Jika mahu bercakap tentang kebebasan janganlah bersikap berat sebelah sebaliknya biarlah adil dan memberikan pihak universiti kebebasan juga untuk mengambil tindakan atas kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Aziz Bari yang secara tidak langsung telah mengheret nama universiti terbabit.
“Salahkah pihak universiti mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada kakitangannya dan sewajarnya, sebagai seorang ahli akademik maka Aziz Bari perlu bertanggungjawab atas kenyataan yang telah dikeluarkannya dan ikutlah prosedur dengan menjawab saja surat tunjuk sebab yang dikemukakan,” katanya.

aizat nasri berkata...

dia bukan berpolitik..dia cuma bagi pandangan as ahli akademik..tak kan tu pun tak buleh..kuno benor Malaysia kalo nak bagi pandangan pun tak boleh..ade ke die cakap direct die nak politik..die cakap berdasarkan fakta..tu pun takut..teloq la...

Tanpa Nama berkata...

bagi pandangan pun janganlah guna platform politik dipentas PAS di Pasir Gudang dan di pentas PKR diGelang Patah. Gunalah platform akademik seperti di persidangan akademik, atau di kelas depan murid-muridnya supaya mudah rakan seperjuangan akademiknya dan murid-muridnya boleh menanyakannnya soalan.

lesen akademik bukanlah bermakna dia boleh masuk mahkamah dan jadi peguambela (itu lesen lain)atau berrei ceramah tanpa tauliah dimasjid (itu lesen lain juga)atau bverti ceramah di pentas politik (itu lesen lain juga)atau bercakap di DUN (itu lesen ADUN yang menang pilihanraya). Maka lesen akademik ada hadnya - itulah maksud saya.

Selama ini dia pergi buat PhD, bentang kertas persidangannya diluar dan dalam negeri dan negara , dinaikkan pangkat dari seorang Pensyarah sehingga Prof Jusa kelas B sebelumnya Prof Jusa Kelas C - apa itu bukannya iktirafan UIA kebebasan akademik yang UIA bagi padanya?

Apa asas undang-undangnya untuk mengatakan Sultan tidak konsisten dan bertindak tidak ikut Islam sedangkan perkara tersebut adalah prerogatif Sultan selaku Ketua Agama.

Sepertimana kata Dr Ahmad Atory kata,

“Kebebasan ada hadnya walaupun dalam dunia akademik kerana semua yang terlibat tidak boleh bercakap sesuka hati dengan menyentuh mana-mana pihak semata-mata untuk kepentingan peribadi atau ada agenda tertentu apatah lagi dalam hal-hal yang melibatkan sesitiviti; tambahan pula apa yang dipertikaikan oleh Aziz Bari adalah titah Sultan Selangor yang sememangnya mempunyai tanggungjawab dan kuasa penuh atas agama Islam dan adat istiadat orang Melayu dan rakyat di seluruh negeri Selangor."

Terserah. Sebab itu ada Akta Hasutan dan seumpamanya.Beri pandangan dan mempersoalkan kuasa Sultan samakah??? Bolehkan seorang anak mempersoalkan kuasa Ibu atau bapanya???

Tanpa Nama berkata...

bagi pandangan pun janganlah guna platform politik dipentas PAS di Pasir Gudang dan di pentas PKR diGelang Patah. Gunalah platform akademik seperti di persidangan akademik, atau di kelas depan murid-muridnya supaya mudah rakan seperjuangan akademiknya dan murid-muridnya boleh menanyakannnya soalan.

lesen akademik bukanlah bermakna dia boleh masuk mahkamah dan jadi peguambela (itu lesen lain)atau berrei ceramah tanpa tauliah dimasjid (itu lesen lain juga)atau bverti ceramah di pentas politik (itu lesen lain juga)atau bercakap di DUN (itu lesen ADUN yang menang pilihanraya). Maka lesen akademik ada hadnya - itulah maksud saya.

Selama ini dia pergi buat PhD, bentang kertas persidangannya diluar dan dalam negeri dan negara , dinaikkan pangkat dari seorang Pensyarah sehingga Prof Jusa kelas B sebelumnya Prof Jusa Kelas C - apa itu bukannya iktirafan UIA kebebasan akademik yang UIA bagi padanya?

Apa asas undang-undangnya untuk mengatakan Sultan tidak konsisten dan bertindak tidak ikut Islam sedangkan perkara tersebut adalah prerogatif Sultan selaku Ketua Agama.

Sepertimana kata Dr Ahmad Atory kata,

“Kebebasan ada hadnya walaupun dalam dunia akademik kerana semua yang terlibat tidak boleh bercakap sesuka hati dengan menyentuh mana-mana pihak semata-mata untuk kepentingan peribadi atau ada agenda tertentu apatah lagi dalam hal-hal yang melibatkan sesitiviti; tambahan pula apa yang dipertikaikan oleh Aziz Bari adalah titah Sultan Selangor yang sememangnya mempunyai tanggungjawab dan kuasa penuh atas agama Islam dan adat istiadat orang Melayu dan rakyat di seluruh negeri Selangor."

Terserah. Sebab itu ada Akta Hasutan dan seumpamanya.Beri pandangan dan mempersoalkan kuasa Sultan samakah??? Bolehkan seorang anak mempersoalkan kuasa Ibu atau bapanya???

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....