Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 5 April 2011

Fitnah Video Seks Tersebar Di Internet : Kenyataan Penuh Dr Wan Azizah & Nurul Izzah

Berikut kenyataan penuh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar :
Semalam, video seks yang mula-mula disiarkan di Carcosa Seri Negara baru-baru ini telah ditayangkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak UMNO.
Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik.
Namun jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Datuk Seri Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.
Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.
Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.
Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.
Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang.

Speaker Tolak Cadangan Video Seks Ditayang Di Parlimen

KUALA LUMPUR, 5 April — Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak keras cadangan agar ditayangkan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didedahkan “Datuk T”, di Parlimen.
Beliau (gambar) berkata demikian ketika memberikan respons terhadap kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali dan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh yang sebelum ini mencadangkan agar rakaman video seks itu ditanyangkan ketika sidang Parlimen.Sidang Dewan Rakyat akan berakhir minggu ini.
“Di sini ada peraturan dan kawalan ketika persidangan Parlimen dan saya telah ditanya oleh wartawan mengenai isu ini. Saya tidak menjawab soalan mereka, bukan kerana saya sombong.
“Tugas Speaker adalah seperti seorang hakim, seorang hakim tidak akan memberikan maklum balas dengan segera selepas ditanya mengenai perkara ini, kena ikut prosedur,” katanya.
Pandikar Amin juga menegaskan imuniti Parlimen tidak sepatutnya disalah guna dan ahli Parlimen tidak seharusnya menggunakan Dewan Rakyat untuk agenda politik dan peribadi.
Saf Anti Lucah (SAF) juga meminta ahli-ahli Parlimen tidak salah guna imuniti sehingga mencemarkan institusi Parlimen.
Imuniti Parlimen mula berkuat kuasa semasa seorang ahli Parlimen mengangkat sumpah dan ia hanya berkaitan dengan tanggungjawab yang diberikan; ia tidak boleh diguna pakai dalam hal-hal lain di luar Dewan Rakyat.
Melainkan ia ada kaitan dengan Perlembagaan Persekutuan iaitu kontrak sosial, artikel mengenai kewarganegaraan, hak keistimewaan Bumiputera, Bahasa Malaysia dan segala bentuk persoalan yang bercanggah dengan undang-undang di bawah Akta Hasutan Pindaan 1971 yang diluluskan Parlimen ekoran peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
Ahli Parlimen juga dilarang mengkritik Yang di-Pertuan Agong dan Speaker.
Imuniti Parlimen dan lain-lain keistimewaan termaktub dalam Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan “Semasa sesi Parlimen, ahli Parlimen tidak boleh menggunakan perkataan yang tidak boleh digunakan dalam Parlimen, buang tuduhan-tuduhan tidak berasas, bagaimana saya boleh membenarkan tayangan yang bertentangan dan dilarang dalam Islam.

Kenapa Video Seks Dikeluarkan Dari Youtube?

Bila klik takde apa ni je yang keluar

Hanya sempat kurang dari 24 jam, video seks DS Anwar telah dikeluarkan dari Youtube..kenapa ? Kerana mereka tahu, majoriti rakyat tahu yang video tersebut telah diedit begitu rupa untuk MEMBOHONGI RAKYAT.
Sejak video itu dimasukan ke Youtube, semakin ramai yang MUAK dengan tindakan pihak terbabit yang HENDAK MENEGAKKAN BENANG BASAH !
Setelah tersebarnya video terbabit di Youtube semakin jelas rakyat menolak sebarang bentuk cubaan fitnah membabitkan seks.Ramai yang tidak percaya lelaki dalam video itu adalah Anwar,ini boleh dilihat melalui komen komen dalam youtube itu sendiri atau melalui laman sosial facebook.
Mungkin ini salah satu faktor video itu dikeluarkan dari youtube.Perangkap yang tidak menjadi kih..kih..kih..

Penyandang Kerusi Dun Padungan Umum Keluar PKR

Penyandang kerusi DUN Padungan, Dominique Ng - yang tidak disenaraikan sebagai calon PKR untuk pilihan raya Sarawak - hari ini mengumumkan keluar parti, dan bertanding sebagai calon Bebas.

Beliau tidak menyatakan kerusi yang akan ditandinginya tetapi membayangkan mungkin di Padungan atau Batu Lintang.

Sambil menyifatkan keputusan itu sebagai “pertembungan prinsip”, Ng (Gambar) berkata beliau dipaksa berbuat demikian oleh para pengkhianat dalam PKR. Katanya, beliau juga telah bosan kerana sentiasa perlu berjaga-jaga sama ada ada orang yang akan menikamnya dari belakang. “Kerana itulah saya terpaksa meninggalkan PKR,” katanya dalam satu sidang akhbar di pusat perkhidmatannya di Kuching.

Jika Ng memilih bertanding di kerusi lamanya di Padungan, beliau akan berentap dengan calon DAP, Wong King Wei. Tetapi jika bertanding di Batu Lintang, Ng akan bersemuka dengan bekas rakan dalam PKR, See Chee How. Apa pun, sebarang pertandingan tiga penjuru akan menambah peluang BN untuk menang, kerana perpecahan undi untuk pembangkang.

Sebelum ini, PKR dan DAP bersetuju bertukar kerusi dengan DAP bertanding di Padungan dan PKR diberi kerusi Batu Lintang.

Dominique bagaimanapun digugurkan dalam senarai calon PKR yang diumumkan semalam.Parti itu menamakan See sebagai calon PKR di Batu Lintang.

Parti itu akan bertanding di 48 kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini.

Isnin, 4 April 2011

Video Seks Tersebar Di Youtube,PKR Yakin Bukan Anwar

Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpendirian tegas menolak bulat-bulat lelaki dalam rakaman video seks, yang kini disebarkan menerusi dunia siber, yang didakwa melibatkan aksi seks Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menyifatkannya sebagai “palsu” dan bermotifkan “politik.”

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sewaktu “Datuk T” mula-mula menayangkan video skandal seks yang kononnya melibatkan pemimpin pembangkang di hotel Carcosa Seri Negara, beliau telah menegaskan bahawa video tersebut palsu, “tukang sorak-tukang sorak Umno bertanya bagaimana saya yakin bahawa video tersebut bukan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila saya belum menontonnya.”

“Hari ini, saya terpaksa menonton sedutan video tersebut. Selepas menonton video tersebut, kenyataan awal saya terbukti benar memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar,” kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan segera dikeluarkan lewat petang ini.

Nik Nazmi menambah, hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua tahun, “saya tahu bahawa itu bukan Anwar.”

“Apatah lagi saya mengenali keperibadiannya sebagai seorang Muslim dan pemimpin keluarga yang baik,” katanya.

“Jelas sekali video ini dibuat untuk tujuan politik,” kata beliau sambil menambah, tarikh video tersebut ditayangkan kepada wartawan dan seterusnya kini didedahkan sedutannya kepada umum dibuat untuk tujuan strategik sempena pilihan raya negeri Sarawak.

Klip video dua minit yang mengaitkan Anwar melanggan seorang pelacur asing kini dimuatkan dalam YouTube dan beberapa blog pro-Umno.

Difahamkan klip itu disebarkan dalam dunia siber sejak semalam.

Klip itu yang panjangnya 107 saat menunjukkan dua lelaki dan seorang wanita berada di sebuah bilik sebelum aksi seks dengan pelacur berkenaan, didakwa dari China.

Rakaman asal yang dipertontonkan kepada media di hotel Carcosa Seri Negara dua minggu lalu dilaporkan 21 minit.

Klip itu muncul di Internet dua hari selepas polis mengesahkan bahawa rakaman video itu adalah tulen.TMI

Kelantan Haramkan Judi Selepas Bincang Semua Kaum



SHAH ALAM 4 APRIL : Pengharaman sebarang bentuk perjudian di Kelantan diputuskan setelah kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan semua kaum dinegeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan memandangkan kesemua mereka bersetuju bahawa aktiviti perjudian hanya akan membawa keburukan, barulah kerajaan negeri memutuskan untuk mengharamkan aktivi tersebut dinegeri itu.

Ia bukan sahaja memenuhi tuntutan semua agama yang menuntut penganutnya menjauhi perkara yang boleh melalaikan, bahkan juga menjamin kehidupan mereka.

"Dalam pertemuan itu semua kaum bersetuju perjudian sesuatu yang tidak digalakkan dalam agama dan berdasarkan itu kita telah mengharamkan perjudian ini," katanya.

Takiyuddin bagaimanapun berkata, kerajaan Kelantan tidak akan mengkaji semula pengharaman itu.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang mempersoalkan pengharaman aktiviti tersebut dan bercadang membawa perkara itu ke mahkamah.

Soi Lek berkata tindakan mengharamkan perjudian itu menyalahi peruntukan perlembagaan yang turut menjamin hak-hak bukan Islam.

"MCA bukan menyokong perjudian tetapi apa yang dilakukan kerajaan PAS Kelantan mengharamkan judi jelas telah menyalahi peruntukan perlembagaan yang menjamin hak-hak bukan Islam dalam soal ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin kanan kerajaan Kelantan di Kota Bharu semalam.

"Kami (MCA) tidak dapat menerima penjelasan pemimpin PAS Kelantan dan selepas ini kami akan berbincang di peringkat pusat untuk tindakan selanjutnya," ujar Soi Lek.

Delegasi MCA yang terdiri daripada pimpinan parti termasuk Naib Presiden Gan Ping Siew dan Ketua Pemuda Datuk Wee Ka Siong.

Kerajaan Kelantan pula diwakili Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Speaker Ahmad Zaki Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Takiyuddin Hassan serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Datuk Annuar Tan Abdullah.

Takiyuddin berkata beliau mengalu- alukan perbincangan sedemikian kerana ia membuka ruang kepada kerajaan Kelantan untuk menjelaskan isu perjudian yang menjadi dasar PAS sejak memerintah pada 1990 lagi.

"Kita mengalu-alukan pertemuan dan perbincangan seperti ini yang memberikan ruang kepada kita untuk memperjelaskan isu ini dengan lebih terperinci lagi," katanya.TVSImbang Penuh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....