Sahabat Ambo
Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Jumaat, 8 Januari 2010
Kalimah Allah: Protes, Solat Hajat Diadakan Dipelbagai Lokasi

Beberapa peserta demonstrasi berkumpul di perkarangan Masjid Kg Baru bagi membantah keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan majalah mingguan Katolik, Herald, menggunakan kalimah 'Allah' dalam terbitannya. – Picture by Choo Choy May
KUALA LUMPUR, Jan 8 — Lebih 200 penyokong dari 50 pertubuhan bukan Islam mengadakan perhimpunan aman tetapi provokatif di pekarangan masjid Kg Baru di sini hari ini, mendesak agar keputusan Mahkamah Tinggi minggu lalu berhubung kalimah “Allah” dikaji semula.
Mereka yang menyertai protes membawa kain rentang provokatif menggesa “jangan mencabar Islam”, “jangan uji kesabaran kami” dan “Allah hanya untuk kami” manakala beberapa pemimpin memberi ucapan konfrontasi. Zaim Shari, seorang pemimpin dari Ikatan Muslimin Malaysia dalam ucapannya berkata keputusan mahkamah 31 Dis lalu satu bentuk “pencerobohan pihak luar.”
“Bumi kita telah diceroboh, kepercayaan kita diancam, kita tidak harus membenarkan perkara ini,” katanya.
Perhimpunan diadakan selepas solat Jumaat tadi.
Nizar lebih popular berbanding Najib - Google
Google.com meletakkan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin sebagai antara insan yang paling banyak mencetuskan berita atau diberitakan di Malaysia sepanjang tahun 2009.Tokoh PAS itu turut mengatasi populariti Perdana Menteri, Najib Razak dan Menteri Pengangkutan, Ong Tea Keat yang masing-masing berada di tangga ke 8 dan ke 9.
“Ini merupakan penghargaan kepada rakyat khususnya di Perak yang selama ini kekal bersama dengan harapan ke arah perubahan dalam negara yang lebih baik,” katanya ketika dihubungi erapakatan.com sebentar tadi.
Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, rakyatlah yang mencetuskan berita selama ini kerana mereka yang dahagakan keamanan dan keadilan yang semakin cuba dikuburkan oleh Umno dan Barisan Nasional.
Gereja Di Petaling Jaya Pula Diserang,Pas Kutuk Keras
Gambar Church of the Assumption di Jalan Templer di sini diserang kira-kira 4 pagi tadi.Foto Oleh AP
PETALING JAYA, Jan 8 — Satu lagi gereja Katolik, kali ini yang terletak di sini diserang manakala Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengutuk serangan ke atas rumah ibadat Kristian tengah malam tadi."Kami mengutuk keras tindakan macam ini," kata beliau kepada The Malaysian Insider pagi ini.
PAS telah pun meminta ahlinya tidak menyertai perhimpunan protes yang akan diadakan di ibu negara dan beberapa kawasan lain di seluruh negara berhubung keputusan mahkamah membenarkan Herald menggunakan perkataan "Allah" tengah hari ini.
Isu Kalimah Allah :Pemuda Pas Sedia Berdialog Dengan Ketua Paderi
Dewan Pemuda Pas Pusat sedia berdialog dan berbincang dengan ketua paderi roman katolik Kuala Lumpur sebagai usaha menjelaskan isu sebenar berhubung penggunaan kalimah Allah dalam akhbar The Herald.Ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi berkata, penjelasan dan perbincangan adalah penting sebagai memperbaiki segala salah faham yang berlaku pada hari ini.
Langgan:
Catatan (Atom)
Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz
Bermula 31/7/2009





