Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 16 April 2012

Video : Bongkar !!! Laksamana Pertama (B) Dedah Penyelewengan Pembelian Kapal TLDM




DUNGUN
– Pemerolehan kapal Patrol Vessel (PV) yang diubah menjadi Littoral Combat Ship (LCS ) atau Kapal Kombat Pesisiran Pantai tidak terdapat dalam dokumen strategik pertahanan negara dan merupakan satu penyelewengan yang nyata.

Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM Laksamana Pertama (B) Haji Imran Abd Hamid mempersoalkan mengapa Kementerian Pertahanan mengubah pembelian tersebut sedangkan ia tidak diperlukan.

“Sebenarnya dalam kita punya strtaegik dokumen tidak ada keperluan itu (LCS) tapi sekarang ini kenapa diubah? Kita (Kementerian Pertahanan) sepatutnya buat 27 buah kapal PV yang telah siap sebanyak 6 (belum siap) ada lagi 21,

“dia tukar ‘brand’ itu, bila dia tukar, alat baru boleh masuk, system baru boleh massuk, design baru boleh masuk, segala-galanya baru, ramailah pembekal-pembekal yang ambil komisyen ini,”ujarnya.

Isu hina raja helah 'kubur' isu penting

ALOR SETAR - Pas menyifatkan dakwaan kononnya pemimpin pembangkang menghina Raja-raja Melayu sebagai helah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi menenggelamkan isu yang lebih penting yang dibangkitkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, isu terbabit sengaja ditimbulkan di saat PRU13 semakin hampir bagi menutup isu sebenar.

“Saya anggap itu berita PRU13. Isu ini sengaja dibangkitkan untuk menutup isu sebenar yang kita bangkitkan, antaranya pendedahan kewujudan 'task force' memberi kerakyatan kepada warga asing dan penipuan dalam proses mengundi,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan Badan Perhubungan Pas Negeri Kedah, di Kompleks Pas Kedah di sini sempena lawatan kerja sehari ke Kedah, semalam.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, pendedahan beliau berhubung wujudnya pasukan khas yang bertanggungjawab memberi kerakyatan kepada warga asing di negara ini adalah isu yang lebih penting untuk diberi perhatian berbanding isu remeh yang dibangkitkan kononnya pemimpin pembangkang mempersenda Raja-Raja Melayu.

“Yang menjadi ancaman lebih besar kepada institusi diraja dan kedaulatan negara adalah kes babitkan warga asing, bukannya isu remeh seperti itu. Kes berkenaan yang sebenarnya akan menghakis institusi Raja-Raja Melayu dalam tempoh tertentu,” katanya.Menurutnya, sekiranya berlarutan, tidak mustahil ia turut mengancam keselamatan negara.

“Warga asing ini berada di luar budaya perlembagan diraja, negara mereka tidak amalkan sistem beraja. Apabila mereka diberi kerakyatan dan mengundi, kesannya amat besar termasuk boleh menjejaskan kedaulatan institusi diraja,” katanya.

Panas !!! Bekas Menteri Umno Tampil Berceramah Di Pentas Pas




Umno terus menerima tamparan hebat apabila bekas menteri mereka tampil berceramah di pentas Pas malam tadi.

Tan Sri Kadir Fadzir bekas Menteri Penerangan dan Perlancongan tampil di pentas Pas buat pertama kalinya di satu majlis ceramah di Kupang Kedah.

Turut berceramah Presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi Awang,MB Kedah Ust Azizan Razak,dua Naib Presiden Pas YB Dato Mahfuz Omar dan YB Salahuddin Ayub.

Artikel berkaitan DISINI

Ahad, 15 April 2012

Video & Gambar : Kecoh !!! DBKL Rempuh Dan Roboh Khemah Mahasiswa Di Dataran Merdeka



BN tidak wajar guna agensi awam sebagai jentera parti

PADANG BESAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) agar tidak memperalatkan pegawai dan agensi kerajaan untuk dijadikan jentera parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, pegawai kerajaan yang bersubahat dalam perkara yang mencemarkan ketelusan proses PRU akan memberi kesan buruk kepada diri sendiri dan masa hadapan.

“Kerajaan Pusat wajar berhenti memperalatkan agensi kerajaan untuk dijadikan jentera PRU, sebaliknya memastikan pelaksanaan PRU tidak lama lagi diadakan secara telus demi memenuhi hak rakyat,” kata beliau sewaktu berucap di hadapan lebih 500 penyokong Pas sempena lawatan kerja sehari beliau ke Perlis di Balai Baru Beseri di sini, semalam.

Banyak pihak meramalkan PRU13 akan diadakan dalam waktu terdekat, kemungkinan bulan Jun ini.Mandat semasa hanya akan berakhir April 2013.SH

Annuar Musa ditimpa malang lagi

KETEREH, 15 April: Ketua Umno Ketereh, Tan Sri Annuar Musa (gambar) mungkin ditimpa malang lagi selepas digantung dua tahun setengah terbabit dengan aktiviti bola sepak, malam tadi pula 50 orang pengikutnya mengisytiharkan keluar parti.

Lebih mendebarkan lagi apabila empat daripadanya merupakan penghulu Umno (Penyelia Pembangunan Mukim - PPM) dari empat mukim di Ketereh yang diketuai bekas PPM Lancang, Rafia Jusoh, 67.

Tiga lagi iaitu Sanusi Jaya (PPM Buluh Poh), Zakaria Awang Lah (PPM Kayu Rendang) dan Ismail Jaffar (PPM Chegar). Selain itu Ketua Pemuda Umno Cawangan Lancang, Abdul Rahman Abdul Rahim.

Rafia yang lebih dikenali sebagai Paksu Ya menyerah borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada program ceramah yang diadakan di perkarangan rumahnya di Kampung Durian Pahit.

Ribuan hadir mengikut ceramah tersebut terpaksa bersila dalam kebun pokok dokong dan bendang kontang memandangkan perkarangan rumah Paksu Ya agak sempit.

Manakala kenderaan diletak sejauh hampir satu kilometer dan terpaksa berjalan kaki melintasi bendang padi jauh sayup mata memandang.

Paksu Ya yang dilantik sebagai penghulu kerajaan negeri ketika Kelantan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), kemudian dilantik pula sebagai PPM selepas PAS mentadbir Kelantan pada 1990.

Jawatan disandangnya sehingga 2010 apabila tidak disambung lagi perkhidmatannya dan tempatnya diganti Ketua Cawangan Umno Kampung Durian Pahit.

Katanya, beliau sudah lama melihat rakyat terutamanya petani didera pemimpin Umno apabila cuba menyukarkan mereka mendapat bantuan di bawah kerajaan pusat.

“Paksu masih ingat baja cap dacing tidak diberi kepada penyokong PAS. PPM tidak mahu menandatangani borang permohonan milik mereka.

“Namun apabila datang ke sini Paksu tak kira terus tandatangan borang mereka tanpa mengira penyokong PAS atau Umno. Paksu kasihan melihat mereka datang dari jauh kerana PPM di kampung mereka enggan menurunkan tanda tangan,” katanya ketika ditemui selepas ceramah tersebut.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, Yang Dipertua PAS Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh, anggota parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir, Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood dan Ketua Penerangan PAS Ketereh, Abdul Manaf Abdullah.

Paksu Ya juga memberitahu beliau tidak sanggup lagi bersekongkol dengan pemimpin Umno apabila menggunakan setiap peluang projek kerajaan mendapatkan keuntungan peribadi.

“Kalau ada projek mesti dalam komisen. Makan projek kuat sangat di kalangan pemimpin Umno,” ujarnya.

Beliau juga meluahkan rasa terkilan apabila dua anaknya yang cacat penglihatan sejak berusia 12 tahun tidak mendapat sebarang pembelaan pemimpin Umno biar pun acap kali memberitahu akan membantu.

Katanya, dua anaknya itu sekarang masing-masing berusia 36 dan 33 tahun tidak mendapat sebarang bantuan dan hanya awal tahun ini mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat selepas dibantu kerajaan negeri.

Beliau juga memberitahu akan mengumpulkan lebih ramai lagi ahli dan penyokong Umno bagi menyertai PAS menjelang pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....