Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 6 Mac 2012

Isu Kedah : Tangisan Kegembiraan Seorang Pemimpin Pas

Naib Presiden PAS,. Salahudin Ayub adalah orang yang paling gembira sekali mendengar penerimaan dua timbalan pesuruhjaya PAS Kedah terhadap keputusan PAS pusat.

(Salahudin...orang paling gembira di sebalik penyelesaian isu Kedah)

Beliau yang mewakili PAS Pusat ke sana ke mari bagi menyelesaikan isu ini teresak-esak menangis kegembiraan ketika menelefon Harakahdaily.

"Benar ke berita Harakahdaily tu?" tanya Salahudin kepada Harakahdaily merujuk kepada berita bertajuk 'Exco: Phahrolrazi, Ismail akur keputusan PAS Pusat'.

Beliau terus menelefon Harakahdaily sebaik saja membaca berita yang sangat mengembirakan beliau itu.

Harakahdaily telah mengubungi kedua-dua timbalan pesuruhjaya PAS Kedah itu bertanya reaksi mereka terhadap keputusan PAS Pusat yang mengarahkan mereka kembali semula ke dalam barisan exco Kedah.

PAS Pusat mengarahkan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh kembali semula sebagai anggota exco negeri.

Arahan itu dibuat serentak dengan keputusan Datuk Seri Azizan Razak akan kekal sebagai MB manakala PAS Pusat membentuk Jawatankuasa Pemandu untuk membantu pentadbiran kerajaan negeri Kedah.

Phalrolrazi dan Dr Ismail memaklumkan, mereka berdua menerima keputusan PAS Pusat itu.

Sebaik sahaja mereka membuat sidang media di rumah Datuk Ir Phalrolrazi Zawawi jam 5 petang, Harakahdaily menyiarkan keputusan yang terlebih dahulu dimaklumkan kepada Harakahdaily itu.

"Saya mengeluarkan air mata gembira membaca berita ini," kata Salahudin teresak-esak ketika menghubungi Harakahdaily.

Beliau mengucap ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menyelesaikan kemelut ini terutama sekali pimpinan PAS Kedah dan Pusat.

"Saya berbangga dengan anda semua terutama semangat sayangkan jamaah," kata Salahudin yang turut melakukan sujud syukur bagi menyatakan terima kasih kepada Allah SWT berikutan selesainya kemelut ini.Hrkh

Isnin, 5 Mac 2012

Video : Sidang Media Phahrolrazi Zawawi Dan Dr Ismail Salleh




ALOR SETAR - Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh bersetuju untuk menerima pelantikan semula sebagai Exco Kerajaan Negeri selepas berpuas hati dengan keputusan Pas Pusat yang bercadang menubuhkan Jawatankuasa Pemandu di Kedah untuk memantau perjalanan pentadbiran negeri.

Bagaimanapun, Phahrolrazi berkata, persetujuan mereka itu perlu mendapat perkenan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

“Yang paling penting matlamat kami tercapai iaitu inginkan perubahan dalam corak pentadbiran negeri, di mana kuasa bukan lagi dominan pada Menteri Besar dan mesyuarat Exco semata-mata. Kini, jika ada pandangan berbeza, boleh dirujuk pada jawatankuasa ini,” katanya pada sidang media di rumahnya petang tadi.

Isu Exco : MB Kedah Akur Arahan Pas Pusat

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akur pada keputusan muktamad pimpinan Pas Pusat berhubung kemelut pelantikan Exco Pas, yang menetapkan kedua-dua Exco terlibat, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang sebelum ini menolak tawaran dilantik semula bagi penggal 2012/2013.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, selaku pemimpin tertinggi Pas Kedah dan negeri, beliau perlu mematuhi arahan yang diputuskan oleh Pas Pusat.

“Saya ikut sahaja apa jua keputusan dalam mesyuarat yang diputuskan Pas Pusat, termasuk arahan yang dikeluarkan. Pada awal lagi, bukan saya yang buang mereka, tetapi mereka yang tidak mahu,” katanya, ketika dihubungi, semalam.

Berdasarkan keputusan yang dicapai selepas pertemuan melibatkan semua pihak di kediaman rasmi Menteri Besar, di Seri Mentaloon, malam kelmarin, Pas Pusat memutuskan Azizan kekal sebagai Menteri Besar sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Phahrolrazi dan Ismail kembali sebagai Exco dalam pentadbiran negeri selain menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat untuk memantau dan memberi pandangan kepada negeri-negeri diterajui Pas dan negeri-negeri di mana Pas adalah sebahagian daripada pentadbiran negeri tersebut.

Azizan turut menyerahkan sepenuhnya kepada Pas Pusat untuk berbincang dengan kedua-dua Exco berkenaan sekiranya, selepas arahan dikeluarkan, timbul masalah lain membabitkan mereka.

“Jika selepas ini pun, mereka masih enggan ikut arahan yang ditetapkan Pas Pusat, saya nak buat macam mana. Selepas ini, saya serah pada Pusat untuk uruskan, lagipun isu ini sudah diambil sepenuhnya oleh Pusat dan mereka akan pantau apa yang berlaku,” katanya.

Dengan nada sedih, Azizan berkata, “Saya tak kelahi dengan sesiapa pun, tetapi orang yang cari gaduh dengan saya.”

Azizan bagaimana pun berkata, buat masa ini beliau belum berhasrat untuk mengadakan sidang media khas berhubung isu ini.SH

Ahad, 4 Mac 2012

Mesti Lihat !!! Gambar Terkini Tok Guru Nik Aziz Bersama Ust Nasharuddin Mat Isa




'Hak Hasan Ali kalau nak saman' - Mahfuz Omar

SHAH ALAM – “Ikut dialah nak saman saya, saya bukan tuduh dia pun.” Demikian kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar ketika mengulas kenyataan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali semalam, mengumumkan mahu menyaman beliau berhubung dakwaan ditaja oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Beliau menegaskan, kenyataannya bukan tuduhan melulu, tetapi cuma mahu Kementerian Belia dan Sukan memberi penjelasan tentang isu tajaan lebih 2,000 program ceramah Hasan.

“Saya bukan tuduh dia (Hasan), saya hanya minta KBS beri penjelasan dan mahu kes ini disiasat dan diaudit, kenapa dia pula yang nak melatah. Kalau yang nak saman pun bukan dia, dia tak ada hak nak saman sebab bukan saya cakap dia terima duit, tetapi program dia ditaja.

"Jika terniat nak saman pun KBS, bukan dia,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Semalam, Hasan mengeluarkan kenyataan mahu menyaman Mahfuz berikutan tuduhan bahawa Kementerian Belia dan Sukan akan menaja lebih 2,000 program ceramahnya.

Mahfuz berkata, Hasan hanya salah faham dan oleh itu, diminta jangan berperangai seperti orang yang mengalami histeria.

“Orang bukan tuduh dia ambil duit atau apa, kami minta penjelasan Kementerian Belia dan Sukan saja, kenapa perlu dia melatah sampai nak saman,” katanya.

Apabila ditanya pemberita sama ada Mahfuz mempunyai bukti Kementerian Belia dan Sukan menaja program Hasan, beliau menegaskan, Pas cuma menuntut penjelasan sama ada benar maklumat diterima bahawa sejumlah RM30 juta disalurkan kepada cawangan berkenaan bagi membiayai ceramah Hasan di seluruh negara.

“Semalam ada program belia Regatta Kanu Hari Belia Kebangsaan pun dia ada sama beri taklimat, kalau diikutkan semua program belia sekarang dia mesti ada.

"Itu yang saya suruh siasat dan minta menteri berkenaan beri penjelasan program dia ditaja KBS atau tidak, bukan menuduh,” katanya.SH

Video : Krisis Kedah,Sekitar Pertemuan Khas Antara PAS Pusat Dengan PAS Kedah



ALOR SETAR, 4 MAC: Pas akan mengumumkan keputusan sebulat suaranya bersabit krisis kepimpinan di Kedah pada tengah hari ini, kata Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Menurut beliau mesyuarat berjaya mencapai satu penyelesaian sebulat suara selepas mesyuarat hampir enam jam yang bermula malam tadi bagi mengatasi kemelut berkenaan.

"Keputusannya, Pas akan umumkan esok tengah hari dan esok saya akan maklumkan pada media tempat dan waktunya," katanya.

Pertemuan khas pimpinan tertinggi Pas Pusat dan Kedah dimulakan dengan mendengar hujah pihak yang bertelagah - Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Sebelum mesyuarat itu bermula, Phahrolrazi memberitahu pemberita beliau yakin akan "menang" dalam pertemuan khas itu yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar di sini.

Beliau adalah seorang daripada dua Exco yang menolak tawaran dilantik semula sebagai Exco, sekali gus mendedahkan krisis kepimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.Kemelut itu membawa kepada campur tangan kepimpinan Pas Pusat.

Pada pertemuan mahabbah itu, Salahuddin berkata mesyuarat akan diteruskan hingga ke awal pagi nanti dan keputusan akan diumumkan dalam tempoh 24 jam daripada sekarang.

"Pertemuan tadi diadakan untuk dua jam untuk kami mendengar segala penjelasan yang dibuat oleh kedua-dua pihak. Kami cukup puas hati dengan penjelasan-penjelasan yang telah dibuat demi untuk mencapai jalan penyelesaian dalam tempoh yang terdekat,” kata beliau.

Antara yang hadir pada perjumpaan mahabbah ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, Naib Presiden, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.AntaraPos

Perkembangan terkini pertemuan khas Pas Pusat dan Pas Kedah DISINI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....