Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Selasa, 6 Mac 2012
Mahkamah Putuskan Pemecatan Pegawai Tadbir ( Zaman Pas ) Oleh K'jaan BN Terengganu Tidak Sah
[Video] Sidang Dun Kelantan : Sesi Soal Jawab Isu Negara Berkebajikan Oleh YB Husam Musa
Tiba masa nobat pemerintahan Islam di Kedah
A: Dewan Ulama’ PAS Pusat (DUPP) mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang akur dengan keputusan PAS Pusat untuk mengekalkan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah serta Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh sebagai Exco. Ketua DUPP Dato’ Harun Taib menggesa semua pihak selepas ini menghalakan segenap usaha dan tenaga yang ada untuk meneruskan perjuangan menobatkan pemerintahan Islam di Kedah Darul Aman dengan mengamalkan konsep ukhuwwah, persepakatan dan musyawarah dalam semua urusan.
Harun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Manir berkata demikian dalam satu kenyataan ringkas dalam blog DUPP hari ini sebagai respons kepada kemelut yang melanda PAS Kedah yang berakhir dalam suasana harmoni.
Jawatankuasa PAS Pusat telah mengarahkan Phahrolrazi dan Dr Ismail untuk menerima pelantikan semula sebagai ahli exco yang tamat tempoh esok, 7 Mac ini.
Kedua-dua Phahrolrazi dan Dr Ismail, timbalan pesuruhjaya I dan timbalan pesuruhjaya II PAS Kedah akur dengan arahan pucuk pimpinan PAS itu.
Sementara itu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali berkata Jawatankuasa PAS Pusat telah mencapai keputusan sebulat suara setelah mendengar keterangan dari kedua-dua belah pihak dalam satu mesyuarat yang berlangsung selama lima jam di Alor Setar.
“Jawatankuasa PAS Pusat telah memutuskan untuk mengekalkan Azizan sebagai Menteri Besar serta Phahrolrazi dan Dr Ismail akan menerima pelantikan semula sebagai exco,” katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS Pusat di Kuala Lumpur Isnin lalu.FMT
Isu Kedah : Tangisan Kegembiraan Seorang Pemimpin Pas
den PAS,. Salahudin Ayub adalah orang yang paling gembira sekali mendengar penerimaan dua timbalan pesuruhjaya PAS Kedah terhadap keputusan PAS pusat.(Salahudin...orang paling gembira di sebalik penyelesaian isu Kedah)
Beliau yang mewakili PAS Pusat ke sana ke mari bagi menyelesaikan isu ini teresak-esak menangis kegembiraan ketika menelefon Harakahdaily.
"Benar ke berita Harakahdaily tu?" tanya Salahudin kepada Harakahdaily merujuk kepada berita bertajuk 'Exco: Phahrolrazi, Ismail akur keputusan PAS Pusat'.
Beliau terus menelefon Harakahdaily sebaik saja membaca berita yang sangat mengembirakan beliau itu.
Harakahdaily telah mengubungi kedua-dua timbalan pesuruhjaya PAS Kedah itu bertanya reaksi mereka terhadap keputusan PAS Pusat yang mengarahkan mereka kembali semula ke dalam barisan exco Kedah.
PAS Pusat mengarahkan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh kembali semula sebagai anggota exco negeri.
Arahan itu dibuat serentak dengan keputusan Datuk Seri Azizan Razak akan kekal sebagai MB manakala PAS Pusat membentuk Jawatankuasa Pemandu untuk membantu pentadbiran kerajaan negeri Kedah.
Phalrolrazi dan Dr Ismail memaklumkan, mereka berdua menerima keputusan PAS Pusat itu.
Sebaik sahaja mereka membuat sidang media di rumah Datuk Ir Phalrolrazi Zawawi jam 5 petang, Harakahdaily menyiarkan keputusan yang terlebih dahulu dimaklumkan kepada Harakahdaily itu.
"Saya mengeluarkan air mata gembira membaca berita ini," kata Salahudin teresak-esak ketika menghubungi Harakahdaily.
Beliau mengucap ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menyelesaikan kemelut ini terutama sekali pimpinan PAS Kedah dan Pusat.
"Saya berbangga dengan anda semua terutama semangat sayangkan jamaah," kata Salahudin yang turut melakukan sujud syukur bagi menyatakan terima kasih kepada Allah SWT berikutan selesainya kemelut ini.Hrkh
Isnin, 5 Mac 2012
Video : Sidang Media Phahrolrazi Zawawi Dan Dr Ismail Salleh

Isu Exco : MB Kedah Akur Arahan Pas Pusat
ALOR SETAR
- Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akur pada keputusan muktamad pimpinan Pas Pusat berhubung kemelut pelantikan Exco Pas, yang menetapkan kedua-dua Exco terlibat, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang sebelum ini menolak tawaran dilantik semula bagi penggal 2012/2013.
Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, selaku pemimpin tertinggi Pas Kedah dan negeri, beliau perlu mematuhi arahan yang diputuskan oleh Pas Pusat.
“Saya ikut sahaja apa jua keputusan dalam mesyuarat yang diputuskan Pas Pusat, termasuk arahan yang dikeluarkan. Pada awal lagi, bukan saya yang buang mereka, tetapi mereka yang tidak mahu,” katanya, ketika dihubungi, semalam.
Berdasarkan keputusan yang dicapai selepas pertemuan melibatkan semua pihak di kediaman rasmi Menteri Besar, di Seri Mentaloon, malam kelmarin, Pas Pusat memutuskan Azizan kekal sebagai Menteri Besar sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Phahrolrazi dan Ismail kembali sebagai Exco dalam pentadbiran negeri selain menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat untuk memantau dan memberi pandangan kepada negeri-negeri diterajui Pas dan negeri-negeri di mana Pas adalah sebahagian daripada pentadbiran negeri tersebut.
Azizan turut menyerahkan sepenuhnya kepada Pas Pusat untuk berbincang dengan kedua-dua Exco berkenaan sekiranya, selepas arahan dikeluarkan, timbul masalah lain membabitkan mereka.
“Jika selepas ini pun, mereka masih enggan ikut arahan yang ditetapkan Pas Pusat, saya nak buat macam mana. Selepas ini, saya serah pada Pusat untuk uruskan, lagipun isu ini sudah diambil sepenuhnya oleh Pusat dan mereka akan pantau apa yang berlaku,” katanya.
Dengan nada sedih, Azizan berkata, “Saya tak kelahi dengan sesiapa pun, tetapi orang yang cari gaduh dengan saya.”
Azizan bagaimana pun berkata, buat masa ini beliau belum berhasrat untuk mengadakan sidang media khas berhubung isu ini.SH

