Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 9 Januari 2012

Video : Sekitar Demo 901 Bebaskan Anwar Di Perkarangan Mahkamah Jalan Duta





Liwat II : Mahkamah Putuskan DS Anwar Tidak Bersalah


KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium, empat tahun lalu.

Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan.

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.


Gambar : Suasana Awal Di Depan Kompleks Mahkamah Jalan Duta

Gambar dari Pisaukarat @twitter
Irene Fernandez @ Pisaukarat

Pintu pagar Mahkamah akan dibuka seawal 7 pagi. Di laporkan, sudah ada kira kira 2,000 orang sudah berada di depan pagar mahkamah. Sementara itu, YB Saifuddin Nasution, melaporkan kira kira 2,000 orang sembahyang subuh di Masjid Wilayah. Tidak kelihatan ahli PERKASA atau PEKIDA yang sebelum ini dikatakan ber Qiamulail di masjid berkenaan.
6.45am - Helikopter terus berlegar, kedatangan orang ramai bertambah. Wartawan sudah tiba sejak jam 4.30 pagi. Peserta dari Sarawak pun dalam perjalan ke Mahkamah. NGO Jingga 13 kelihatan sedang mengagihkan topeng Anwar Ibrahim kepada peserta.
12 truck polis dan lori air sudah berada di depan Mahkamah, 32 van polis juga sudah berada sejak jam 5.30 pagi. Laporan dari YB Saifuddin "Tahajud,tasbih,taubat,subuh ..Qiamullail,ramainya pekida dan perkasa hingga tak kelihatan!"

Kedudukan Hasan Ali Sebagai Exco,Kenyataan Awal Pejabat MB Selangor

Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat akan bermesyarat Rabu depan untuk membincangkan kedudukan exconya, Datuk Hasan Ali, yang dipecat secara mengejut oleh PAS semalam.

Faekah Hussin, Setiausaha Politik Menteri Besar (MB) Selangor, mengesahkan kenyataan tersebut selepas dimaklumkan Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Kedudukan beliau (Hasan) adalah sebagai wakil daripada PAS,” katanya kepada The Malaysian Insider, yang menyatakan bahawa negeri berkenaan akan mencari pengganti selepas pemecatan Hasan daripada PAS.

Menurutnya calon tersebut berkemungkinan akan dilantik daripada PAS, namun enggan membincangkannya dengan lebih lanjut kerana menurut Faekah, dia masih menunggu notis rasmi daripada pemimpin PAS.

“Semua exco adalah wakil daripada parti, Datuk Hasan juga boleh meletak jawatan kerana dia bukan lagi wakil parti,” katanya sambil menambah “penggantinya akan dipersembahkan kepada Tuanku Sultan Rabu ini.”

Tambahnya, kerajaan Selangor akan menghantar surat kepada Istana Selangor untuk memberitahu berkenaan perkara itu dan berbincang dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan perkembangan terbaru itu.

Lembaga Eksekutif negeri dilihat sebagai wakil Sultan dan kerajaan negeri kerana Sultan merupakan ketua tertinggi sebagai ketua agama Islam.

“Kami akan mengadakan perbincangan tersebut di istana,” kata Faekah.

Pentadbiran tertinggi PAS memecat Hasan sebagai anggota parti bermula semalam, dengan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya memutuskan untuk berbuat demikian selepas menimbang pelbagai faktor pada mesyuarat bulanannya.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan tindakan Hasan Ali yang dilihat merosakkan parti dan menyebabkan kemusnahan kepada parti, seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti,” kata Ahli Parlimen Marang ini dalam kenyataannya.

Bulan lalu, Hasan mengkritik PAS dalam isu kawalan media seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 kerana meninggalkan matlamat perjuangan Islam atas faktor politik.

Hasan menuduh PAS tergelincir daripada landasan asal dan matlamat perjuangan parti dengan memperkenalkan prinsip negara berkebajikan berbanding negara Islam sebelumnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini menerima kecaman daripada rakan-rakan partinya apabila mengatakan penyertaan terhadap perhimpunan esok adalah perbuatan sia-sia.TMI

Video : Ceramah Anwar Di Kelab Sultan Suleiman Kg Baru 8/01/2012






Lagi gambar dan artikel berkaitan DISINI

Gambar : Ribuan Banjiri Ceramah Anwar Di Kelab Sultan Suleiman Kg Baru




Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....