Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Khamis, 5 Januari 2012
Himpunan 901 : PKR Sedia Berbincang Dengan Polis
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataannya hari ini turut menyambut baik kenyataan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang bersetuju untuk berbincang dengan PKR dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman tersebut.
“Saya menyambut baik kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang memperlihatkan kesediaan pihak polis untuk berbincang dengan PKR dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman 901 untuk membantah rekayasa politik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.
Ahli Parlimen Gombak ini menjelaskan, hak untuk berhimpun secara aman merupakan hak rakyat yang sejajar dengan semangat keperlembagaan dan merupakan antara teras kepada amalan sesebuah negara demokratik.
“Justeru sebarang usaha atau tindakan yang menggasir hak untuk berhimpun secara aman dan hak menyatakan pendirian politik (political expression) rakyat Malaysia adalah bertentangan dengan asas pembentukan negara Malaysia yang demokratik, bebas dan merdeka.
“Pencabulan ke atas hak ini dianggap sebagai mengkhianati asas penubuhan negara Malaysia yang merdeka,” tambahnya.
Azmin turut menggesa pihak polis untuk memelihara keselamatan awam termasuk para peserta demonstrasi tersebut dan rakyat keseluruhannya yang berhimpun di Kuala Lumpur.
“Kita berharap insiden keganasan seumpama tragedi (Universiti Pendidikan Sultan Idris) UPSI dan Bersih tidak akan berulang.
“Ini adalah peluang terbaik Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara untuk memulihkan imej polis yang sekian lama tercalar dan mengembalikan keyakinan awam terhadap institusi polis selaras dengan janji Perdana Menteri untuk melaksanakan transformasi politik di dalam pentadbirannya,” katanya lagi.
Kahwin : Khairul Fahmi ( Apek ) Akur Dengan Nasihat Tok Guru Nik Aziz ???
Nik Abdul Aziz berkata, Islam menggalakkan orang yang mampu supaya cepat berkahwin.“Ini penting untuk mengawal kita daripada melakukan dosa dan apabila berkahwin, ia lebih selamat untuk menjaga masuah.
“Khairul Fahmi merupakan penjaga gol terbaik Asia menjadi idola rakyat Kelantan, saya juga berbangga dengannya apatah lagi dia berada dalam kawasan pilihan raya saya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kepada Khairul Fahmi di Taman Kurnia Jaya, Kemumin, Pengkalan Chepa dekat sini, semalam.
Mat motor kunjungi Tok Guru Nik Aziz
Kesemua mereka adalah dari Kelab RD Malaysia (RD CLUB Malaysia) dengan kerjasama Kelab Pencinta Dua Roda Malaysia dan Kelab Pemilik Motorsikal Yamaha Lagenda Malaysia Cawangan Kelantan (Mylamoc).
Konvoi ini dimulakan dengan majlis makan tengahari di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10, Kg Sirih, Kota Bahru diikuti solat Zuhur berjemaah.
Lokasi pertama konvoi ialah ke Rumah Puteri Harapan, Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim (YAATIM) Kelantan yang terletak di Taman Sabariah, Jalan Pengkalan Chepa.
Walaupun hujan lebat namun itu tidak mematahkan semangat peserta konvoi berkunjung ke rumah anak yatim tersebut yang menempatkan seramai 200 anak yatim lelaki dan perempuan.
Video : Panas !!! Kenyataan Nur Amalina Che Bakri Berikutan Tersebarnya Gambar Beliau Di Internet
Yang jelas beliau memang tidak bertudung dan rambutnya keperang perangan.Aku malas nak ulas panjang kau orang layan je video ni dan fikirlah sendiri.
Rabu, 4 Januari 2012
Selebriti dan parti politik
Golongan
selebriti, termasuk pelakon, penyanyi dan pengacara, kini semakin
terlibat dalam politik di kedua-dua belah pemerintah dan pembangkang
secara terbuka, dan menjadi sebahagian berita politik negara.Tidak seperti satu masa dahulu, semasa Tun Dr Mahathir Mohamad masih menjadi perdana menteri, kaitan penggiat seni dengan pembangkang mendatangkan akibat yang buruk, seperti dihalang muncul di media dikuasai pemerintah, yang disebut sebagai "kena gam."
Pada masa ini, walaupun tidak bebas sepenuhnya, ramai selebriti semakin berani menunjukkan sokongan terbuka atau menyertai parti pembangkang.
Seperti ditunjukkan dalam kes Bob Lokman, penyertaan dalam pembangkang memerlukan tindakan meninggalkan industri seni yang disertai, menunjukkan kebebasan sepenuhnya maih belum wujud.
Pihak industri kelihatan masih tidak terbuka kepada pernyataan sikap politik yang jelas oleh penggiat budaya popular, yang sebahagiannya disebabkan oleh perkiraan pasaran.
Penyertaan dalam PAS setakat ini kelihatan, selain sikap politik juga berkait dengan kesedaran penghayatan cara hidup Islam oleh penggiat seni, seperti dalam kes Bob Lokman dan juga selebriti lain.
Hal seperti ini menjadi satu faktor industri yang sebahagian besarnya tidak mesra dengan elemen konservatif seperti itu kelihatan tidak terbuka dengan kecenderungan tersebut.
Walau bagaimanapun, kewujudan "budaya popular Islam" atau dalam industri seni dapat memberi ruang kepada elemen hiburan yang lebih konservatif, walaupun politik yang sangat jelas mungkin sukar diterima.
Industri yang lebih Islamik ini masih baharu dan tidak seluas industri dominan yang turut menyaksikan peranan syarikat multinasional yang lebih mempunyai modal besar.
Dalam hal ini, dari satu sudut, penglibatan aktif dalam politik pembangkang (selagi parti-parti terbabit masih menjadi pembangkang) memerlukan tindakan keluar daripada industri, dan mencari ruang atau pasaran lain untuk aktiviti seni.



