Sahabat Ambo
Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Rabu, 15 Disember 2010
Akim Tukar Nama Baru,Zaid Sah Presiden Parti
Zaid Ibrahim bersama barisan kepimpinan Akim yang kini dikenali sebagai Kita selepas mesyuarat agung tahunanya di Petaling Jaya hari ini. — Gambar oleh Choo Choy MayPETALING JAYA, 15 Dis — Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), yang mengadakan mesyuarat tahunan pertama di luar Kelantan hari ini, dan turut dihadiri Datuk Zaid Ibrahim, akan dikenali sebagai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).
Zaid pula dipilih sebagai presiden yang baru pada mesyuarat agung tahunan yang diadakan Tropicana Golf Resort.
Beliau mengambil alih tempat Zakaria Salleh, yang semalam memberitahu The Malaysian Insider bahawa penyertaan Zaid untuk menjadikannya sebuah parti baru yang boleh melakukan perubahan besar kepada landskap politik negara.
“Saya juga percaya Akim selepas ini akan menjadi persaingan kepada PAS dan Umno, dengan kemunculan Datuk Zaid saya rasa beliau boleh gunakan kelebihan, kekuatan dan pengalaman untuk membantu parti menjadi sebuah parti yang kuat,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam.
Zaid telah menyerahkan borang keahlian Akim selepas keluar daripada PKR pada 19 November lalu.
Bekas pengerusi Parti Keadilan Rakyat Wilayah Persekutuan itu berkata, Kita akan menjadi sebuah parti berbilang kaum di negara ini.
Beliau menggunakan pendekatan sama digunakan oleh kepimpinan Parti Keadilan Rakyat semasa hendak menubuhkan parti mereka 11 tahun lalu iaitu mengambil alih parti lain.
Bagaimanapun Zaid enggan menggunakan perkataan presiden sebaliknya mahu jawatan itu dikenali sebagai “ketua parti”.
“Parti politik jika nak maju mesti menjadi sebuah parti yang berbilang kaum.
“Saya yakin Kita mampu menjadi sebuah parti yang berbilang kaum di negara ini,” kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat agung Akim.
Terlebih dahulu dalam ucapan penggulungan, Zaid menegaskan, parti itu adalah sebuah parti demokrasi yang akan menerima mana-mana indivdu yang mahu memperjuangkan kepentingan rakyat di negara ini.
“Kita parti berbilang kaum, kita terima semua kaum. Kita juga terima sesiapa sahaja yang mahu melakukan perubahan dalam politik negara.
“Sebab itu, kita terbuka untuk sesiapa... kita mahu mereka yang mampu beri sumbangan kepada masyarakat. Kita tidak mahu mereka yang hanya pandai mengampu sahaja,” katanya.
Peguam itu sebelum ini pernah menganggotai Umno dan PKR.
Selasa, 14 Disember 2010
Ketuanan Melayu : Kenyataan Terbaru Tok Guru Nik Aziz
KUALA LUMP
UR, 14 Dis – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan Raja-raja Melayu agar perkenan mencari jalan penyelesaian terbaik sekiranya mengambil berat tentang nasib orang Melayu di negara ini.
UR, 14 Dis – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan Raja-raja Melayu agar perkenan mencari jalan penyelesaian terbaik sekiranya mengambil berat tentang nasib orang Melayu di negara ini.Dalam kenyataan terbaru menyentuh polemik ungkapan Ketuanan Melayu, Mursyidul Am PAS berkata, Raja-raja Melayu yang memperlihatkan kebimbangan mengenai kedudukan orang Melayu sejak kebelakangan ini, perlu tampil mencari jalan penyelesaian menggunakan lunas al-Quran.
“Apabila terdapat beberapa orang Raja-raja Melayu yang menyuarakan kebimbangan berkenaan nasib orang Melayu, saya sarankan supaya marilah kita merujuk kepada al-Quran.
“Pada saya, Raja-raja Melayu berhak bimbang jika benar orang-orang Melayu terancam, tetapi marilah kita mencari penawar yang betul untuk penyakit yang berlaku,” kata beliau yang masih dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Dalam hal ini, kata Menteri Besar Kelantan, ungkapan Ketuanan Melayu merupakan ubat yang salah bahkan ia sebenarnya racun yang bisa.
“Justeru, bolehkah kiranya saya meletakkan harapan kepada pihak Raja-raja Melayu agar membawa rakyat kembali kepada Islam sebagai penyelesaian terhadap masalah yang berlaku? Yakinlah, dengan Islam, Melayu akan terbela,” katanya lagi.
Sejak bulan lalu, pendebatan isu konsep Ketuanan Melayu ini begitu hebat diperkatakan selepas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan dasar Kongres Naional PKR meminta supaya “Ketuanan Melayu” ditinggalkan.
Malah Perkasa juga mengkritik dengan menyifatkan Dr Wan Azizah sebagai “pelacur politik” dan kacang melupakan kulit kerana meminta ungkapan “Ketuanan Melayu” diketepikan bagi memajukan orang Melayu.
Dalam kenyataan hari ini juga, Nik Aziz mendakwa Umno tidak mengutamakan kepentingan soal agama Islam tetapi mengagung-agungkan ungkapan Ketuanan Melayu yang dilihat tidak memberikan sebarang faedah kepada negara terutamanya orang Melayu.
Beliau berkata jika bercakap tentang ketuanan ia mesti kembali kepada Islam, bukannya Melayu yang selama ini menjadi modal perjuangan Umno.
Zaid Dijangka Dipilih Presiden AKIM Esok
PETALING J
AYA: Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dijangka dipilih menerajui Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu yang akan diadakan pada Rabu.
AYA: Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dijangka dipilih menerajui Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu yang akan diadakan pada Rabu.AKIM dikatakan akan menyusun semula kepimpinannya pada EGM berkenaan selepas Zaid diisytiharkan menyertai parti itu.
Presiden AKIM Zakaria Salleh berkata, Zaid juga telah menawarkan diri untuk memimpin parti itu namun mereka masih belum memutuskan jawatan untuk bekas menteri terbabit walaupun timbul cadangan supaya beliau dilantik sebagai presiden
Tambahnya, beliau akan menyerahkan kepada anggota parti itu sama ada ingin memilih Zaid sebagai presiden baru atau tidak.
"Di kalangan ahli-ahli pun ada yang menyebut demikian dan kalau Datuk Zaid betul-betul mahu memimpin, ia dialu-alukan.
“Kalau Datuk Zaid bersetuju dan ahli setuju, saya sebagai presiden Akim tidak ada (halangan) demi kepentingan parti.
"Bila ahli bersuara saya memang akan beri laluan kepada Datuk Zaid sebab yang lebih mampu untuk memimpin AKIM adalah Datuk Zaid,” katanya di sini.
Zakaria berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan oleh kepimpinan tertinggi dan sekiranya ahli-ahli setuju sebulat suara, pelantikan akan dijalankan esok.
"Tapi jawatan apa belum tentu lagi. Cuma kita tidak mahu ada pemilihan baru lagi," katanya, lapor Malaysiakini.
Sensasi : Gambar2 Janda Terkaya
Saya sendiri payah nak memahami wanita dalam hal ini? apa yang diorang nak? Masa dia mula-mula nak kahwin dulu.. apa dalam kepala dia? Kaya? Kemewahan? Keseronokan?.. entahlah!! Mungkin jodoh dah takat tu.Suami mereka kaya-raya.. alih2alih mintak cerai. Yang terbaru Isteri kedua kepada Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail (53) memfailkan permohonan untuk bercerai setelah berkahwin di Perlis sejak 2006 yang lalu. Rozali yang diam membisu apabila kontreversi beliau yang dibayar gaji RM 425,000 sebulan. (5.1 juta sebulan). Itu belum dikira lagi lain-lain pendapatan.
Antara janda-janda kaya didunia…. Kalau berani masuk… silakan..
Perceraian termahal di dunia. Mereka berkahwin selama 32 tahun dan 1999.pampasan perceraian yang diterima oleh Anna Murdoch setelah bercerai dengan Rupert Murdoch secara keseluruhan berjumlah Usd 1,7 Billion.
2009 perceraian jutawan F1 Bernie Ecclestone dan istrinya berjumlah $1 Billion.dengan pampasan tersebut,Slavica membeli Times London dan juga Jet peribadi berharga Usd$ 60j.
Perceraian jutawan yang berasal dari Arab Saudi, Adnan dan Soraya Khashoggi berjumlah Usd 874j.
Kenyataan Bodoh Shahrizat Jalil
KUALA LUMPUR, 13 Dis — Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini meminta Mahkamah Syariah supaya meneliti butiran setiap kes perkahwinan membabitkan kanak-kanak sebelum memberi keizinan. Menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Mahkamah Syariah perlu berhati-hati dan bersikap memilih kerana keputusan yang bakal diambil penting bagi masa depan kanak-kanak
“Isunya ialah, adakah betul bagi kanak-kanak untuk menjadi penjaga kanak-kanak? Adakah dia bersedia menjadi ibu bapa? Kita melihat gambaran yang lebih luas mengenai institusi keluarga.
“Sebab itu kita mahu Mahkamah Syariah bertindak lebih bijaksana dalam soal memberi keizinan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan “Persidangan Antarabangsa mengenai Institusi Keluarga dalam Abad ke-21: Ideal dan Realiti” di sini, hari ini.
Shahrizat diminta mengulas mengenai satu kes perkahwinan membabitkan seorang kanak-kanak perempuan 14 tahun dengan seorang guru, yang menyertai majlis perkahwinan 1 Malaysia pada 4 Disember.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang merupkan tetamu kehormat majlis itu, dilaporkan sebagai berkata perkahwinan itu sah kerana mendapat izin Mahkamah Syariah.
Penyatuan pasangan itu menimbulkan kebimbangan di kalangan pertubuhan wanita yang meminta kerajaan supaya menangani keadaan yang tidak wajar dalam Akta Kanak-kanak 2001 dan Undang-undang Keluarga Islam dan awam jika ia benar-benar serius dalam mencegah perkahwinan melibatkan kanak-kanak.
Walaupun beliau tidak menentang perkahwinan melibatkan kanak-kanak, Shahrizat berkata beliau bimbang dengan implikasi jangka panjang yang mungkin dihadapi kanak-kanak itu, katanya.
Sementara itu, dalam ucapannya, Shahrizat berkata institusi keluarga yang kukuh dan kuat hubungannya dapat membantu kanak-kanak mendalami erti kehidupan apabila mereka diajar kemahiran menyelesaikan masalah dan mendapat sokongan yang positif.
Katanya institusi keluarga yang tahu cara untuk mengatasi cabaran dan memenuhi kehendak individu juga mampu berdepan dengan krisis dan tekanan.
Langgan:
Catatan (Atom)
Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz
Bermula 31/7/2009




