Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 26 Januari 2010

Gambar gambar Aduka Taruna di mahkamah



Sebahagian foto yang dapat diambil dari Berita Buletin 130 baru-baru tadi. Sumber TV3
Aduka ditahan reman sehingga 29hb. Januari bagi membantu siasatan. Perintah reman telah dikeluarkan oleh pihak mahkamah pagi tadi.


Wartawan buat laporan polis klip video hina Sultan Johor



Imbang PenuhSeorang wartawan radio membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung klip video dalam “Youtube” yang memaparkan penghinaan terhadap Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

Laporan itu dibuat oleh Ibnu Khusairi Ibnu Aris, wartawan Radio Bernama 24 di Balai Polis Hulu Kelang, dekat sini kira-kira pukul 11.30 malam semalam.

Dalam laporan itu, katanya beliau melihat klip video bertajuk “Sultan Johor Remix” ketika berada di rumahnya di Keramat di sini kira-kira pukul 1.30 tengah hari Sabtu lalu.

Gambar Terbaru Bung Mokhtar Dan Zizie

PENGANTIN BARU ... Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin, 52, bersama isterinya, Zizie Izette Abdul Samad, 32, sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, semalam. Mereka baru pulang dari Sabah selepas Bung Mokhtar meninjau keadaan banjir di kawasan beliau. Zizie yang juga pelakon drama bersiri 25 episod, 'Suraya' terbitan Zeel Production, dikatakan mendirikan rumahtangga dengan anggota parlimen itu penghujung tahun lepas. - Foto BERNAMA

GAMBAR GAMBAR BUNG MOKHTAR DAN ZIZIE DI KELAB MALAM
KLIK DI SINI

ADUN Triang Menitiskan Air Mata Mengenangkan kesahnya Dengan Presiden PAS


Chukai, KEMAMAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Triang, Pahang dari parti DAP, Encil Leong Ngah Ngah, menitiskan air mata apabila mengenangkan kesahnya dengan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

”Saya menangis bila ingat kesah dengan Tok Guru Hadi Awang, waktu itu sepuluh tahun lalu, Tok Guru pergi ceramah di tempat saya di Triang, semua orang Melayu, saya satu orang Cina,”katanya memulakan ucapan pada Majlis Makan Malam bersama Masyarakat Tionghua DUN Chukai, disini Sabtu lalu, 23 Januari.

Isnin, 25 Januari 2010

Gambar Aduka Taruna Serah Diri Di IPD kota Bharu




GAMBAR PINKTURTLE

Kes penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail kini disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, kata sumber polis.Difahamkan penulis berkenaan - dikenali sebagai Aduka Taruna - menyerah diri kira-kira pada jam 4.40 petang tadi di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.

Gambar:Tian Chua Eksiden






Dengarnya YB Tian Chua nak pegi ceramah dekat Negeri Sembilan...jalan licin akibat hujan lebat...terbabas lalu langgar pembahagi jalan...nasiblah camry...kalau proton...ermmm....

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....