PETALING JAY
A: Mungkinkah akan berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat ini.
Itu cakap-cakap yang kian hangat diperkatakan di kalangan Jemaah Menteri dan pemerhati politik sekarang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan akan mengumumkan barisan baru anggota Kabinet pada bila-bila masa.
"Akan ada rombakan tapi belum tahu masa untuk diumumkan," kata sumber kepada mStar Online di sini hari ini.
Berdasarkan perubahan pucuk pimpinan MCA yang kini diterajui Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Najib mungkin tidak akan mengambil masa lama untuk membawa masuk kembali beliau ke Kabinet.
Walaupun sebelum ini dilaporkan, kedudukan sebagai menteri kanan bukan keutamaan Chua ketika ini namun kedudukannya sebagai Presiden MCA tidak boleh diketepikan begitu sahaja oleh Najib.
A: Mungkinkah akan berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat ini.Itu cakap-cakap yang kian hangat diperkatakan di kalangan Jemaah Menteri dan pemerhati politik sekarang.