Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 3 Disember 2013

Dr Ridhuan Tee Akan Disiasat

Kementerian Pertahanan akan menyiasat dakwaan bahawa ahli akademik pro kerajaan Dr Ridhuan Tee Abdullah (gambar) mengajar subjek “pembersihan etnik” di Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM).

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata walaupun beliau tidak mempunyai maklumat lengkap, beliau mempertahankan Profesor Madya tersebut kerana tidak salah untuk menyentuh isu itu jika ia berdasarkan fakta.

“Kita mesti berlaku adil, kita perlu melihat sama ada subjek tersebut untuk mendidik pelajar atau dibuat dengan hasutan,” katanya menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh).

Menyatakan bahawa ahli akademik UPNM berpengetahuan dan berpengalaman, Abdul Rahim berkata sekiranya subjek itu diajar secara fakta, ia tidaklah merbahaya.

"Namun, kami akan menyiasat dan akan memberitahu anda akan keputusan lanjut nanti," katanya.Ridhuan yang juga seorang kolumnis bagi akhbar Umno Utusan Malaysia, pernah menidakkan tuduhan plagiarisme yang beliau hadapi dengan mengatakan pengkritiknya hanya mahu menghapuskan beliau.

Kok membuat aduan bahawa Ridhuan meniru satu artikel yang ditulis oleh pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Dr Airil Yasreen Mohd Yassin.

"Jika anda bandingkan kedua-dua artikel itu, anda akan mendapati bahawa Ridhuan meniru hampir keseluruh kandungan artikel Dr Airil, termasuk kesalahan tatabahasa di dalam artikel asal tanpa memberi sebarang kaitan kepada penulis asal," kata Kok.

Bekas rakan setugas Ridhuan, Senator Dr Ariffin S. M. Omar mengatakan bahawa Ridhuan telah menerima kenaikan pangkat walaupun berdepan tuduhan plagiarisme.

"Siasatan telah bermula tetapi Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor bahagian akademik waktu itu tidak ambil sebarang tindakan ke atas Ridhuan malahan dia dinaikkan pangkat," kata Ariffin, lalu menambah bahawa kenaikan pangkat Ridhuan tidak dipersetujui ramai pensyarah di UPNM.

"Kami telah memberhentikan pelajar-pelajar yang didapati meniru dalam kertas tugasan mereka. Tetapi mengapakah tiada tindakan diambil terhadap pensyarah? Adakah kita mengatakan tiada masalah jika pensyarah melakukan kesalahan yang sama?" soal beliau.TMI

2 ulasan:

PokAmid berkata...

Patut laaa perangai dia ni LEBIH UMNO DARIPADA orang-orang Umno sendiri. Ada udang dalam mee maggi rupanya ya!!

Tanpa Nama berkata...

Walaupun saya bukan pro UMNO/BN, persoalan plagiat itu perlu siasatan telus jika hendak disiasatlah, sama ada kegiatan itu telah berlaku DAN siapa yg plagiat siapa itu isunya perlu diutamakan. Adalah tidak molek dan tidak juga adil hanya buat tuduhan kpd Dr. Riduan seorang sahaja sedangkan yg sebaliknya boleh berlaku.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....