Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 23 Mei 2013

Tian Chua Dan Tamrin Ghafar Ditahan Dibawah Akta Hasutan

 Tian Chua( gambar atas ) dan Tamrin Ghafar( gambar kiri) di Balai Polis Jinjang

KUALA LUMPUR, 23 Mei — Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Chua Tian Chang dan Tamrin Ghafar, serta aktivis politik Haris Ibrahim, ditahan di bawah Akta Hasutan semalaman di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Balai Jinjang hari ini.

Ketiga-tiga mereka yang ditahan sekitar tengahari tadi dimasukkan ke lokap berkenaan sekitar jam 5 petang tadi.

Ketika sidang media, peguam mewakili Haris, Gobin Singh Deo berkata, pihaknya bagaimanapun tidak dimaklumkan “kenyataan menghasut” bagaimana yang telah dikeluarkan kesemua pemimpin pembangkang berkenaan sehingga menyebabkan mereka ditahan.

“Mereka telah ditahan dan akan di bawa ke lokap untuk permohonan reman ... kita baru dimaklumkan ketiga-tiga mereka akan ditahan, untuk siasatan kesalahan di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan dan seksyen 124 Kanun Keseksaan.

“Polis akan bawa mereka esok jam 11 pagi untuk permohonan reman, kemudian terpulang kepada majistret sama ada untuk teruskan reman atau sebaliknya,” katanya.

Individu pertama yang ditahan dan didakwa di bawah akta berkenaan adalah aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi tadi.

Ahli Parlimen Batu Tian Chua telah ditahan di LCCT pada pukul 12.30 tadi semasa menunggu pesawat untuk ke Kuala Terengganu.

Sementara Haris, aktivis pergerakan Asal Bukan Umno (ABU) ditahan pada waktu sama semasa sedang makan tengahari di Segambut sejurus memberikan sokongan kepada Adam Adli di mahkamah.

Anak kepada bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba, Tamrin yang merupakan bekas ahli Parlimen Batu Berendam turut ditahan ketika sedang makan di Bangsar.Tian Chua diwakili peguam, New Sin Yew manakala Tamrin diwakili Dr Dzulqarnain Lukman.

Turut hadir di balai polis Jinjang adalah Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan dan ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar untuk memberikan sokongan kepada ketiga-tiga mereka.

Pihak polis turut dilihat telah mengepung kawasan sekitar balai polis berkenaan tepat jam 6 petang tadi dan melarang mana-mana pihak daripada melakukan demonstrasi pembebasan ketiga-tiga mereka dengan meletakkan kon dan tali penghadang polis.

Adam Adli telah didakwa di bawah seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15), yang mana sekiranya didapati bersalah, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) boleh dikenakan tindakan denda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun.

Beliau walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan diikat jamin sebanyak RM5,000.

Hakim Norsyaridah Awang membebas dan melepaskan Adam yang hadir berbaju T hitam diwakili peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan, N. Surendran, Afiq M. Noor, dan Shamsul Iskandar Mat Akin.

Hakim ketika pendakwaannya berkata ucapan Adam yang dibuat pada 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor mempunyai kecenderungan bagi membangkitkan rakyat Malaysia supaya cuba menukar kerajaan pemerintah dengan cara yang tidak sah.Adam bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

“Ini akta hasutan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sudah kata akan hapuskan, tetapi beliau masih gunakan akta ini untuk mendakwa Adam.

Hakim bagaimanapun berpendapat cadangan pemansuhan akta berkenaan masih sedang dikaji diperingkat cadangan dan bersifat pramatang, menjadikan akta berkenaan masih boleh digunakan.

Antara kenyataan Adam yang terkandung dalam kertas pertuduhan yang dibacakan hari ini adalah :”Ambil butiran saya, buat laporan polis, kerana hari ini, saya nak ajak semua yang ada di sini, kita harus susun dan kita akan turun ke jalan raya untuk rampas kembali kuasa kita! Boleh atau tidak?! 

Boleh atau tidak?! Boleh atau tidak?! Kita tak banyak masa lagi, semua siap sedia, beli kasut, beli tracksuit, beli seluar jeans, sedia kita akan turun ke jalan raya sebab akhirnya dalam dunia ketiga macan negara Malaysia, pilihan raya takkan tumbangkan kerajaan kita.

“Yang boleh tumbangkan kerajaan hanyalah kuasa rakyat. Sedara, ingat, ini sahaja peluang yang kita ada ...”

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, kedua-duanya yang baru dilantik selepas Pilihan Raya 2013 telah memberi amaran dan berikrar akan mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang menyeru agar rakyat berhimpun di jalan raya bagi membantah keputusan Pilihan Raya 2013.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....