Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 18 Mei 2013

PAS Selangor kemuka 4 calon exco negeri

KUALA LUMPUR: PAS Selangor menyenaraikan empat nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti itu untuk jawatan exco kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang akan dikemukakan kepada Sultan Selangor minggu depan.

Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abdul Rani Osman berharap keempat-empat nama yang dikemukakan itu dipilih sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor penggal kedua ini.

Namun beliau enggan untuk mengesahkan senarai empat wakil rakyat PAS itu untuk mengelakkan adanya perkara sebalinya berlaku.

"Kita kemukakan empat nama, dan tidak semestinya keempat-empat itu terpilih menjadi exco. Dan kemungkinan juga satu nama untuk jawatan Speaker dan tiga lagi untuk exco. Ianya terserah dan terpulang kepada Sultan," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.

Semalam, dua wakil rakyat daripada DAP disahkan partinitu untuk menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor, iaitu Adun Sungai Pinang Teng Chang Khim dan Adun Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah.

“Yang lainnya bakal diumumkan selepas perbincangan bersama parti komponen Pakatan Rakyat Selangor,” ujar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, Khalid memberitahu, beliau akan menghadap Tuanku Sultan Selangor minggu depan untuk kemukakan senarai nama exco yang bakal dilantik.

Beliau yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua pada 14 Mei lalu turut mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikekalkan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Pada PRU13, DAP dan PAS masing-masing memenangi 15 kerusi Dun sementara PKR pula 14 Dun.Hrkh

5 ulasan:

Mat Gee berkata...

ya akhi, bila lagi hangpa nak tutup 2 kilang arak kat federal highway tuuu.... kuasa dah ada, perangai sama puak umno/bn juga.

new hope berkata...

kilang arak dirasmi menteri umno,
huhu ^^

KLIK betul ke, Memupuk perpaduan nasional melalui pendidikan

Tanpa Nama berkata...

Mat gee,

asal bangang sgt. siapa yg memerintah federal ? dia la yg ada power tutup kilang.

lagi pun siapa yg rasmikan kilang-kilang tersebut ?

mohon check fakta. penyokong umno mmg bangang

mat gee berkata...

Ooooi geng otak tersumbat. Yang kilang lynas hangpa sanggup bertunjuk perasaan nak tutup. Kes ni apa usaha hangpa pulak. Buat derk saja. Amal maaruf nahi mungkar konon. tuuuih.

Tanpa Nama berkata...

orang lain dah sebok uruskan negeri, dah meeting berkali-kali mcm mana nak tingkatkan ekonomi negeri.. selangor sampai la ni, kerajaan pon tak tertubuh lagi.. nama "pakatan" tp perbuatan "sendiri-sendiri".. ini yg nak sangat memerintah negara? nak melingkupkan boleh lah..

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....