Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 19 April 2013

Kenyataan Tok Guru Nik Aziz Berikutan Penggunaan Logo PAS Oleh DAP

KOTA BHARU: "Kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini saya sifatkan sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS semenjak lebih separuh abad ia ditubuhkan," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

(Gambar...Roketkini ‏@roketkini dalam Twitternya menulis, "Roket sudah sampai ke bulan. Anda masih nak guna timbang dacing?")
Beliau mengulas keputusan DAP menggunakan logo PAS setelah Pendaftar Pertubuhan memutuskan untuk tidak mengiktiraf barisan kepimpinan DAP yang ada sekarang.

"Saya ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa mereka di saat-saat akhir penamaan calon besok hari.

"Sudah tentu tidak dapat dibayangkan kesedihan yang melanda ekoran terpaksa mengenepikan lambang rasmi yang telah digunakan zaman berzaman," kata Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dalam kenyataannya hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh Tuan Guru Nik Aziz.

Penggunaan Logo PAS Oleh Calon DAP: Akhirnya Roket Mendarat Di BulanSaya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Karpal Singh pada petang ini bahawa calon-calon DAP akan menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan logo PKR di Sabah dan Sarawak di dalam pilihanraya umum 5 Mei ini.

Ini berikutan sehingga jam 3 petang hari ini, DAP belum mendapat mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan juga tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

Saya ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa mereka di saat-saat akhir penamaan calon besok hari. Sudah tentu tidak dapat dibayangkan kesedihan yang melanda ekoran terpaksa mengenepikan lambang rasmi yang telah digunakan zaman berzaman.

Isu logo sekalipun mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak, tetapi ia melambangkan maruah dan harga sebuah perjuangan.

Dari sudut yang lain, kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini saya sifatkan sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS semenjak lebih separuh abad ia ditubuhkan.

Dalam melayari bahtera politik tanah air, PAS dan DAP sering dilagakan oleh UMNO/Barisan Nasional. Di hadapan bangsa Melayu, pemimpin UMNO menakut-nakutkan mereka dengan bahaya DAP dan begitu juga sebaliknya di hadapan bangsa Cina, mereka digembar-gemburkan dengan imej PAS sebagai taliban, radikal dan sebagainya.

Natijahnya, Melayu Islam dan bukan Melayu terus hidup dalam keadaan syak wasangka antara satu sama lain.

Hari ini, benteng tersebut telah runtuh sepenuhnya. DAP tanpa takut-takut lagi telah merobohkan persepsi ini apabila bertindak berani memilih logo PAS untuk bertanding di kawasan-kawasan yang telah diperuntukkan kepada mereka khususnya kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Cina.

Saya kira, inilah saat di mana perjuangan PAS sudah tidak menjadi kegerunan lagi kepada bangsa Cina. Sekalipun ia masih belum diterima sepenuhnya, namun sedikit demi sedikit ia telah hilang.

Saya mengimbau kembali saat ketika Perjanjian Hudaibiyyah dimeterai antara Rasulullah SAW dan orang-orang Musyrikin Mekkah.

Kabilah-kabilah Arab di sekitar Madinah yang masih belum memeluk Islam mengambil keputusan untuk bernaung di bawah naungan kerajaan Islam Madinah.

Di saat itulah, sahabat-sahabat Rasulullah SAW diuji dengan rasa terhina akibat melihat secara zahir bagaimana perjanjian tersebut berat sebelah.

Namun kesabaran mereka segera diganjari oleh Allah SWT apabila perjanjian tersebut membuka peluang Rasulullah SAW menakluki kota Makkah apabila perjanian tersebut dilanggar di mana Bani Khuzaah yang masih belum memeluk Islam dan berlindung di bawah naungan Islam diserang oleh kaum Musyrikin.

Alhamdulillah, ketika UMNO masih menjaja keris tumpulnya merata-rata, perjuangan PAS sudah mula diterima di kalangan non muslim. Ketika UMNO main kayu tiga dengan perjuangan bangsa Melayu, PAS terus ke hadapan membawa misi dakwah dengan slogan PAS for All.

Non Muslim di sana sini tidak lagi segan silu membawa bendera PAS dan sebaliknya tidak pernah kita saksikan mereka membawa bendera keris tidak bersarung milik UMNO.

Saya yakin, benih Islamphobia yang disemai UMNO semakin mati tunasnya. Keputusan DAP ini insya-Allah satu rahmat besar buat PAS. Ia sebenarnya rezeki buat perjuangan Islam.

Mungkin Barisan Nasional merasakan langkah ini bakal membantutkan gerak langkah Pakatan Rakyat, namun sesungguhnya ia mengandungi rahmat yang sangat besar.

Jika Perjanjian Hudaibiyyah membuka jalan kepada pembukaan kota Makkah, maka tidak mustahil langkah kerajaan Barisan Nasional ini sedang membuka kepada pembukaan Putrajaya dan pembinaan Malaysia Baru.

Tidak mustahil tarikh 6 Mei 2013 nanti, perayaan besar-besaran kemenangan rakyat akan berlangsung di seluruh negara menyaksikan keruntuhan Barisan Nasional.

Yakinlah keputusan ini membuka pintu sejarah yang akan dikenang zaman berzaman. Inilah saatnya di mana akhirnya roket berjaya mendarat di bulan!

Salam hormat,

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)


Bertarikh : 8 Jamadil Akhir 1434H bersamaan 19 April 2013M

4 ulasan:

Quantum Metal Consultant berkata...

Kenyataan paling bodoh dari seorang pemimpin pas lagak ulamak.

Ros tidak membatalkan pendaftaran parti dap Dan boleh menggunakan lambang roket - itu fakta.

Bila dap nak jua gunakan lambang bukan - itu auta, politik motor, pembohong.

Kalau pas sudi bersundal dng dap - sila teruskan

Tanpa Nama berkata...

Kluangman...pertama sekali malulah pada diri sendiri dengan mengatakan kenyataan dari seorang ulamak itu bodoh...memang Ros tidak membatalkan tetapi akan membatalkan selepas pilihanraya yg mana akan mengakibatkan semua calun DAP yg menang akan dipertikaikan...inilah taktik yg terpaksa digunakan oleh BN setelah menyedari ditolak oleh rakyat yg cerdik... semua ini memang dirancang...kenapa ROS tidak mengambil tindakan kepada UMNO yg terbukti telah melanggar syarat dgn menbiarkan sebahagian besar cawangannya tidak berdaftar...

XUMNO berkata...

Yang menyundal ialah Umnoporno. sejak berzaman bersama MCA dan MIC usahkan bukan melayu dalam MCA dan MIC faham dan hormat akan islam, sebaliknya Umno yang mengikuti mereka menjadikan arak, judi, zina sebagai anutan.Bak kata Shahrizat, mana ada pemimpin Umno yang bersih.Awak jenis otak batu, tidak menikuti perkembangan semasa tapi ingin nak komen sambil menampakkan taraf kebangangan melebih babi tonyok.

mohtar berkata...

permainan kotor yg tidak menjadi...malah menjadi petaka buruk buat umno....
niat nak hancurkan PAS dan Dap, malang umno menghancurkan diri mereka sendiri....pasti umno bebal dgn kesilapan tersebut..

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....